Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.
Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.
Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff.
Tapi memang benarlah kata orang, lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum.
SUMBER:Sentiasa panas
No comments