DI sebuah  bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba  mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari  akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil  bujang berwarna putih bersih.
Saya hampiri  cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada  seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan  kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya  tertanya-tanya.Saya  cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu.  Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna  kemerah-merahan.
Tiba-tiba  suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya  perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya.  Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu,  daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan,  daging itu juga seolah-olah berkaki.
Hati saya  terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti  itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran  kesakitan.
Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!
Suaranya  semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk  tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan  wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti  saat-saat untuk mati.
Saya termuntah  bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar  daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada  yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi  kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!
Wanita itu  meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang  bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera  daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh  yang penuh sengsara itu.
Tetapi  saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai  tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah  wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar  melihat wajahnya.
Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.
"Hei kamu!!!" laung saya.
Peliknya  wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik  daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu  dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang  meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.
Ketika dia  berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya,  lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya  sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah  merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu  keluar dari rahim saya?
Saya cuba  menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan  diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya  menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang  sungguh mengerikan.
"Tolonggggg! !  ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi  tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu.  Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas  katil. Saya meronta-ronta, dan...
Tiba-tiba saya  tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh.  Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.
Sepanjang  malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini.  Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi  kenyataan. Saya takut...
Saya tidak  mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang  melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang  menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi...  siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari  rahim mereka?
Saya gamam,  sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung  jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu  gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.
Perasaan  bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini  terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh!  pembunuh!
Daging-daging  kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian  daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi  nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang  menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.
Ya... saya  bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan  perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita.  Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya  tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka  bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.
Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...
Mengenang apa  yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir  deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya  lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di  ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan  janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap  datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan  kandungannya.
Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"
Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.
"Nah... kalau begitu gugurkan saja.
Saya yakinkan  gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil  masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian,  saya mulakan tugas.
Jari-jemari  inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah  bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.
Sejak itu  Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali  berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali  juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.
Belum ada  gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang.  Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.
Pada kali  kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh  terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan  kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin  tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.
Hanya dua kali  saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama  pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan,  Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.
Kali ketiga Azimah datang....
Hanya dua kali  saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama  pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan,  Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.
Kali ketiga  Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya  tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng  kepala.
Dan setelah  doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa  sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya  kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya  ke tubuh Azimah.
Kata  wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung  perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut  Azimah, namun bayi itu terus membesar.
Mahu tidak  mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600  Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.
Saya simpati  melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini.  Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan  jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!
Azimah  mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang  mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan  mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata.  Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang  keempat, dia mengandung lagi.
Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;
"Jangan gugurkan lagi, bahaya."
Tapi Azimah  menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya  jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti  masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan  ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya  terkontang-kanting.
Akhirnya saya  terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor  yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar.  Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya.  Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya  mengebumikan mayat itu.
Meskipun saya  beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya  tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik  inikan pula anak yang digugurkan.
Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.
"Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.
Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.
Seperti  biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan  akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang  klinik.
Maka,  anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta.  Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil  dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing  yang ganas.
Saya  menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan  berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum  mereka menyelongkar dan memakannya.
Memang sayalah  yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti  lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.
Pada siapa  perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang  menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing  tanpa arah?
Saya takut  sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi  buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan  menarik-narik daging yang jijik itu lagi.
Lalu saya  ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup  melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki,  datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu  bersubahat.
Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!
Cukuplah  Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu  hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani  pengguguran.
Seperti yang  saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat  buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia  tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan  kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi  kenyataan.
Kini di atas  kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan  panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke  mana menghilang.
Dalam keadaan  Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat  dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup  di muka bumi ini!
Berapa ramai  lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis  seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.
********************************
Saya dalam  cerita di atas adalah Juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah  hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu  kepada wartawan Mastika baru-baru ini.
♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥
Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Tagged with: info semasa
About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pil cytotec 200mcg.. khas untuk gugurkan kandungan & cuci rahim untuk kandungan 24minggu ke bawah... untuk wanita berisiko mengandung,wanita yg masih dlm pantang( bersalin operation),nak jarakkan anak,ada sakit belakang..dijamin gugur & cuci smpai bersih.. segala keterangan akan diberi kan sampai cuci... berminat call/sms/whatssap 013-9505341.(HATI-HATI PIL TIRUAN BOLEH MENYEBABKAN CANCER RAHIM & KEMATIAN)
ReplyDelete**** Pil Pencegah Hamil ****
ReplyDeleteMakan bila perlu @ selepas bersama, sesuai untuk yang nak merancang keluarga, kebaikannya mencegah kanser payudara @ kanser pangkal rahim, mencegah penguguran & buang bayi
Kebaikan memakan pil ini boleh rujuk di sini, sumber BH
http://goo.gl/6t1Imy
**Rm30 1 Set,
**Rm50 2 Set
Call / Sms 012-2173449
ReplyDeleteUNTUK PERTANYAAN DAN BANTUAN : SMS/WHATSAPP/WECHAT 018-3207424(24JAM)
WWW.WOMENSHEALTHLIFESTYLE.WORDPRESS.COM / WWW.WOMENSHEALTHLIFESTYLES.BLOGSPOT.COM
Awas-jika anda mengandung di luar rahim, penggunaan pil adalah dilarang sama sekali…RISIKONYA TERLALU TINGGI, jadi anda KENA SCAN dulu kandungan tu untuk memastikan kedudukan janin berada didalam rahim, saya juga akan memantau semasa client mengambil ubat ini.
Pil @ Supplement ini membantu ‘mencuci’ khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan 23 minggu ke bawah sahaja, hanya ikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa 12 Jam akan segera ‘cuci, khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan ‘senang hamil’. Kami membantu pada yang memerlukan. Jika dilakukan di hospital swasta, kosnya Rm1000 ke Rm1500.. bergantung berapa minggu kandungan dan sakit yang teramat sangat apabila saluran tiup dimasukkan dalam saluran kemaluan, jadi bertindaklah sebelum terlambat. Kandungan ubat ni adalah 200mcg, di pasaran hanya ada 20mcg, 50mcg dan 100mcg, elakkan dari membeli bawah 100mcg (hanya cacatkan janin shj), Tuntas dari Indon (menyebabkan pendarahan yg teruk), RU486 dari Singapore, Indon Dan Thai (RU486 sudah ada 368 kes kematian Seluruh Dunia).
-GUARANTEED-
Term & Condition- Kena Ikut Aturan Makan, Bawah 23 Minggu,
SMS/WHATSAPP/WECHAT "CUCI" DAN HANTAR Ke 0183207424
*ubat ini mengandungi 80% protein dan produk tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, produk sudah berada dipasaran semenjak 2002 dan tiada mengunakan bahan-bahan terlarang, 98% Berjaya Jatuh.
*Penghantaran melalui poslaju atau byhand di area k.l sahaja.
*JUGA ADA MEMBEKAL SECARA PUKAL DENGAN HARGA TERMURAH TANPA PERLU MINIMUM PEMBELIAN DAN BANTUAN SOKONGAN 24JAM KEPADA PELANGGAN .
ABORTION PILL SCAMMERS!!!! DONT BE STUPID
ReplyDelete