Bachok: “Saya sempat melihat mereka berempat terkapai-kapai minta tolong, tetapi hanya tiga berjaya ditarik ke tepi tebing, manakala mangsa sudah jauh di tengah tasik dan tidak dapat diselamatkan,” kata saksi kejadian seorang remaja, Mohamed Farkhan Akhiramdzan (gambar kecil), 14, yang mati lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di tasik dekat Pantai Kuala Senok, Tawang, Bachok, semalam.
Menurut Rosdi Mohamad, 36, dia bersama beberapa rakan memancing berhampiran tempat kejadian sebelum terdengar jeritan meminta tolong.
“Sebelum itu, saya melihat mangsa dan rakannya seronok bermandi-manda di tasik itu yang jarang didekati orang kampung berikutan kedalamannya boleh meragut nyawa. Kesudahannya ada yang lemas dan saya terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Abdul Razak Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 4.11 petang.Rosdi menunjukkan lokasi mangsa, Mohamed Farkhan Akhiramdzan (gambar kecil) ditemui lemas.
“Seramai lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerah mencari mangsa.
sumber :hmetro
Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Tagged with: info semasa
About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments