Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Saya Jatuh Cinta Pada Isteri Orang
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SAYA berumur 24 tahun dan belajar di institusi pengajian tinggi di luar negara. Saya menumpang di rumah saudara dan menetap di sana tiga tahun. Saya perlu menetap di sana selama empat tahun lagi sehingga tamat pengajian.Di rumah saudara, ada seorang saudara perempuan berumur 27 tahun dan dia berkahwin sejak umur 20 tahun. Biar saya namakan dia sebagai A. 

Sejak saya tinggal di sana, A sangat rapat dengan saya dan selalu bergurau dengan saya lebih daripada suaminya. Apabila ada masalah, saya menjadi tempat dia mengadu. Pada mulanya, saya tidak mengendahkan sangat pasal dirinya, tetapi masalah bermula dua tahun lalu apabila saya rasa terlalu sayang dan mula jatuh cinta kepadanya.
Saya perasan yang saya berasa sangat cemburu apabila dia bercakap dan bermanja dengan suami. Disebabkan hal ini, banyak aktiviti harian saya terganggu selain mengalami tekanan emosi.

SHAM
Pulau Pinang


Sebaik menyedari saudara sudah jatuh hati, jarakkan diri daripada wanita berkenaan kerana dia isteri orang. Jangan tempatkan diri dalam situasi yang boleh mencipta perasaan bahagia terhadapnya kerana ia boleh membuatkan cinta saudara lebih mendalam.

Rasional dan ingatkan diri yang dia sudah dimiliki dan menjalin hubungan dengan isteri orang adalah salah. Ia bukan saja mendorong kemungkinan zina kerana adanya terdetik perasaan cinta sehingga mahu memilikinya, malah cemburu boleh mendorong saudara memusuhi suaminya.

Langkah terbaik ialah keluar dari rumah itu bagi mengelak sentiasa berada di sisinya. Malah, elak berdua-duaan dan hanya bertemu apabila dihadiri ahli keluarga lain.

Banyakkan masa bersama rakan sekuliah dan gantikan tempat si dia dengan gadis sesuai. Mungkin disebabkan saudara tiada teman dan dia perempuan dan kamu berdua sering meluangkan masa bersama membuatkannya dilihat sangat istimewa. Jangan bersendirian, sebaliknya berikan tumpuan kepada aktiviti kampus supaya perhatian terhadapnya beralih arah serta membantu saudara melupakan si dia.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply