Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira jam 7 malam tadi.

Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di situ dipercayai ke rumah teman lelakinya yang menetap di situ.

Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk berikutan bau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia sering terhidu bau busuk setiap kali menggunakan lif untuk ke rumahnya.

Akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu katanya, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

“Petang tadi (semalam) saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

“Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Pihak pengurusan kemudian membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,” katanya.


Gambar hiasan
Johor Bahru: Bekas pemain bola kebangsaan Khushari Karthi Khan Abdullah, 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini tadi.

Khushari Karthi Khan atau nama sebenarnya sebelum memeluk islam S Kartihgesu Karti dituduh memiliki pistol, peluru dan harta hasil rompakan berkumpulan.

Hakim Hassan Abdul Ghani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mengarahkan sebutan semula kes pada 6 Januari depan.
Gambar hiasan
PETALING JAYA 4 Dis. - Tindakan seorang doktor memaki hamun seorang guru penolong kanan kerana memaksa dua anaknya mengambil mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 atau penjara 65 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap Raymond Abd. Rahman Abdullah, 44, selepas dia mengubah pengakuan kepada bersalah hari ini.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap guru tersebut, Lee Huat, 56, dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa di pejabat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, SS14, Jalan SS14/6, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2.15 petang, 4 Julai 2012.

Bekas penuntut bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, tertuduh dan isterinya, Marinah Hashim, 39, masing-masing didenda RM500 atau penjara 25 hari selepas pasangan itu mengubah pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat pertanyaan Balai Polis Subang Jaya, kira-kira pukul 8 pagi, 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1976 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya manakala kedua-dua tertuduh yang mempunyai lima anak berusia antara sembilan dan 16 tahun, diwakili peguam R. Yoganathan.

Mengikut fakta kes, pasangan tersebut telah pergi ke pejabat sekolah dan meminta guru berkenaan membenarkan dua anak mereka yang belajar di situ mengambil matapelajaran Pendidikan Moral atas alasan mereka gagal dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan pada pertengahan tahun.

Bagaimanapun tertuduh yang berang dengan jawapan guru tersebut bahawa pihak sekolah tidak dapat membantu memandangkan perkara itu adalah melanggar Akta Pendidikan, bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Lee Huat dan menengking pengetua sekolah itu.

Kemudian, lelaki itu keluar dari pejabat itu dan menuju ke bilik darjah anak-anak mereka dan mengarahkan mereka untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.
Gambar hiasan
GEORGTOWN: Tindakan sepasang kekasih bercumbuan sambil tubuh wanita berada di atas badan te man lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana didapati berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin

Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dik Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman A sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyias Ketenteraan (CPK).

Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat d penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya bera atasnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melak perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.

“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.

“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

sumber -http://pilihan-anda.blogspot.com/
 Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol anak saudaranya berusia 16 tahun, di sebuah hotel di sini, Mac lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel New Wave, di sini, pada kira-kira jam 10 malam, antara 17 sehingga 18 Mac 2013.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmany manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Mukhtar.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh membawa mangsa yang juga anak perempuan kepada abangnya ke sebuah hotel.

Dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman dan memberikannya kepada anak saudaranya itu bersama-sama dengan satu tiub straw berisi serbuk putih.

Selepas mendaftar keluar dari hotel terbabit, tertuduh menahan teksi dan menyuruh mangsa pulang ke rumah sendirian.

Ibu remaja itu kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat luka baru di kemaluan mangsa.

sumber: http://pilihan-anda.blogspot.com/
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.

Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
"Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul," katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Gambar hiasan
DUNGUN – Seorang anak pengetua antara tiga lelaki yang ditahan reman untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dengan kes samun, culik dan rogol bergilir-gilir seorang pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit dalam kejadian berasingan dekat sini, pagi kelmarin.

Suspek, 31, yang difahamkan anak sulung kepada pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bersama seorang rakannya warga Indonesia di sebuah rumah dekat Gong Pasir, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Lelaki yang kini menganggur itu dikatakan berkelulusan ijazah sarjana kejuruteraan perisian komputer dan siasatan awal mendapati dia dipercayai pernah mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata.

Manakala seorang lagi rakannya, berusia 25 tahun pula ditahan berdekatan restoran makanan segera di Kerteh kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Majistret, Hazwanie Husain Bustari memerintahkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Kesemua suspek dipercayai terbabit dengan satu kes culik melibatkan dua wanita yang bekerja sebagai pelayan dan pembantu kedai telefon bersama rakan lelakinya di Bukit Chatak kira-kira jam 3 pagi kelmarin sebelum melarikan mereka ke Kampung Durian Mentangau.

Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah kereta Proton Satria dihimpit dua Honda Civic lalu salah seorang daripada suspek keluar dan menyamar sebagai polis sebelum mengarahkan mangsa mengikut arahan mereka dengan salah seorang memandu kereta mangsa lalu meninggalkan lokasi kejadian.

Suspek juga merampas lima telefon bimbit milik mangsa

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Durian Mentangau pula, suspek yang memandu kereta Proton Satria bersama mangsa telah melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.

Suspek kemudiannya melarikan seorang wanita selepas merampas kereta Perodua Kancil dipandu adik iparnya lalu meninggalkan wanita terbabit kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian selain menyamun telefon bimbit mangsa.

Suspek juga dipercayai merogol dua wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama di sebuah inap desa di Jalan Kenanga Dungun sebelum mangsa melarikan diri ketika suspek menukar nombor plat kereta di rumah rakannya di sebuah kampung di Dungun.

Kedua-dua kereta Honda Civic yang digunakan suspek dipercayai kereta curi dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati positif dadah
Seremban: “Sebagai ibu, saya tidak akan maafkan menantu atas apa yang dilakukan terhadap anak,” kata Juriah Hashim, 55, ibu kepada Nor Hafazalina Mohd, 30, yang dikelar 18 kali di pipi, bibir, dahi dan tangan hingga menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Lebih menyedihkan, anaknya itu kini berdepan risiko buah pinggang rosak dipercayai akibat kekasaran dilakukan suaminya yang berusia lingkungan 30-an.

“Sepatutnya anak boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), namun doktor mengesahkan buah pinggangnya berkemungkinan rosak akibat kejadian itu dan kini terpaksa ditahan di wad.

“Saya tidak akan maafkan menantu, malah akan bawa anak ke mahkamah untuk minta fasakh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak dapat menahan sebak melihat kesakitan ditanggung anaknya termasuk kesan luka ditoreh.

“Selama ini saya banyak bersabar dengan menantu. Apa yang dibuat selama ini saya pejamkan mata, namun kali ini mengancam nyawa anak saya.

“Ini tidak boleh diterima akal, malah selepas ini saya akan bawa anak dan dua cucu berusia lapan dan 10 tahun berpindah ke tempat lain demi keselamatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang memburu suspek.

“Kita minta dia serah diri untuk membantu siasatan atau berdepan tindakan diburu polis.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Abdullah Hanafi berkata, kejadian itu dianggap kes jenayah kerana membabitkan kecederaan yang akan disiasat oleh pihak polis.

“Jika bukan kes jenayah, JKM boleh mengambil kes ini mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, namun tiada keperluan pihak kami campur tangan sehingga diminta berbuat demikian oleh polis.

“Bagaimanapun, sebaik kes ini selesai, kita akan melihat keperluan sama ada wanita ini atau anak-anaknya perlu diberi bantuan termasuk bantuan bulanan,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan penderitaan Nor Hafazalina dikelar sebanyak 18 kali oleh suaminya yang juga penagih dadah di sebuah rumah di Ampangan, di sini, Jumaat lalu.

Wanita dua anak itu menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya kira-kira jam 5 petang selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki terbabit yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Gambar hiasan
Kajang: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.

Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

(Laman artis terbaru di Malaysia – klik MyArtis di – http://mynewshub.my/myartis/)

Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

(Membeli- belah dalam talian tidak pernah semudah atau seselamat ini! Klik )

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign
- -
ALOR SETAR - Persoalan mengenai sehelai seluar berdekatan lokasi seorang daripada tiga beradik perempuan yang ditemui mati di tepi sawah Alor Senibong, di sini, Sabtu lalu terjawab.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, penemuan seluar itu tidak ada kena mengena dengan insiden pembunuhan, Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14.

“Seluar itu adalah milik orang lain dan ia tidak ada kena mengena dengan suspek ataupun individu yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, polis memberitahu telah menjumpai sehelai seluar hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu adalah milik salah seorang mangsa atau sebaliknya.

Polis juga akan meminta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Adzaman berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat dan mengumpul keterangan daripada seorang pelajar berusia 16 tahun yang ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini kita belum buat tangkapan baharu kepada mana-mana individu lain. Kita masih sedang menyiasat dan mendapatkan keterangan daripada pelajar yang ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis telah menahan pelajar berkenaan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira jam 11.30 malam.

Pelajar berkenaan direman empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan membunuh).

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Akhirnya, misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu terjawab apabila kesemua mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusid Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40, Nor Syafikah Nadia, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang pada Sabtu.

Sementara dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam tiga petang dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini.
-
Gambar hiasan
Shah Alam: Dua pegawai imigresen masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lima dan dua tahun selain didenda RM20,000 seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan rasuah dan bersubahat membenarkan warga Indonesia masuk ke negara ini menggunakan pasport yang tidak mempunyai cop masuk sah.

Hakim M Bakri Abdul Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Nik Azan Nik Man, 31, dan Mohd Hasrul Che Othman, 28, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Nik Azan didakwa memperoleh suapan wang tunai RM800 daripada Abdullah Busahlan, 43, sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap ‘Hendrawan’ dan ‘Amrizal’ dengan kedua-dua lelaki itu memiliki pasport yang tidak mempunyai cop masuk sah.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam tandas Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada jam 2.30 petang, 28 Ogos lalu. Nik Azan juga didakwa menerima wang tunai RM1,850 daripada Abdullah ke dalam akaun CIMB miliknya di Petronas JML Damai, Lot 68501, Persiaran Anggerik Mokara, Taman Kota Kemuning pada jam 9.04 malam, 31 Julai lalu.

Tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM2,350 daripada Abdullah melalui akaun CIMB miliknya di Petronas Malaysia Airport Niaga KLIA 3, Jalan Pekeliling Kargo, pada jam 11.19 pagi, 31 Oktober lalu.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, rakannya, Mohd Hasrul didakwa bersubahat dengan Nik Azan membenarkan ‘Hendrawan’ dan ‘Amrizal’ masuk sedangkan mereka mempunyai pasport yang tidak memiliki cop masuk sah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kaunter nombor 16, Balai Pelepasan Imigresen LCCT, pada jam 11.45 pagi, 28 Ogos lalu.
PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa, dalam tempoh seminggu.

"Bagaimanapun jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bukti yang diperoleh semasa kertas siasatan tersebut dibuka pertama kali tahun lepas, selain akan memanggil semula individu berkaitan untuk merekod percakapan.

Katanya keputusan dibuat ekoran gesaan orang awam yang prihatin dengan kes itu.

Abdul Gani berkata antara individu yang akan dipanggil ialah mangsa, ayah mangsa, ibu saudara mangsa, doktor yang memeriksa mangsa serta dua suspek termasuk bekas suami mangsa.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.

Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.

Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik. - Bernama
ALOR SETAR 2 Dis. - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kematian tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

"Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih memilukan, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Biarpun mereka ditemui mati lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh.

Menurut Adzaman, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti melibatkan segenap aspek.

"Setakat ini polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131202/je_17/Kes-bunuh-3-beradik-Remaja-16-tahun-ditahan#ixzz2mJhxNGJT
© Utusan Melayu (M) Bhd

-
ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. -Bharian
-
ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
-
ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini. - BERNAMA/UTUSAN
-
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.

Pernah dihunus parang
Mangsa menunjukkan laporan polis ketika hadir di Balai Berita, semalam. - Foto Saddam Yusoff
“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya kepada BH.

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya.

Berita Harian
-
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu pada Jumaat yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini Sabtu.

Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau.

Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu.

Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu.

Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri. - BERNAMA
- - -