Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
JAKARTA 6 Dis. - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.
Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.
Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Jumaat.
Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.
"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya," Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.
Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.
Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131206/lu_11/Rakyat-Malaysia-dipenjara-hina-bendera-Indonesia#ixzz2miYBq7zh
© Utusan Melayu (M) Bhd

DUNIA
London: Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.
Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.
Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.
SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.” Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.
Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.
Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. “Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. “Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.
Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.
Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. “Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.
Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. - http://pilihan-anda.blogspot.com/

DUNIA - RAGAM
Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu.
Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.
Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.
“Negara kita kehilangan besar,” kata Zuma.
"Rakyat kita kehilangan bapa mereka."
Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. – 6 Disember, 2013.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan. Oleh kerana itu beliau sering kelihatan dengan Blackberry.
“Atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak dibenarkan mengguna iPhone,” kata Obama kepada sekumpulan anak-anak muda dalam saya upacara untuk mempromosikan pelan kesihatan beliau.
Tambah beliau, anak-anak perempuan beliau Sasha dan Malia banyak menghabiskan masa bersama telefon iPhone mereka.
Blackberry terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh - salah satu sebab mengapa ia masih popular di Washington, walaupun peranti itu kehilangan bahagian pasarannya kepada telefon pintar yang lain termasuk produk keluaran Apple.
Isu ciri-ciri keselamatan yang ada pada Blackberry milik Obama dibangkitkan setelah Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor Jerman Angela Merkel.
Setelah beberapa hari mengangkat sumpah sebagai Presiden, Obama berjaya untuk meyimpan telefon itu daripada kumpulan Perkhidmatan Rahsia, walaupun kebimbangan ada dari segi risiko Blackberry beliau akan digodam, akan mendedahkan lokasi beliau dan apa yang ditulis beliau boleh disiasat oleh kongres.
Beliau sering dilihat membaca pesanannya di dalam limosin.
Presiden itu sering meluahkan kekecewaan beliau tentang kawalan di White House yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan orang ramai atau mendapatkan maklumat luar yang tidak ditapis oleh pembantu-pembantu beliau atau pihak media. Pembantu beliau berkata penggunaan Blackberry adalah cara untuk beliau keluar dari pengurungan itu.
White House berkata alamat emel peribadi Presiden terhad kepada pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peribadi, tetapi tidak mendedahkan penyulitan peranti yang digunakan untuk mengawal keselataman komunikasi Obama.

![]() |
| Gambar hiasan |
Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid.
Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011.
Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.
Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.
Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.
“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.
Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.
Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping. - Agensi
DUNIA - RAGAM
Jakarta: Anak penulis dan budayawan Sitok Srengeng, Laire Siwi Mentari bersuara untuk mengulas mengenai kes rogol yang dihadapi ayahnya itu.
Dalam surat terbukanya, Laire menyatakan rasa kecewa dengan pelbagai reaksi diterimanya termasuk daripada teman rapat berhubung kejadian itu.
“Tidak semua berita di media itu benar, malah banyak yang dibesar-besarkan. “Tuduhan yang dilemparkan terhadap ayah saya tidak benar.
“Walaupun memang dia dan wanita digelar RW berkenaan mempunyai hubungan, tiada langsung unsur paksaan.
“Malah, berkali-kali ayah cuba menemui keluarganya untuk bertanggungjawab atas perbuatannya, namun tidak diendahkan sebaliknya ayah dituduh pula merogol wanita itu,” katanya, semalam.
Baca juga: Sasterawan perkosa pelajar universiti hingga hamil
“Semua orang berhak kecewa dan marah terhadapnya, lebih-lebih lagi saya sebagai anaknya.
“Namun kemarahan itu tidak akan mengubah keadaan,” katanya dalam blog peribadinya.
Dalam surat terbuka itu, Laire menggesa semua pihak memikirkan keadaan RW yang dikatakan mengalami kemurungan selain anak yang bakal dilahirkan wanita berkenaan. - Agensi

Jakarta : Gambar bogel mirip seorang polis wanita merangkap setiausaha peribadi ( Sespri ) Kapolda (kepala kepolisian daerah) Lampung bernama RS beredar di jejaring sosial Facebook . Foto tersebut didakwa diambil sendiri oleh RS .Terdapat tiga foto yang memaparkan tubuh perempuan itu. Tidak ada seutas benang pun yang melekat di tubuhnya.
Bila diamati , foto -foto tersebut dilihat sengaja diambil dengan sengaja menggunakan telefon bimbit. Ianya jelas dengan aksi yang ditampilkan.
Wanita dalam foto itu menggenggam handphone berbalut getah keselamatan dan kemudia merakamkan aksinya melalui cermin. Sementara dua foto lainnya terlihat dalam kedudukan berbaring di atas ranjang di dalam sebuah bilik..
Dalam salah satu foto yang diambil melalui cermin, di belakangnya terlihat unifrom polis yang tergantung.
Tidak begitu jelas pangkat yang terlihat, antara Brigadier Satu atau Brigadier . Begitu juga dengan lambang polis daerah wilayah tidak kelihatan .
Khabar angin tersebar mengatakan bahawa perempuan dalam foto itu adalah polis wanita dari Daerah Lampung berinisial RS. Dia juga berkhidmat sebagai Setiausaha peribadi kepada Kapolda Lampung Brigjen Heru Winarko
Foto- foto tersebut mulanya tersebar di jejaring sosial. Namun kini , foto-foto itu sudah tidak kelihatan lagi di akaun Facebook itu .
DUNIA - RAGAM
Paris - Aktivis wanita dari kumpulan Femen yang berada di Paris, Perancis kembali melakukan demontrasi dalam keadaan separuh bogel (topless) . Aksi kali ini dilakukan bagi mengecam keputusan Presiden Ukraine Viktor Yanukovych yang menolak perjanjian Kesatuan Eropah .
Penolakan tersebut memancing perhimpunan di ibu negara Kiev, Ukraine pada Sabtu ( 30 / 11 ) yang berkesudahan perbalahan. Puluhan orang dilaporkan cedera dalam perbalahan tersebut dan lebih dari 30 orang ditangkap pihak berkuasa.
Dikutip dari AFP, Isnin ( 2/12/2013 ), lima orang wanita ahli Femen mengadakan demontrasi di depan pejabat Kedutaan Besar Ukraine di Paris. Kelima-lima wanita ini mendedahkan dada mereka sambil membawa gambar Presiden Yanukovych.
Slogan berbunyi " Yanukovych p * ss off ! " tertulis dengan cat di bahagian dada mereka. Dikemuncak acara, wanita-wanita ini telah kencing di atas foto Presiden Yanukovych yang mereka letakkan di kaki lima .
Selepas menanggalkan seluar dalam, mereka bertinggung dan kencing di atas foto tersebut . Selesai beraksi, mereka terus beredar dan tiada tangkapan dibuat.
Perhimpunan aktivis Femen ini diadakan selepas polis anti huru-hara di Ukraine terlibat rusuhan dengan seribu peserta penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Yanukovych meletak jawatan. Pemicunya kerana Presiden Yanukovych membatalkan rancangan kerjasama perdagangan dan perjanjian perkongsian dengan Kesatuan Eropah yang sudah disusun selama bertahun-tahun .
Pemimpin pergerakan Femen di Perancis, Inna Shevchenko mengecam keputusan Yanukovych tersebut. Shevchenko mendakwa kepimpinan Yanukovych sebagai diktator dan dia dipengaruhi oleh Presiden Rusia Vladimir Putin .
"Itu bukan pendapat bangsa, " katanya merujuk pada perjanjian Kesatuan Eropah .
"Pendapat bangsa yang sebenarnya disampaikan oleh orang-orang yang ada di alun-alun ( Kiev ) dan mereka yang ada di hospital maupun di pejabat polis," tambahnya .
Femen merupakan kumpulan aktivis wanita berasal dari Ukraine yang menarik perhatian dunia kerana kerap mempamerkan bahagian dada mereka apabila menyertai tunjuk perasaan . Dalam aksi - nya , kumpulan ini kerap menyasarkan tokoh politik maupun keagamaan , termasuk mantan PM Itali Silvio Berlusconi dan juga Presiden Rusia Vladimir Putin .
Sumber: news.detik.com

Subscribe to:
Posts (Atom)

Recent Comments