Memburukkan lagi keadaan adalah "minyak rakyat" atau RON95 yang dinaikkan. Kita sedia ketahui minyak ini paling murah jika dibandingkan dengan RON97.Jadi persoalan di sini mengapa "minyak rakyat" ini dinaikkan ketika harga pasaran minyak dunia jatuh?
Suatu ketika dahulu, bukankah kerajaan sendiri berjanji harga minyak di dalam negara ditentukan oleh pasaran dunia, nampaknya sekali lagi janji tidak ditepati, slogan dicapati.Tren penurunan harga minyak untuk setiap tong konsisten sepanjang tiga tahun ini, malah jatuh bawah paras AS$93 setong baru-baru ini.
Negara pengeluar minyak dunia, Arab Saudi juga bimbang dengan keadaan harga minyak global ini.
Oil drops to 27-month low as supply glut grow
http://english.alarabiya.net/en/business/energy/2014/10/02/Oil-drops-to-27-month-low-as-supply-glut-grows.html
Bagaimanapun, berbeza dengan India yang United Kingdom yang mengambil langkah menurunkan harga minyak mereka, kerajaan nampaknya gembira pula untuk menaikkan harga minyak.Oleh itu, kita tidak dengar lagi hujah-hujah daripada pakar atau menteri mengatakan harga pasaran minyak dunia naik untuk menyokong langkah kerajaan menaikkan minyak.
Bagi saya, langkah menaikkan harga minyak adalah jalan mudah untuk menjanakan pendapatan kerajaan. Kita juga sedia ketahui Petronas adalah penyumbang utama hasil kepada pendapatan kerajaan setiap tahun.Petronas adalah pembayar cukai tunggal terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45% daripada bajet kerajaan, maka apabila minyak naik, pendapatan yang akan diperoleh juga naik.
Menjelang pembentangan Bajet 2015 ini, signifikannya kenaikkan harga minyak ini nampaknya bertujuan untuk menampung belanja kerajaan.Malah, pemberian tunai BR1M yang dikatakan sebagai gula-gula politik juga akan dinaikkan lagi kali ini.
Ini adalah pemberian kali ketiga. Pada awalnya kerajaan mengatakan ia bertujuan membantu rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka tetapi selepas harga minyak naik, saya tidak tahu sama ada hujah itu masih relevan atau tidak.
Selama tiga pusingan, apakah bukti BR1M ini betul memanfaatkan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara? Adakah kerajaan mempunyai data?Tidak ada gunanya jika sekali memberi wang tunai tapi inflasi naik dan yang menerima tempiasnya adalah rakyat.
Jika berbalik semula kepada belanja kerajaan, pembentangan bajet nanti hanya di atas kertas sahaja tetapi yang tidak berada dalam kertas adalah kerugian daripada ketirisan saban tahun dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.
Seperti orang ramai lain, kita pasti tertanya adakah tiada dana dalam kantung negara?Baru-baru ini kita sedia tahu dimana syarikat pelaburan negara rugi 1MDB RM38 bilion, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersuara dalam isu ini.
Pada September tahun lepas, selepas petrol dinaikkan juga 20 sen, pihak kerajaan berkata mereka dapat menjimatkan RM3.3 bilion setahun.Jika dibandingkan dengan RM3.3 bilion setahun dan kerugian oleh 1MDB sebanyak RM38 bilion, berlipat kali ganda sebenarnya bantuan boleh diberikan kepada rakyat.
Mengapa perlu terlalu kedekut untuk membantu rakyat, tapi dengan senang membela syarikat yang tidak membuat untung. Adakah ini kerana demi rakan dan kroni yang rapat dengan kerajaan?Itu baru perkiraan melibatkan 1MDB, bagaimana pula dengan syarikat penerbangan negara MAS yang juga perlu diselamatkan daripada rugi?
“Langkah Minyak Najib” ini lebih buruk daripada “Langkah Kajang”, belum sempat rakyat menyambut Hari Raya Aidiladha tapi mereka sudah dikorbankan.Mungkin menteri ini tidak hidup bersama rakyat, tidak minum teh di mamak, mereka bersarapan dan makan malam dihidangkan oleh orang gaji. Mereka tidak tahu keperitan yang dialami rakyat bawahan ini.
Untuk Najib, langkah menaikkan harga minyak ini bukan jalan terbaik pada ketika tahun depan rakyat akan berdepan tahun mencabar, tahun dimana cukai GST akan dikenakan.Janganlah kata rakyat sahaja perlu berjimat tapi tidak pula kerajaan.
Sumber: sentiasapanas.com
Daftar FREE dgn SHORTE & Kumpul Wang!! --- > http://sh.st/yTW1b
ReplyDeleteLogin sahaja utk KUMPUL duit Percuma (HOT!)---> http://bit.ly/ZdbtAm
klik hi tech performance
ReplyDelete