Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Kisah Wanita Diraba Lelaki Dalam Bas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

SETIAP hari di Jakarta terdapat lebih kurang empat juta orang yang menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk berulang-alik ke tempat kerja dan ke sekolah.Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam begitu besar terjadi kerana majoriti pekerja di Jakarta memperoleh gaji yang rendah sehingga tidak memungkinkan mereka memiliki kenderaan sendiri.

Namun sejak kebelakangan ini, isu pelecehan seksual ke atas penumpang wanita semakin menjadi-jadi. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja gadis tetapi ada juga pelajar sekolah dan wanita yang agak berumur.

Dalam pengakuan mereka kepada penulis, beberapa penumpang wanita mengaku bahawa mereka kini agak bimbang untuk menaiki kenderaan awam kerana sering mengalami peristiwa pelecehan seksual yang kadangkala sudah dianggap melampau.

Menurut mereka, orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut bukan sahaja penumpang lelaki tetapi juga konduktor bas yang kadangkala begitu bijak 'mencari laluan' untuk menyentuh bahagian tertentu pada tubuh penumpang wanita.

Berdasarkan kepada apa yang diceritakan terdapat penumpang-penumpang wanita yang mengalami pengalaman pelecehan seksual yang dianggap cukup ganas.Salah seorang yang mengalami pengalaman tersebut ialah Indriani yang bertugas sebagai kerani bank. Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu.

''Ketika itu saya menaiki bas awam yang sesak dengan penumpang tetapi saya mendapat tempat duduk, di samping saya berdiri seorang lelaki separuh usia.''Saya tidak berkata apa-apa ketika lelaki itu mula menggeselkan kemaluannya ke bahu kiri saya. Ketika itu saya fikir mungkin bas penuh sesak dan selalu ada orang yang lalu-lalang untuk turun dan naik,'' katanya.

Namun Indriani terkejut besar apabila lelaki berkenaan mengeluarkan kemaluannya dan melakukan onani sehingga menyebabkan bahu kiri Indriani terkena 'air suci' lelaki tersebut.

''Saya benar-benar terkejut dan tidak tahu berbuat apa-apa, apatah lagi penumpang lain yang menyedari perbuatan lelaki berkenaan hanya melihat sahaja.

''Saya bingung dan merasa amat malu tetapi saya hanya mampu menangis,'' katanya yang memberitahu penulis bahawa dia tidak akan melupakan detik hitam tersebut.

Seorang mahasiswa Universiti Indonesia (UI), Dara, 20, pula berkata, baru-baru ini ketika menaiki sebuah bas, beliau mengalami pelecehan seksual yang dilakukan oleh empat lelaki yang mengeluarkan kata-kata lucah kepadanya.

''Saya khuatir untuk bertindak balas, walaupun tidak tahan dengan kata-kata mereka. Apatah lagi mereka melihat saya dengan penuh nafsu,'' katanya.

Pelecehan seksual bukan sahaja dilakukan oleh penumpang, malah sesetengah konduktor bas yang sepatutnya bertindak sopan kepada 'pelanggan' juga mempunyai nafsu buas.

Konduktor bas ini kebiasaannya menjadikan pelajar wanita sebagai sasaran mereka. Ia dilakukan ketika pelajar berkenaan mahu turun atau naik.

''Pada saat itu, kernet (konduktor) akan menyentuh tubuh kami dengan sengaja terutama di bahagian dada dan punggung,'' kata Wani seorang pelajar Sekolah Menengah Atas di Tebet, Jakarta Selatan.
Bas yang sesak dan padat sememangnya menjadi tumpuan utama sesetengah lelaki untuk melakukan pelecehan seksual ke atas wanita.

Lelaki-lelaki berkenaan biasanya memulainya dengan berusaha berada berdekatan dengan mangsa bagi membolehkan dia menggunakan siku untuk menyentuh bahagian dada si pelajar atau wanita.

Jika seseorang wanita itu duduk, lelaki yang bernafsu liar itu akan memanfaatkan kesempatan tersebut untuk mengintip bahagian tertentu wanita berkenaan.

Bagaimanapun tidak semua kejadian pelecehan seksual ini terjadi ketika bas sesak.

Nur, seorang gadis yang bekerja di sebuah perusahaan membuat roti di Bekasi memberitahu penulis beliau pernah mengalami kejadian tersebut ketika bas sedang kosong.

''Lelaki yang duduk di samping saya memegang lutut saya, saya fikir tidak sengaja, tetapi kemudian dia menggerakkan tangannya hingga ke paha saya sehingga memaksa saya berpindah tempat duduk,'' katanya.
Sama ada Indriani, Nur atau siapa juga wanita yang menjadi mangsa pelecehan seksual di kenderaan umum ini mereka tidak mampu berkata apa-apa.

Malah kalau mereka cuba membantah perbuatan tersebut, mereka akan menerima nasihat yang cukup memedihkan telinga iaitu 'jangan naik bas kalau tidak mahu disentuh'.

''Lagi pula mas, hanya ini sahaja kenderaan utama kami untuk berulang-alik ke tempat kerja, kalau hendak beli mobil (kereta) kami tidak mampu, gaji kami kecil,'' kata Indriani.

Sememangnya kita bersimpati dengan insan-insan seperti Indriani yang terdedah kepada pelecehan seksual walaupun pada hakikatnya mereka melangkah setiap hari untuk mencari rezeki secara halal.

Jika mereka yang menjadi mangsa perbuatan gila tersebut menderita, bagaimana pula dengan orang yang melakukan sikap biadab itu.

Penulis 'berjaya' menemu ramah dua lelaki yang mengaku pernah melakukan perbuatan pelecehan seksual tersebut. Pada mulanya mereka 'segan' untuk mengaku perbuatan mereka, tetapi selepas dihulur wang Rupiah 20,000 (RM10) seorang, maka masing-masing pun menceritakan pengalaman menarik mereka.

Komariyadi, 30, mengaku sering terdorong melakukan pelecehan seksual apabila melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi.

''Terus terang saya sering terfikir perkara yang bukan-bukan jika melihat mereka yang mengenakan skirt pendek dan baju T ketat. Tetapi semua itu tidak wujud kalau saya melihat wanita cantik berpakaian sopan, paling tinggipun saya mengagumi kecantikannya,'' katanya ketika ditemui di sebuah tempat hentian bas di Jalan Jeneral Sudirman.

Dino, 22, mahasiswa sebuah universiti di Jakarta mengaku pernah melakukan perbuatan tersebut akibat tergoda dengan seorang wanita.
''Selepas meraba punggungnya, saya menggerakkan tangan saya ke bahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian dada, nasib saya tidak baik kerana wanita itu menyedari perbuatan saya dan terus turun dari bas,'' katanya.

Seorang lelaki yang enggan memberikan namanya berkata, dia sering melakukan perbuatan itu dengan berpura-pura mencari sesuatu di dalam poket seluarnya.

''Ketika itu saya mesti berdiri dan wanita tersebut duduk, waktu itulah tangan di dalam poket saya akan menyentuh bahagian dada wanita berkenaan,'' katanya.

Tidak pula diketahui apa keuntungan yang mereka peroleh apabila melakukan perbuatan tersebut tetapi apa yang jelas ia memberikan mereka keseronokan dan kepuasan.

Apa yang dipaparkan di sini bukan sahaja berlaku di Indonesia, mungkin juga di Malaysia seperti di Kuala Lumpur.

Untuk menyalahkan sesuatu kelompok sama ada lelaki atau wanita sahaja tidak memadai. Ini kerana si lelaki mungkin akan mengatakan wanita yang bersalah kerana memakai pakaian seksi, manakala wanita pula akan menuduh lelaki mengambil kesempatan.

Kesudahannya polemik mengenai pelecehan seksual dari segi siapa yang bersalah akan berterusan. Semua ini hanya boleh dielakkan jika kedua-dua golongan berkenaan mempunyai keteguhan iman.

Si wanita tidak boleh mengharapkan semua lelaki akan bertindak sopan kepada mereka, begitu juga lelaki, mereka tidak boleh berpendapat bahawa si wanita yang memakai pakaian seksi semata-mata untuk menarik perhatian mereka.

Justeru itu apa yang penting ialah sikap hormat-menghormati dan mengetahui norma-norma kehidupan yang berlandaskan keagamaan.

Sebenarnya, kalau wanita itu bertudung dan menutup seluruh tubuhnya sekalipun belum tentu dia selamat kerana di Indonesia atau Malaysia masih terdapat banyak lelaki yang bak kata orang 'kalau terlihat betis wanitapun sudah cukup untuk menaikkan nafsunya.'

Tetapi ini tidak bermakna semua kesalahan harus diletakkan kepada kaum lelaki sahaja kerana kaum wanita kalau sudah mengetahui adanya lelaki yang bernafsu buas seperti itu mereka harus berwaspada dan berusaha mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa.

Ini kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; ''wanita adalah alat perangkap syaitan.''

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply