Penentuan had fakir dan miskin di NS dibuat berdasarkan had kifayah. Telah dilaksanakan sejak 2004. Kadar yg dinyatakan dlm borang adalah kadar lama pendapatan bersih setelah ditolak kadar had kifayah. Kadar had kifayah merangkumi kos perbelanjaan yg munasabah sebulan isirumah merangkumi perbelanjaan keperluan perlindungan, makanan, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain lain belanja berkaitan.
Sekiranya masih berbaki kurang drpd RM150, mereka akan dimasukkan di bwh kategori fakir manakala sekiranya baki pendapatan lebih drpd RM150 tetapi kurang drpd RM300 akan dimasukkan dlm kategori miskin. Kedua dua kategori ini layak menerima bantuan bulanan dan bantuan lain yg berkaitan mengikut keperluan keluarga berkenaan. Sekiranya pemohon tdk masuk mana mana kategori berkenaan.
Mereka boleh dipertimbangkan bantuan berkala atau sekali bantuan mengikut keperluan mereka. Borang berkenaan adalah borang lama wbp mungkin masih digunakan dan diedarkan bagi mengelakkan pembaziran. Kadar baru Had Kifayah juga telah dipinda seperti di sertakan. Borang baru adalah seperti disertakan. Tafsiran asnaf adalah sepertimana yg ditetapkan oleh J/kuasa Fatwa. (Utk rujukan had kifayah boleh layari http://www.baitulmalns.gov.my/hadi.asp
Di NS seramai 5,600 org menerima bantuan bulanan dan sebahagian besar mereka turut menerima bantuan bulanan JKM dan bantuan PPRT serta bantuan projek basmi kemiskinan negeri. MAINS juga sedang menjalankan kajian kali kedua had kifayah dan dijangka akan dikuatkuasakan pd 2015. Bagi 2013 shj MAINS menerima 37,678 permohonan individu dan drpd jumlah berkenaan 33,379 tlh di luluskan iaitu lebih 88.6% drpd yg di terima.
Sejumlah RM32.27 juta tlh dibelanjakan utk asnaf fakir dan miskin shj (melebihi 2/8 peruntukan perbelanjaan utk asnaf fakir dan miskin). Secara keseluruhan RM80.4 juta tlh dibelanjakan utk pelbagai asnaf (individu dan institusi) di NS pd 2013 berbanding kutipan RM79.7 juta, menjadikan lebih 100% dana zakat 2013 diagihkan pd tahun lepas.
MAINS juga merupakan satu satunya negeri yg mengagihkan lebih 95% zakat yg dikutip setiap tahun sejak 2004. Turut menerima Anugerah Audit Akauntabiliti 4 bintang (tertinggi) dari Ketua Audit Negara selama 6 tahun berturut turut selain mengekalkan Sijil Akaun Bersih sejak 2004. Selain itu MAINS juga mengekalkan kadar Indeks Kepuasan Pelanggan pd kadar melebihi 80% setiap bulan.
Terima kasih di atas sokongan, pandangan dan cadangan serta komen yg diberikan. Usaha penambah baikkan akan terus dilaksanakan. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan menerima amalan kita sebagai amalan yg soleh. Wallahualam.
Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Tagged with: info semasa
About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments