Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Kecoh!!! Apabila Pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi Memiliki Jam Tangan Bernilai 6400 Dollar US
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pada Sabtu (5/7/2014), Pemimpin Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), Abu Bakr al-Baghdadi muncul di tempat awam. Ini merupakan penampilan pertamanya sejak mengisytiharkan Kekalifahan Islam di wilayah Iraq dan Syria yang kini diduduki ISIS.

Semasa tampil memberi ceramah di hadapan para pengikutnya di bandar Mosul, Iraq, Al-Baghdadi terlihat mengenakan sebuah jam tangan mewah yang kemudian menjadi perbincangan hangat di dunia maya.

Para pengguna media sosial membuat spekulasi soal jenama jam tangan itu. Sebahagian pengguna media sosial menduga jam tangan Al-Baghdadi adalah Rolex Sekonda, Tag Heuer, atau Hublot.Sebahagian yang lain meyakini bahawa jam tangan Al-Baghdadi adalah Omega Seamaster yang berharga 6,400 dollar AS.

"Kalifah kami mengenakan jam tangan Switzerland. Apa jenamanya dan dari mana dia mendapatkan wang?" tulis pengguna Twitter bernama Malas Qalani.

Beberapa pengguna Twitter lain malah mengulas jauh lebih keras.

"Jika kau mengadu jenama jam tangan itu, kau akan dipancung," kata A_Al_Shammari.

"Itu jam tangan kafir," ujar pengguna lain Twitter, Fatenn Mostafa.

Apa pun jenama jam tangan yang digunakan Al-Baghdadi, benda itu dengan jelas menggambarkan kekayaan ISIS yang bulan lalu memperoleh wang sebanyak 470 juta dolar AS hasil dari menjarah semua bank di bandar Mosul.



sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply