Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Lelaki Sedih Anjingnya DiMasak Jiran Sebelah Rumah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Seorang lelaki di Cheongsong, Gyeongsong Utara, Korea Selatan terkilan apabila undang-undang negara berkenaan hanya menjatuhkan hukuman ringan kepada jirannya yang didapati bersalah memakan anjing peliharaannya.

Fullscreen capture 2282014 33044 PM

Park Ji-hye, 23, membuat laporan polis selepas pemeriksaan di rumah  jiran sebelahnya yang berusia 60 tahun menemukan baki daging anjing miliknya yang masih belum sempat dimasak.Polis yang menyiasat bagaimanapun mengambil keputusan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai ‘kemusnahan harta benda’ dan bukannya penderaan binatang.

Fullscreen capture 2282014 33016 PM


Perkara ini mencetuskan kemarahan Ji-hye yang menganggap anjing berusia 8 tahun yang dinamakan Gillyongyi miliknya itu bagai adik sendiri dan bukannya barang.Dia memberikan komen, “Gillyongyi adalah keluarga saya, bukannya barang!”

Bagaimanapun, ini bukan kes pertama binatang peliharaan dibunuh di Korea namun tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana ia diklasifikasikan sebagai kes merosakkan barang peribadi.

Pada Oktober 2013 seorang lelaki yang mencampak anjing peliharaan teman wanitanya dari tingkat 14 selepas bergaduh dengan pasangannya hanya didenda 3 juta Won (RM9225) selepas disiasat kerana merosakkan ‘barang’.

Padahal, lelaki berkenaan turut bertindak kejam apabila memijak anjing berkenaan sampai mati selepas mendapati ia masih hidup selepas dilempar dari bangunan tinggi!Pada 11 Februari 2014 pula, seorang lelaki berusia 50an didenda 300,000 Won (RM922) selepas didapati bersalah membunuh anjing Rottweiler jirannya dengan gergaji elektrik.

Kes-kes ini mendatangkan kemarahan persatuan pencinta haiwan di Korea kerana undang-undang dianggap tidak cukup kuat untuk menghalang kes penganiayaan binatang di negara tersebut.Mereka membandingkan kes lebih kurang serupa di Amerika Syarikat di mana seorang wanita dihukum penjara lima tahun dan denda ASD500 (RM1639) kerana menembak mati seekor anjing berusia 6 minggu.

Sedangkan jika kes-kes melihatkan pembunuhan haiwan ini disiasat di bawah akta penganiyaan binatang dan bukannya merosakkan harta benda, ia menjanjikan hukuman lebih berat iaitu penjara tidak lebih tiga tahun dan dan denda sehingga 7 juta Won 



anti-dog-meat-activists-stage-rally02
sumber:mynewhub

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply