Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Wanita Terminum Air Mani Bertekad Menyaman Seorang Pekedai
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sydney – Seorang wanita Australia menyaman seorang pekedai selepas meminum air minuman dalam botol didakwa mengandungi air mani, kata peguam plaintif, di sini semalam.

Pemeriksaan DNA terhadap air dalam botol itu didapati ia sepadan dengan pemilik tempat perniagaan berkenaan.Alicia Cooper mengemukakan saman terhadap pemilik kedai itu di mahkamah Australia Barat yang tidak lagi menjalankan perniagaan berkenaan.

Laporan media itu disahkan firma perundangan mewakili Cooper, Slater and Gordon.Antara dakwaan dalam saman itu ialah pemilik kedai sengaja memasukkan air maninya dalam botol itu dan menjualnya.

“Saya tahu sesuatu tidak kena dengan air itu,” kata Cooper yang menuntut pampasan dan belanja perubatan atas tekanan dan kemurungan dialaminya selepas minum air itu.

“Tidak mungkin anda fikir perkara seperti ini boleh berlaku pada diri anda. Ia penghinaan kepada anda,” katanya kepada Fairfax Media.Selepas Cooper membuat aduan mengenai minuman itu kepada Jabatan Kesihatan di bandar Stirling, satu sampel diambil untuk ujian dan mengesahkan ia mengandungi sperma, lapor Fairfax.

Satu sampel DNA diambil daripada pemilik kedai dan ujiannya sepadan sampel dalam air botol itu.Peguam berkata, tindakan sivil dikemukakan selepas tiada dakwaan jenayah dikemukakan.

Fairfax memetik polis Australia Barat sebagai berkata, mereka berpendapat, ia bukan satu kesalahan jenayah serius. – AFP



credit to:mynewshub.my







About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply