Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Berita Harian Online | Bekas bintang drama bersiri Desperate Housewives berusia 38 tahun ini muncul dengan gaun hijau muda di tayang premeier festival filem oleh Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian)

Ketika beliau cuba mengangkat kainnya yang labuh bagi mengelakkan ia basah, pelakon jelita ini secara tidak sengaja mendedahkan bahawa beliau tidak memakai seluar dalam.

Insiden memalukan tersebut berjaya dirakamkan kamera ketika beliau sedang menaiki tangga yang basah dek hujan.Bagi mengelakkan beliau terus malu, kami terpaksa menapis gambar di bawah.




sumber: tabekpuang.blogspot.com

Kesian dengan pengasas D’Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena namanya dikaitkan dengan pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dengan seorang rakan kongsi perniagaannya.

Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.

Dato Terlajak Laris [2]
Dato Terlajak Laris [3]
Dato Terlajak Laris [4]

Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.

Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff.

Tapi memang benarlah kata orang, lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum.


SUMBER:Sentiasa panas
TAK disangka di sebalik imej bersihnya sebagai seorang pelakon dan pengacara popular, rupa-rupanya selebriti wanita ini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan suami orang.

Mulanya penulis tak percaya dengan cerita ni, yela selebriti wanita berusia awal 20-an sebelum ini dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon yang pernah menjuarai sebuah program realiti lasak tahun lalu.

Menurut sumber daripada rakan penulis, pelakon wanita itu dikatakan sudah hampir setahun bercinta dengan suami orang yang bekerja sebagai jurutera.

Isteri lelaki terbabit dikatakan mengetahui hubungan suaminya dengan selebriti tersebut tetapi disebabkan perasaan sayang yang sangat menebal terhadap suaminya, si isteri hanya mampu memendam rasa.

Dikhabarkan suaminya mula bermain cinta dengan selebriti itu ketika si isteri sedang hamil dan kini sudah empat bulan bayi mereka dilahirkan ke dunia, suaminya masih lagi ligat berhubungan dengan pelakon tersebut.

Kalau penulis cakap nama selebriti ni, mesti ramai tak percayalah dengan imej ‘budak baik’ yang cuba ditampilkannya ituBaru-baru ni status ala-ala kecewa di laman sosial selebriti itu pun ada mencetuskan kontroversi di kalangan peminat setianya… 



 



sumber:pilihan-anda.blogspot.com
Terkejut besar peminat yang mengikuti akaun Instagram Aaron Aziz semalam apabila pelakon tersohor itu memuat naik gambar sehelai seluar dalam.

Maklumlah selama ini Aaron dikenali sebagai artis yang biasa berkongsi gambarnya bersama keluarga, promosi iklan dan lakonan terbaru atau majlis yang dihadiri sahaja.


Tup-tup terselit gambar seluar dalam putih di atas, dah tentu objek ini mengejutkan semua orang hingga rata-rata peminat membuat andaian bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam pihak tertentu.

Apa pun, bagi kami kalau setakat gambar seluar dalam begini tak perlulah kita bersikap taboo sangat kot.Lainlah kalau Aaron kongsi gambar dia memakai seluar dalam sahaja, ha yang itu memang bakal mencetus kontroversi tak ingat punya. - MYNEWSHUB.MY
Trend throwback atau memuat naik gambar lama di laman Instagram sememangnya menjadi ikutan di kalangan pengemar media sosial perkongsian gambar ini.

Terbaharu, pelakon siri realiti televisyen, Keeping Up With The Kardashians, Kourteney Kardashian telah memuat naik gambar bogelnya dan ibu, Kris Jenner dalam keadaan hamil.

Kedua-duanya yang sarat hamil pada ketika itu bergambar bogel dengan tangan menutup payudara mereka.

Trend bergambar bogel ketika sedang hamil memang menjadi trend di kalangan selebriti Hollywood dan antara yang pernah melakukannya ialah Christina Aguilera, Jessica Simpson dan supermodel, Alessandra Ambrosio.

sumber:mynewhubs
KUALA LUMPUR:  Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Pelakon terkenal Hong Kong, Coffee Lam mendapat MALU BESAR apabila sekumpulan paparazzi berjaya ‘menghidu’ perbuatannya berasmara dengan seorang lelaki di sebuah tandas OKU selama hampir 30 minit!Paparazzi berkenaan juga sempat merakam visual di luar tandas serta suara pelakon berkenaan sewaktu sedang ‘beraksi’.

COffee dan teman lelakinya sempat berkata ‘ Oh Sh*t ‘ sebaik saja keluar dari pintu tandas tersebut setelah mendapati sekumpulan paparazzi sudah bersedia dengan kamera di tangan masing-masing!Inilah adegan PALING KANTOI dalam dunia hiburan Hong Kong ketika ini!

Coffee yang pada mulanya mendakwa hanya berbual dengan seorang teman dalam tandas itu akhirnya mengaku yang lelaki itu adalah teman istimewanya. –
Mynewshub.my
Menurut dari laporan negara China pelakon ini sangat liar dan mempunyai nafsu seks yang tinggi.Beliau dikatakan  mempunyai ramai teman lelaki yang terdiri daripada anggota polis.Selain itu pelakon ini juga mempunyai hubungan dengan beberapa peniaga lelaki

menurut info lain pelakon ini kerap melakukan hubungan seks dengan setiap lelaki yang dikenalinya dalam kereta pada waktu malam

"Dia pernah mempunyai hubungan yang intim dengan penjual minuman, tetapi akhirnya dibuang kerja. Setiap kali sekumpulan pelakon lelaki berkumpul, mereka pasti akan bercakap mengenai 'port projek dengan dia,ini bermakna mereka sangat mengenai beliau sebagai tempat memuaskan nafsu  "kata pemberi maklumat.

Pelakon itu telah dikhabarkan telah pergi ke luar negeri untuk memajukan kerjaya lakonannya, tetapi tidak begitu berjaya. Beliau dilaporkan salah satu 'Ah Jie' atau nama-nama besar dalam MediaCorp dan mempunyai nama panggilan 'lady kereta goyang' semasa kejayaan beliau.



sumber:http://www.allsingaporestuff.com
Harry Potter terkenal dengan lakonannya yang sangat mantap .Namun beliau juga seorang lelaki yang mempunyai nafsu.Tapi Beliau kantoi apabila kamera terakam beliau melihat buah dada wainita disebelahnya


sumber:penpatah.blogspot.com

Pelakon ini muncul pada Press Conference untuk filem terbarunyya iaitu The Plum in the Golden Vase dengan dress yang boleh pandang tembus.


 


 

 



Siti Nurhaliza Dicium Peminat-Dek kerana terlalu gembira dan teruja, seorang peminat fanatik Dato Siti Nurhaliza bertindak secara spontan mencium tangan penyanyi nombor satu negara itu.Momen yang mencuri tumpuan ramai tersebut berlaku ketika peminat yang dikenali sebagai Princes Ahak itu menerima hadiah daripada Siti Nurhaliza di malam konsert amal eksklusifnya, Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC, malam tadi.

Hadiah tersebut sebagai saguhati selepas peminat berkenaan terpilih untuk bertanyakan soalan kepada Siti sewaku di sesi interaksi bersama para peminat yang berada di dalam dewan.Tenang dan hanya tersenyum, Siti bagaimanapun cepat-cepat 'memujuk' suaminya, Dato' Seri Khalid Muhammad Jiwa (Dato' K) yang menonton dari tempat duduk penonton dengan berkata,

"Ala yang (sayang)... budak-budak jer", katanya sambil memandang ke arah Dato' K. Reaksi Siti itu juga sekaligus mengundang gelak ramai.

Sementara itu Siti yang ditemui sejurus usai konsert meluahkan rasa puas hati dan syukur apabila berjaya membuat persembahan pada malam pertama. Bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan, menariknya pada konsert selama 1 jam 30 minit itu, Siti memulakan persembahan dengan konsep drama muzikal yang mana secara ringkas menceritakan perjalanan hidupnya, bagaimana karier nyanyiannya bermula hinggalah beliau bertemu jodoh dan terus dikagumi hingga ke hari ini.

Siti mendendangkan sebanyak 14 buah lagu hits antaranya 'Siti Situ Sana Sini', 'Kesilapanku Keegoaanmu', medley 'Purnama Merindu' & 'Nian Dihati', 'Jerat Percintaan', 'Kau Mawarku', 'Bukan Cinta Biasa', 'Kau Kekasihku', 'Seindah Biasa', 'Ku Mahu' dan 'Pendirianku'.

Tidak cukup dengan itu Siti yang yang tampil anggun dengan persalinan kedua, terus menghangatkan suasana dengan lau Muara Hati serta sesi persembahan akustik yang memperdengarkan lagu medley 'Tanpa Kalian' & 'Intrig Cinta'.


comel kan Nora Danish untung sape dapat  :)



Kecoh!!! itulah yang berlaku apabila Nikita Willy dan ratusan orang yang hadir pada malam akad nikah Olla Ramlan dan Aufar di Masjid Kubah Emas cinere Depok Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian seksi dengan bahagian bahunya terdedah.

Penampilan Niki sangat menjolok mata dan menyebabkan kaum lelaki terangsang sangat teruk jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan pakaian tertutup, maklumlah di masjid.Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.

"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.

Nikita Willy
                       Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan.

Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu."Biasakan kalau pesta perkawinan malam ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.

sumber:http://www.sentiasapanas.com
JAKARTA – Rasa cintanya terhadap suami barunya, Sajad Ukra, menjadikan inspirasi Nikita Mirzani menambah koleksi tato di tubuhnya. Bahkan, dia sengaja membuatnya di bagian intim.

"Saya punya tato nama suami saya. Tato nama Sajad di atas kemaluan," kata Nikita di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, Kamis 5 Desember 2013 malam.

Bintang Comic 8 itu pun mengaku tengah menikmati kehidupan rumah tangganya. Apalagi, dia jarang bertemu dengan suaminya yang tinggal di Singapura.

"Dia suami saya yang paling baik, pengertian. Karena kita belum satu rumah, kadang masih pulang pergi Jakarta-Singapura. Niki orangnya kangenan, orangnya romantis, jadi kalau enggak ketemuan gimana gitu," tutup dia.


sumber:http://realitiabadi.blogspot.com




Agak menggemparkan apabila sebuah blog hiburan terkenal menyiarkan di ruangan gosipnya yang mempamerkan beberapa keping gambar penyanyi lelaki bertatu di lengan dan berpelukan dengan seorang gadis seksi.

Menurut blog tersebut, gambar-gambar panas penyanyi yang sedang meningkat naik itu dikirim oleh seorang peminat melalui emel yang seolah-olah sangat marah terhadap perilaku artis itu yang menyerupai seorang “playboy”.

Pengirim emel tersebut turut mendakwa bahawa meskipun penyanyi yang dirahsiakan identiti itu mengaku mempunyai kekasih hati, dia masih menjalin hubungan sulit dengan bekas kekasihnya sehingga kini

Selain dari gambar aksi memeluk gadis seksi, turut disiarkan gambar penyanyi itu menayangkan tatu di lengannya, gambar bercoli di muka dan sekeping gambar lagi yang terdapat segelas air yang dipercayai arak di atas meja di depannya.






Bagaimanapun identiti penyanyi itu menjadi tanda tanya dan dia dipercayai telah bertatu sejak tinggal di luar negara sebelum ini.
JAKARTA: Setelah dirawat selama tiga hari di Rumah Sakit Pusat Pertamina (RSPP), Jakarta Selatan, mangsa kemalangan yang melibatkan pelakon Ari Wibowo meninggal dunia, Khamis.

Pelakon sinetron yang menunggang motosikal berkuasa besar Ducati itu terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu.Sementara itu, Ari turut dilaporkan patah kaki akibat kemalangan tersebut.

Sejak tiga hari mangsa berada di rumah sakit, Ari sentiasa berada dan mengikuti perkembangannya tersebut sehingga Allahyarham meninggal dunia.

“Dia sudah diberikan rawatan yang terbaik namun kita tidak dapat menolak kehendak Tuhan,” katan Ari seperti dipetik Liputan6.com.

Ari yang memberi kerjasama dalam kes kemalangan tersebut turut digugurkan daripada dikenakan apa-apa tindakan.suria.fm

Gambar Kekasih Baru Tiz Zaqyah | Dikhabarkan di laman sosial sekarang, tersebar beberapa keping gambar bekas kekasih Remy Ishak, Tiz Zaqyah bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasih baru beliau.

Memetik dari halaman Rotikaya, Tiz memberitahu bahawa dia mengenali Daniel sejak dibangku sekolah menengah lagi.

“Ya, I’m with him right now. Kami kenal sejak sekolah menengah lagi,” ujar Tiz Zaqyah pendek.

 



Baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat lalu, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah ditimpa masalah apabila dia dikhabarkan sesak nafas semasa berada di lokasi berbulan madu iaitu di Cameron Highland, Pahang.

ZAHID
Zahid sempat berkongsi gambar dirinya di sebuah klinik dengan bernafas mengunakan topeng bantuan pernafasan oksigen di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Zahid yang merupakan penyampai radio Era FM ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis kelahiran Teluk Intan, Perak iaitu Sarah Julifa Isa.
Buat Zahid semoga cepat sembuh dan selamat melayari bahtera bersama isteri tercinta.

Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.” -Erin Malek, Galaksi TV9

Itulah respon dan jawapan yang diberikan oleh erin malek sendiri yang seakan-akan bangga melakukan tindik lidah dan juga membuat tatoo. Erin Malek merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang comel waktu itu, yang pernah membintangi filem Tentang Bulan. Namun tahukah anda selepas menonton TV9, Galaksi episod minggu lepas mengenai dirinya yang dah dewasa? Cukup besar perubahan yang dilakukan oleh dirinya. Menjadi seorang yang lebih dan ‘terlalu matang’ dalam makna yang halusnya. Hehe.
Dalam rancangan itu, Erin mengakui dirinya menindik lidah dan juga bertatoo (tidak dinyatakan dibahagian mana). Namun dengan nada sinisnya, dia cukup berbangga memiliki tatoo. Wow. Admin tak tahu nak kate apa dah. Lebih baik korang jangan ikut-ikut, sebab ini akan merugikan diri anda sendiri dalam kubur, tak dapat dibayangkan, Nauzubillah. Mana peranan orang tua di sini?-
sumber:www.101.myetech9.com





WANITA genit dan lincah ini begitu istimewa di Malaysia. Biarpun sudah menjangkau usia 34 tahun, namun Rossa mudah mencuri tumpuan dengan gaya keanak-anakan dan sifat ramah-tamah yang tidak dibuat-buat.Ternyata ada sesuatu yang istimewa di sini apabila dia bukan sahaja menampilkan dua lagu ekstra menerusi album kompilasi, The Best Of Rossa khas buat pasaran di sini, bahkan tidak menolak untuk menjadi suri hati peminatnya di Malaysia.
Menerusi album yang baru dilancarkan di sini pada minggu lalu, Rossa menampilkan himpunan lagu-lagu popularnya termasuklah Ayat-Ayat Cinta, Pudar, Tegar, Atas Nama Cinta, Terlanjur Cinta dan Ku Menunggu.
Lebih istimewa apabila dia menampilkan tiga buah lagu baharu untuk pasaran di negara asalnya, Indonesia iaitu Aku Bersahaja (duet Taufik Batisah), Jangan Ada Dusta Antara Kita (duet Broery Marantika) dan Tak Sanggup Lagi serta tambahan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (duet Pasha Ungu) dan One Night Lover (duet Joe Flizzow) khas buat peminat Malaysia sahaja.
Tidak sah kalau bertemu wanita ini jika tidak bercerita soal teman hati. Dalam tempoh kebelakangan ini, nama seorang jejaka muda dari Malaysia, Faris sering dikaitkan dengan dirinya. Namun si empunya diri dengan tegas di samping nada gurauan menafikan dakwaan itu.
"Faris bukan pacar saya. Saya kenal dia pun ketika sambutan hari lahir mamanya pada suatu ketika dahulu sahaja. Sejurus itu kami rapat sebagai kawan."Memang saya dekat dengan dia dan sering makan bersama keluarganya, tatapi saya kini tidak berpacaran dengan sesiapa," katanya ketika ditemui di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Rossa yang merupakan ibu kepada Rizky Langit Ramadan, 6, menambah, dia kini sedang didekati oleh beberapa orang lelaki, tetapi tiada perancangan untuk mengikat kasih.
"Ada beberapa orang yang dekat dengan saya, tetapi untuk hubungan yang serius masih belum ada rencana," ujar Rossa yang tidak menolak jika jodohnya adalah orang Malaysia kerana pernah berpacaran dengan seorang jejaka di sini pada suatu ketika dahulu.
Dia seolah-olah sudah kalis apabila ditebak dengan soalan klise berkaitan hubungan rapatnya dengan mana-mana lelaki. Namun, empunya diri bijak mengawal situasi agar tidak pantas melenting bahkan bijak berdiplomasi menangkis segala dakwaan.
Tidak hanya dikaitkan dengan jejaka Malaysia, kini timbul juga cerita mengenai hubungan istimewanya dengan seorang ahli perniagaan di Indonesia. Namun, Rossa tetap bijak menafikan teka-teki itu tanpa mengguris hati sesiapa.
Dalam berteka-teki soal hero di hatinya, nama penyanyi Anuar Zain tetap melekap di hati janda kepada anggota kumpulan Padi, Yoyo itu. Jelas Rossa dia mengidam untuk berduet dengan Anuar menerusi sebuah lagu istimewa.
"Selepas berduet dengan Joe Flizzow, saya menanti waktu untuk berduet pula dengan Anuar. Sudah lama sebenarnya teringin tetapi ada sahaja halangannya.
"Saya memilihnya bukan kerana nama besar semata-mata tetapi melihat potensi yang ada untuk lagu itu berjaya nanti. Untuk lagunya, pastinya saya akan memilih naskhah masyarakat yang orang kebanyakan suka," katanya yang turut memasang impian untuk berduet dengan Datuk Sheila Majid.
Dalam tempoh setahun diedarkan di Indonesia, kira-kira 1.5 juta unit CD berjaya dijual sekali gus menjadikan album itu sebagai melodi yang paling tinggi dalam pasaran semasa di Indonesia.
"Mujurlah strategi pemasaran di rangkaian restoran (makanan segera) KFC ini berjaya. Saya selalu juga singgah di beberapa buah restoran untuk bertemu peminat dan mendapat maklum balas daripada kakitangannya," kata Rossa yang berada di Kuala Lumpur selama empat hari.
Dalam perkembangan lain, Rossa dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah pada 12 Oktober ini untuk menunaikan fardu haji setelah tiga kali mengerjakan umrah Selain sibuk menguruskan 18 buah cawangan pusat karaoke, Diva Family Karaoke di Indonesia yang dimilikinya, Rossa juga kini sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan hartanah.-kosmo