gambar hiasan
Memang Barua punya warga asing!!!! kepada ibu bapa yang melihat video ini tolonglah jadikan info ini sebagai ikhtibar.Apa yang admin lihat ibu bapa sangat cuai dalam hal penjagaan anak-anak terutamannya ketika membeli belah.berikut info dari harian metro Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai daripada badan di tepi Sungai Klang, dekat Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam dan dipercayai dikelar menggunakan jubin oleh seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri, pada kejadian 9 malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek terbabit daripada pusat beli-belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.
"Polis sedang mengesan suspek berkenaan yang melarikan diri sebaik menyedari perbuatannya dilihat orang awam. Usaha mengesan lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang giat dijalankan.
"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman. Bagaimanapun, belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.
Zainuddin berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
No comments