Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Tun M sudah tidak relevan, Karpal gesa diam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

GEORGETOWN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya tidak lagi mencampuri urusan politik negara kerana dianggap tidak relevan lagi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Mahathir harus sedar bahawa beliau sudah hilang taring apabila anaknya, Datuk Mukhriz mengalami kekalahan di dua pertandingan yang hebat.

“Mahathir sepatutnya tidak mencampuri urusan politik negara. Beliau diberi tamparan hebat apabila Muhkriz yang juga Menteri Besar Kedah tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno bulan lalu dan terkini, BN kalah dalam PRK Dun Sungai Limau semalam (kelmarin).

“Dari dua pertandingan itu, jelas menunjukkan Mahathir tidak lagi relevan dalam politik negara berikutan anaknya juga ditolak. Pengaruh Mahathir sudah pudar,” katanya kepada media semalam.

Diminta mengulas kemenangan Pas di PRK Dun Sungai Limau, Karpal berkata, walaupun majoriti undi berkurangan, ia tidak bermakna Pas hilang sokongan di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Pas mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau dengan 1,084 undi majoriti, kurang hampir separuh daripada PRU yang lalu.

Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mendapat 12,069 undi, sementara Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN memperolehi 10,985 undi.

Undi yang diperolehi Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih bekas penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak pada PRU13.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply