Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Terkini!! Isu DNA Babi Dalam Cadbury Syarikat Tersebut Yakin Coklatnya Halal Dimakan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dah berlori-lori makan cadbury siap ada logo jakim lagi last-last Kementrian kesihatan sahkan ia ada dna babi kemudian Jakim  baru mengeluarkan kenyataan coklat cadbury haram ada DNA babi tapi persoalannya bagaimana ia boleh mendapat sijil halal?? disebabkan seluruh rakyat Malaysia boikot cadbury Syarikat gergasi tersebut risau jika Muflis kemudian mereka telah keluarkan kenyataan produknya halal ikuti info dibawah

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk tidak mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat apa-apa babi atau bahan daging babi yang berkaitan dalam coklat mereka.

Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd, Raja Zalina Raja Safran berkata, syarikat itu memberi jaminan isu DNA babi yang terdapat dalam dua coklat keluaran mereka sedang dalam proses penyelesaian.

"Kami berdiri dengan pensijilan halal dan mempunyai tahap tertinggi standard pelabelan produk."Pada masa ini kami proaktif dan secara sukarela menarik balik produk-produk seperti yang dinyatakan sebelum ini," katanya.

Katanya, buat masa ini, Cadbury sedang menunggu keputusan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan."Bukan hanya dua produk malah rantaian bekalan yang berkaitan dengan produk ini turut dianalisis.

"Kami bertemu dengan pihak berkepentingan dan pemimpin dalam masyarakat Islam untuk meyakinkan mereka mengenai komitmen Cadbury untuk membuat produk yang memenuhi keperluan pengguna di Malaysia," katanya.

Pada masa sama, katanya, Cadbury menerima galakan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi membantu membina pemahaman bahawa produk Cadbury sesuai untuk penggunaan dan mengekalkan status halal.

"Kami komited dalam mematuhi garis panduan kawal selia halal Jakim sebagaimana ditetapkan Prosedur Manual Pensijilan Halal Malaysia.

"Objektif kami, memberi produk berkualiti tinggi dalam portfolio untuk pelanggan serta menggalakkan rakyat untuk terus mempunyai amanah dalam produk kami," katanya.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments

  1. Umat Islam jgn mudah percaya dgn tipudaya ini

    ReplyDelete