Berita Harian Online | Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun melarikan diri dari pusat pemulihan mengundang padah apabila dia dirogol oleh 16 lelaki durjana di Tanah Perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Cheras, Isnin lalu.
Mangsa dipercayai mengikuti lelaki yang baru saja dikenalinya dengan menaiki motosikal pada jam 8 malam sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan dipertemukan dengan 15 lagi rakan lelaki itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata mangsa dibawa ke kawasan sunyi di tanah perkuburan itu sebelum dirogol bergilir-gilir dan dipaksa melakukan seks oral.
Selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh 16 lelaki, remaja itu ditinggalkan di tanah perkuburan berkenaan. Seorang pengawal keselamatan yang meronda di tanah perkuburan itu menemui mangsa sebelum menghubungi polis.
Polis mengenal pasti dua individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Polis yakin dapat mengenal pasti 14 lagi suspek dan menahan mereka dalam masa terdekat.
sumber jennyselangor.
Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Tagged with: info semasa
About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments