Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Baru Baru ini Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) telah menetapkan syarat utama cermin gelap bagi kenderaan terutamanya kereta. Antaranya syarat-syaratnya seperti gambar dibawah

Ada juga yang tidak berpuas hati dengan syarat-syarat ini jadi pihak JPJ telah mengeluarkan borang kepada yang ingin memhon untuk memasang cermi gelap anda boleh print borang tersebut dilink bawah 



 Cara Penjenayah Curi Wang Dalam Akaun Bank Dengan Menggunakan Peranti Khas Yang Ramai Orang Tidak Tahu - berita harian,harian metro,sinar harian- Bagi memenuhi permintaan anda, gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini. 

'Skimming device' dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan. Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan. 

Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran.
Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul | Berita Harian Online - Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT.
Menteri Tun Mahathir pernah berkata jiran yang sejahtera tidak akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu negara Malaysia mengamalkan dasar “prosper thy neighbour”.

Jiran yang tenteram tentu tidak akan menyusahkan jiran tetangga nya yang lain.Diambil contoh jika ekonomi jiran bertambah kukuh maka limpahan kebahagian nya akan tempias kepada jiran yang dekat.

Sebalik nya jika ekonomi jirannya teruk dan hancur maka limpahan kesusahan juga akan dapat kepada jiran yang terdekat.

Pelarian ekonomi dan orang dari negara bermasalah akan cuba menyelusup masuk kedalam negara yang aman dan banyak peluang pekerjaan.

Jiran kita Singapura boleh dikira sebagai jiran yang “affluent” dan sejahtera dari hal kedudukan ekonomi dan kestabilan politik.

Oleh sebab terlalu stabil dan kaya maka wang nya bertambah banyak dan melimpah.Bagus lah begitu. Namun, kekayaan wang dan dana tidak selari dengan kedudukan nya yang amat kecil dan sempit.

Seorang pemimpin Islam dari sebuah negara terdekat pernah berkata negara itu hanya lah satu titik merah sahaja didalam peta dalam memperli Singapura.

Jadi oleh sebab ia semakin kaya tapi diwaktu yang sama semakin sempit, maka sesuatu perlu dilakukan oleh pemikir negara itu.

Maka mereka sudah kenal pasti jalan dan cara nya.

Ia itu pemilikan pasir dan tanah untuk kerja penambakan dan kerja kerja land reclaimation nya.

Kedua, menguasai politik negara yang dikenal pasti sebagai bahan untuk perolehi pasir dan tanah itu.

Mahu tidak mahu Malaysia , Indonesia dan Vietnam telah dijadikan mangsa penjual pasir nya.

Selain wang yang banyak untuk membeli pasir, wang yang banyak juga akan dikeluarkan untuk membeli kuasa dan ahli politik dari negara negara terbabit sebagai penjaga kepentingan jika ada sesiapa yang bangkit dari dalam negara terbabit untuk bersuara melawan kerja penjualan pasir kepada Singapura.

Tidak cukup dengan itu wang dana pembiayaan akan juga ada untuk kerja kerja diversion atau pun alihan supaya tiada tumpuan kepada kerja jual pasir bahkan tertumpu kepada kerja diversion seperti di Malaysia misalnya isu Lynas.

Maka orang akan sebuk bercakap tentang Lynas yang belum pun ada sesiapa mati sehingga hari ini, bahkan kilang Babi lebih banyak membunuh orang seperti di Bukit Pelanduk dan sebagai nya satu waktu dulu.

Namun akibat kehebatan berdakyah ditambah dengan “think tank” yang berguru dengan Mos sad maka orang negara ini sentiasa kena tipu dan kena terpedaya.

Dalam orang Malaysia dikacau dan di ganggu dengan anasir dari seberang yang sentiasa menciptakan isu demi isu dalam siber dengan senyap Singapura telah berjaya meluaskan tanah nya sebanyak 20%.

Cuba baca ini-
The densely populated state of Singapore has expanded in size by more than 20 per cent since the 1960s by reclaiming vast amounts of land from the sea, in doing so becoming the world’s biggest importer of sand – 14.2 million tonnes in 2008.



Huh, tengok tu. meluas sebanyak 20% dari tanah keluasan asal.


Kita baca lagi -

Most of its exports have come from neighbouring Indonesia, Malaysia and Vietnam but all three have now attempted to limit or ban exports of sand. With plans to expand its surface area by a further 7 per cent by 2020, Singapore is becoming increasingly reliant on another one of its neighbours, Cambodia, to meet its demand.

Satu lagi negara ditambah dalam keperluan menjual pasir kepada Singapura.

Kenapa sebuk dengan hak Singapura membeli pasir? Itu hak dia lah, tentu akan ada yang berkata sedemikian.

Laporan dibawah ini tentu berguna untuk difikirkan.

The densely populated state of Singapore has expanded in size by more than 20 per cent since the 1960s by reclaiming vast amounts of land from the sea, in doing so becoming the world’s biggest importer of sand – 14.2 million tonnes in 2008.



Kita bukan persoal hak dia membeli, kita suruh sedar akan kehausan tanah oleh pemerintah Singgapura dan sambil itu permainan politik dalam negara yang terbabit untuk mencengkam pemerintah negara itu melalui kerja saraf nya.

Selain itu ia juga menunjukan bahawa Singapura juga sedang menunggu waktu dimana “Singapuraya” akan dapat dibentuk dengan tindakan awal nya dalam “Gelang Patah Move”.

Apa yang mengusarkan ada lah atas dasar kepentingan nya maka pasti akan sentiasa ada gangguan demi gangguan dalam politik negara kerana Malaysia yang tidak stabil akan menguntung kan Singapura.

Dulu Tun Mahathir pernah berata “If you have friends like Singapore you dont need enemy”. Benar lah kata mantan itu. Siapa perlukan musuh jika kawan pun sudah berperangai semacam musuh. Mereka amat pentingkan diri.

Dalam satu masa mereka mengguna kan barua nya untuk memburukan kan Malaysia dengan pelbagai tomahan sambil itu mereka membeli tanah dan hartanah di Johor.

Tidak kah itu melambangkan kepalsuan dan hipokrasi? Kenapa mahu beli tanah dalam negara yang dikata kan tak bagus banyak jenayah rasis dan macam neraka?

Sebenar nya “Golden Chresonese” ini terlalu berharga dan semua pun tahu itu sebab nya ramai berebut mahu memiliki nya, dan konon negara ini tidak bagus , muflis, teruk dan tak baik ada lah tuduhan mahu mengelapkan mata sahaja, sedang kan semua persiapan mahu merampas nya sedang di buat dibantu oleh badut dan kitol.

Sumber
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya."Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

:: Wallahua'lam Bishawab ::
Jika anda pengguna Maybank sila ambil perhatian info ini sangat penting terutamanya anda yang menggunakan perkhidmatan Maybank2u.com zaman sekarang orang nak cari duit dengan mudah tanpa menghiraukan haram dan halal jadi tolong ambil perhatian lihat gambar dibawah







seperti gambar diatas cuba anda perhatikan betul-betul memang nampak perbezaannya laman web Maybank yang palsuu dan laman web Maybank yang original jadi tolong sebarkan info ini

KUALA LUMPUR : Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.

Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.

Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.

Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.

Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.

“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.

Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya.

Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga.

Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir.Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.


sumber
Seiring dengan teknologi dan arus kemodenan sekarang, permainan untuk si kecil alaf ini juga sudah berbeza dengan sekarang. Antara yang menjadi trend ibu bapa celik IT adalah memberi gadget seperti ipad atau tablet untuk dijadikan mainan si kecil. Namun terfikirkah anda samaada gadget seperti ini sesuai atau tidak untuk tahap umur semuda dua tahun ke bawah.

Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan badan mereka.

” Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas, namun, jika mereka terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah” kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.

Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.

Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.

Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.


sumber
Borang Daftar Permohonan SL1M Program Skim Latihan 1Malaysia Online. SL1M merupakan sebuah program untuk mengurangkan kadar pengangguran disamping membantu individu yang bergelar graduan mendapatkan peluang pekerjaan.

Program ini turut meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Syarat Kelayakan SL1M

1,Graduan mestilah Warganegara Malaysia
 

2,Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas

3,Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia

4,Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan

5,Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima

6,Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Borang Pendaftaran Online
Sila layari http://www.epu.gov.my/web/guest/e-internship
Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198


(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.


(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.


(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.



(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR


BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun

(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…

Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.

*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…



sumber:penpatah.blogspot.com
Subhanallah bertapa indahnya ciptaan Allah. Lihat gambar-gambar ini haiwan dalam rahim ibunya

















1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!
80% produk gula gula getah dan jeli telah disahkan adalah dari kulit babi jika tiada logo halal jakim. Industri gula gula getah dan jelisememangnya dimonopoli oleh kaum cina.

Jadi pada mereka yang masih mahu makan gula gula getah atau jeli, pastikan ada logo halal Jakim. Kerana kajian sudah mengesahkan 80% gula gula getah dan jeli majoriti yang tiada logo halal Jakim adalah dari kulit babi.

Aku pasti ramai antara kita tak tahu tentang ini, kerana dulu kita tidak merasakan bahawa peniaga dan usahawan cina ini akan berbuat demikian. Tetapi ini lah realiti dan fakta. Yang mana masih pertahankan, mungkin sudah biasa menelan dan kunyah kulit babi. Sebab itu tidak percaya walau kita sudah maklumkan.

sumber:isupanaz.blogspot.com

Hari ini seorang remaja  meninggal dunia karena menjawab pangilan ketika telefon bimbitnya sedang dicas untuk penuhkan bateri.

menurut sumber semasa menjawab pangilan tiba-tiba baterinya bergegar dengan kuat tiba-tiba ia meledak kemudian meletup dan terbakar menyebabkan tangan serta pipi beliau terbakar

Jadi kesimpulannya jangan menjawab telefon anda ketika sedang dicas  Bila bateri hanfond rendah cas dulu dan jangan melakukan panggilan atau menjawab panggilan masuk, karena radiasi sa'at pengisian bateri naik hingga menjadi 1000 kali lebih kuat.

Hal ini dapat terjadi pada setiap telefon bimbit di luar sana. Tolong sebarkan info ini kepada teman2 yang lain, supaya kita lebih waspada...!!


sumber rakan fb

 Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.



Berita dari Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT!! dari Gleneagles Hospital LimitedTujuh wanita telah meninggal dunia selepas mencium sampel perfume percuma yang telah diposkan kepada mereka.

Produk ini adalah beracun. Jika anda menerima sampel percuma melalui pos seperti losyen, minyak wangi, dan lain-lain lampin membuangnya. Kerajaan takut bahawa ini mungkin perbuatan yang lain.

Mereka tidak akan mengumumkannya di dalam berita kerana mereka tidak mahu menimbulkan panik atau memberi idea-idea baru pengganas. Hantar ini kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga. Drpd:

Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Jabatan Sumber Manusia
Tel: 03-4270 3474 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

***gambar di atas memg betol2 sampai di kedai saya..

Baru jer bercerita di dlm what app dgn members tentang muslihat ni..tetiba pos man anta 1 sampul berisi myk wangi tanpa tulis apa pun..pelik kan

Apa Maksud nya ni yer.sbb saya betul2 takut akan terjadi benda yg X di ingini pada keluarga saya.


sumber rakan fb

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).Gunakan Mouse dengan BAIK dan BETUL!

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.







senaman Tangan untuk mengelakkan Kapal Sindrom






Satu sejenis makanan mee segera jenama A1 mempunyai logo halal sedangkan ianya tidak halal dan dijual bahagian kaunter tidak halal di sebuah Pasar Raya tersebar ligat di alam maya.Para pengguna beragama Islam kini tertanya-tanya mengapa tiada sebarang tindakan tegas lagi pantas pihak berwajib terutamanya JAKIM dan KPDNKK.

Dipercayai ini bukan perkara terpencil tetapi tips on the iceberg .Sekurang-kurangnya peniaga Pasar Raya ini cukup jujur dan amanah mengambil inisiatif sendiri meletakkan produk berkenaan di bahagian kauter barangan tidak halal.
hari ini kita ramai dikalangan kita kemungkinan kita sendiri selalu sangat up date status yang tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan bahaya kepada diri sendiri.Oleh kerana bosan kita terus up date status yang tidak berfaedah dan membuatkan prang lain rasa tidak selesa

Oleh itu kawallah sama jangan selalu update melulu berikut 10 Perkara Jangan Dedahkan Di Facebook Dan Twitter






Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih

Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.

lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:

Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?

Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?

Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.

Mz: awk ni dari mana?

Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.

Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)

Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.

boleh saya tau alamt penuh en?

Mz: alamat sya….

Wi: boleh dapatkan no ic…

Mz:90xxxxxxxx

Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?

Mz: ye sy…

Wi: dah brapa lama ia digunakan?

Mz: hampir 2 tahun…

Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210

Mz: ye btol…

Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir

Mz:16xx xxxx

Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?

Mz: ye ad…

Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan sya no ahli kad en?

Mz: xxx…

Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.

En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.

Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.

Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..

Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.

Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan…en kerja mana?

Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk…npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan…

Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.

Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?

Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment…ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama…( trus letak phone)

Darah dah tak tenteram, buka terus maybank2u…

Nasib baik, duit masih ada…apa lagi, cepat-cepat kol maybank buat pengesahan…

pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau…dia xberjaya mengambil duit dari akaun en…sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar..!