Colombia – Seorang wanita memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia 22 tahun untuk mengelak daripada mengandung, iaitu dengan memasukkan kentang dalam alat sulitnya.Namun teknik yang digunakan oleh wanita itu nyata membawa padah apabila kentang itu tumbuh akar dalam alat sulit gadis itu.
Kejadian itu disedari oleh gadis tersebut selepas dia menemui doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Honda.
“Ibu saya memberitahu saya jika saya tidak mahu mengandung maka saya perlu memasukkan kentang dan saya percaya cakapnya,’’ katanya ketika mendedahkan mengenai perkara berkenaan kepada doktor.Kisah itu dilaporkan oleh laman web Colombia Reports.
Doktor kemudiannya melakukan pembedahan membuang kentang tersebut dan nasib baik kesihatan wanita itu tidak terjejas.Susulan itu jururawat dan doktor di hospital berkenaan telah memberikan syarahan panjang lebar kepada ibunya yang memberikan nasihat tidak masuk akal kepada anaknya.
Kes pelik ini membuka banyak pihak di Colombia mengenai kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan seks meskipun pendidikan tersebut adalah mandatori di negara Amerika Selatan.
Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Tagged with: info pelik
About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments