Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Fatwa Daripada Ustazah Masitah - berita harian online | Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu mengenai info ini sangat mengejutkan tidak dapat dipastikan dari mana beliau merujuk fatwa ini hukum orang islam bukan mahram bersalaman antara lelaki dan perempuan harus jika tidak rasa berahi.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Ustazah Masitah ketika ditanya soalan mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan berikut printsreen yang sebagai bukti


kenyataan hukum harus bersalaman antara lelaki dan perempuan diluahkan pada ruangan soal jawab anda musykil Dr Masitah Jawab telah mencetuskan ribuan persoalan.berikut petikan saya penulis ambil daripada blog amekaw.com

berikut penjelasan hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan 


jadi itulah sebabnya mengapa beliau keluarkan kenyataan harus besalaman antara lelaki dan perempuan rupa-rupanya beliau sendiri yang bersalaman dengan lelaki bukan mahram bahkan boleh cium lagi tangan lelaki tersebut 

 Perkara yang membuatkan Ibadah Qurban Haram- Berita harian,Harian Metro,Sinar harian |Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus: Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu? Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram. Jadi, macamana nak upah mereka? Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana? Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah. Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB. ^ __ ^ ** Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini. Sila SHARE agar semua kawan-kawan kita juga dapat manfaat...
Sejak Akhir-akhir ini facebook merupakan medium platform yang sangat penting untuk manusia berhubung serta mencari kenalan seorang hamba Allah bertanyakan soalan adakah sah talak suami update diwall isteri sudah diceraikan? berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:

“ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahua’lam


credit to:amekaw.com
Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua ‘berlagak pandai’ ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul.

Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah. Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis.Saya selalu bertanya:

“apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.

Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).

Kata Anas bin Malik :“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
gambar hiasan
Sejak akhir-akhir ini pelbagai produk telah dicipta untuk pembesaran senjata lelaki.Justeru ramai dikalangan kaum lelaki mencuba pelbagai jenis ubat atau alatan untk besarkan senjata masing-masing namun mungkin ramai yang tidak tahu hukum besarkan angry birds dengar penjelasan Ustaz Azhar dan tolong sharekan kepada rakan-rakan yang lain

Bagi suami isteri adakalanya waktu malam sibuk dengan tarawih dan amalan-amalan sunat yang lain.Ada juga segan untuk melakukan jimak kerana risau diperhatikan anak-anak kecil jadi terpaksalah tunggu sahur untuk menunaikan hajat terpendam persoalan apakah hukumnya? jom kita dengar bersama-sama

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai.

Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.







2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.




3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.




4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.




5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,






sumber
Post kali ni, mari kita bincang bab solat pula. Sebenarnya post ni adalah berdasarkan hajat seorang pelawat blog ni, yang menamakan dirinya 'saya'. Sekian lama bertangguh akibat ketandusan ilham dan kecetekan ilmu, alhamdulillah saat ni Allah SWT izinkan saya untuk bertinta walaupun ilmu ni hanyalah secebis, malah mungkin kurang daripada secebis.

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah...

1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Maksud hadis:

"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"
"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat



lihat video dibawah

Mereka (lelaki) yang sering dengan sengaja mencukur janggut sebenarnya mereka cuba nak jadi muda padahal mereka sendiri tak sedar bahawa mereka MODIFIED wajah mereka menjadi jelita & anggun seperti wanita.

Lelaki yang berjanggut jauh lebih manis dan tampan berbanding lelaki yang bermisai dan berdagu licin selembut salju.Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi : "Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan" (al-Muhalla)

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani."
(HR Ahmad)

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut. (HR Muslim)

MAZHAB HANAFI

Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)

Allamah Ibn Abidin rahimahullah berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)

MAZHAB MALIKI

Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)

Al-‘Adwi rahimahullah berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik rahimahullah bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)

Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)

MAZHAB SYAFI'I

Imam Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”

Berkata Ibn Rif’ah rahimahullah dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i rahimahullah telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”

Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi rahimahullah bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”

MAZHAB HAMBALI

Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).

Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”

As-Saffarini rahimahullah berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami (Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)

Maka jelas IJMAK imam-imam muktabar haramnya cukur janggut. Maka diharapkan TOKOH-TOKOH ilmuan dan penyampai agama islam sila ALERT benda PENTING ni.

Jangan cakap pasal agama sedangkan anda tak buat tuntutan agama Islam. Jangan cakap pasal agama sedangkan dagu anda licin selicin licinnya.

Apa yang DOKTOR pesan bermati matian ikut takut nanti tak sihat.
Apa yang kata-kata nabi s.a.w mereka seolah-olah ambil mudah dan ada yang tak akur dan tak percaya. Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah menurut perintah Pencipta segala makhluk. Pencipta sahaja yang tahu akan kebaikan untuk makhlukNya.

Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pesan mereka ambil mudah sahaja.



sumber
Assalamualaikum Ustaz

Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hukum minum air mineral Spritzer, Cactus, Desa dan seumpamanya yang di buat di Jalan off Air Kuning, Taiping yang dikatakan mengandungi mineral mayat yang mana tasik air mineral yang disebutkan tadi terletak berhampiran dengan tanah perkuburan cina. Tidak ada bukti kukuh mengatakan air minuman tersebut ada mengandungi mineral mayat, cuma khabar angin dan desas desus di internet, sms dsb. Apa yang saya tahu, air melibehi 2 kolah yang tidak berubah sifat (warna, rasa dan bau) merupakan air mutlak. Boleh ustaz jelaskan hukum minum atau guna air tersebut atau hanya fitnah dari individu yang ingin mengelirukan semua orang.

Jawapan

Saya tidak berani hendak mengatakan berita yang mengatakan air mineral dari Air Kuning Perak itu difitnah atau mengandungi kandungan mayat. Alasannya saya kurang memiliki info-info atau kajian ilmiah mengenai perkara ini. saya juga ada terdengar dari sahabat dengan berkata “syeikh jangan beli mineral ni dan semua mineral yang diprodukkan dari Air Kuning bercampur dengan air mayat cina”.

Beginilah kita sebagai seorang Islam, soal halal dan haram ini perkara yang amat serius dan perlu diberatkan. Allah SWT sangat tegas dalam perkara ini, banyak firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW mengenai hal ini. Saya muatkan dulu firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” ( Surah Al-Baqarah: 168)

 Lagi Firman Allah SWT :

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (Surah Al-An’am: 145)

Kemudian saya datangkan pula sabda Rasulullah SWT mengenai makanan halal sebagai rujukan kita semua :

“Barang siapa dagingnya tumbuh dari pekerjaan atau makanan yang tidak halal, maka neraka adalah tempat yang layak untuknya.” (Riwayat Ibnu Hibban).

Solusi

Tindakan pertama, apabila kita dengar hujah-hujah mengenai air mineral tersebut, maka sebaiknya kita membuat kajian dahulu adakah maklumat yang didengari itu benar atau tidak. Mungkin perkara ini kita boleh rujuk dari mereka yang pakar dalam bidang fiqh pemakanan halal, mereka yang mempunyai kemampuan atau mempunyai autoriti untuk mengkaji dan menentukan makanan itu halal atau tidak.

Tindakan kedua yang patut kita ambil ialah pastikan produk itu dibuat oleh orang Muslim, kerana secara tidak langsung makanan tersebut sudah terjamin kehalalannya. Banyak syarikat atau produk mineral yang dibuat oleh Muslim. Tetapi untuk mendapatkannya bukan perkara yang mudah perlu menggerakkan sedikit kudrat yang diberikan Allah SWT. Berusaha mencari perkara yang baik itu dinamakan sebagai jihad, ibadah dan memperoleh pahala daripada Allah SWT.

Tindakan ketiga, zaman sekarang akses mendapatkan maklumat halal itu boleh dibuat dengan pelbagai cara sama ada melalui panggilan, email, layari website atau logo halal yang diperakui JAKIM. Sekiranya kita dapati produk air mineral itu tidak mempunyai tanda halal JAKIM, maka sebaiknya jangan dibeli kerana kandungan dan prosesnya belum diperakui daripada badan Islam yang bertauliah.

Tindakan keempat, jika kita masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan produk tersebut, maka lebih baik ditinggalkan sahaja untuk menghindarkan diri dari terjebak dengan perkara yang syubhah dan haram. Tindakan ini lebih selamat dan disarankan oleh Islam.

Penutup

Di sini saya tidak berani hendak mengatakan air itu halal atau tidak. Saya juga tidak berani menyatakan dakwaan itu fitnah atau tidak. Cuma yang saya dapat berikan ialah beberapa tindakan yang boleh diambil untuk perkara tersebut. Harapan saya tips ini dapat memberi manfaat kepada sahabat yang bertanya dan juga pengunjung blog ini. semoga usaha ini dapat menyumbangkan perkara yang positif kepada seluruh masyarakat.


sumber:http://www.ustaznoramin.com



Salam ustaz ..

Saya nak tumpang tanya, semasa ondaway balik dari kerja, saya terlanggar seekor anjing. Apa yang perlu saya lakukan. Perlukah saya membasuh tayar motosikal dengan menggunakan air tanah ataupun hanya menggunakan air paip sahaja..

Jawapan

Anjing termasuk dalam bahagian najis paling berat atau dinamakan sebagai najis muqallazah. Ada dua kategori dalam najis ini iaitu apa-apa yang datang dari anjing atau babi, maka ia dikira sebagai najis muqallazah. Najis ini hendaklah disucikan dengan cara yang telah ditetapkan Islam seperti mana perbahasannya yang terdapat pada kitab-kitab fiqh dalam bab menyucikan najis.

Cara menyucikan najis ini ialah dengan menghilangkan dahulu najis yang datang daripada anjing atau babi, kemudian dibasuh 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci. Seterusnya diakhiri dengan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci seperti hilang bau, rasa dan warnanya. Boleh ditambahkan lagi basuhan air mutlak apabila di dapati masih ada kesan-kesan najis. Tindakan ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim)

Dalam masalah tuan yang bertanya, bahagian motosikal yang terlanggar anjing itu hendaklah disucikan dengan kaedah yang telah ditetapkan iaitu 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah dan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci dengan hilangnya bau, rasa dan warnanya. Namun masih ragu-ragu atau was-was terhadap kesan najis itu, maka tambahkan lagi bilangan air mutlak sampai hilangnya rasa was-was di atas kesan najis tersebut.




sumber : http://www.ustaznoramin.com
Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat - memang diakui kerana ada diceritakan dalam hadith-hadith sahih bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat akan diamankan daripada fitnah kubur.

Ada pendapat ulama yang menjelaskan bahawa roh si mati akan diringankan daripada seksa kubur. Mereka diseksa di dalam kubur, tetapi seksaannya diringankan oleh kerana keberkatan meninggal dunia pada hari Jumaat. Sekalipun orang yang mati pada hari Jumaat itu adalah orang fasiq seperti mana yang diceritakan oleh Imam Nawawi dengan syarat orang itu adalah orang yang beriman dia akan diringankan dari seksaan kubur.









Hukum Melabur Dalam ASB Terbaru 2014 -KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (COMANGO) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tahun lalu, COMANGO menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam."Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.

"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.

Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang membabitkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan.

- BERNAMA
 Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita disana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?


Allah Ta’ala berfirman:
 “Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:” Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar “. (Surah Al-Isra: 4)

Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah…pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.

Al-Qur’an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:
“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai “. (Surah Al-Isra ‘: 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan.



 Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham,” Kami bertanya dari mana larangan itu?
Rasulullah menjawab: 
“Dari orang-orang asing yang melarangnya.” Kemudian berkata lagi: “Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan.” Kami bertanya: “Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. “ (HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

“Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)”. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi “. (HR. Ahmad)
sumber
Jarak Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minitIa terlalu hampir dengan negara kita. Terlalu dekat berbanding dengan negara Palestin, Bosnia atau Sudan.

Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan sedang berlaku di negara itu.Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat negara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.

Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti binatang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang berbeza daripada kaum majoriti.

Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni negara Malaysia. Majoriti penduduknya ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan prasangka.

Selamatkan Etnik Islam Rohingya [2]

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terhadap apa yang berlaku terhadap etnik itu.Malangnya, di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.

Saya juga tidak nampak satu kesungguhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu.Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohingya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Rohingya ini.Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam itu.

Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.Hentikan terus daripada bercakap mengenai Anwar Ibrahim kerana selagi kita terus bercakap mengenainya, negara ini akan terus berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi.

Selamatkan Etnik Islam Rohingya [4]

Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.Etnik Rohingya sedang disembelih, kampung mereka dibakar. Laporan Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya menyatakan, anggota etnik dilayan seperti haiwan."“Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan di negara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti dilaporkan laman web akhbar Burma Times.

Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myanmar dengan ada antara wanita dan gadis dirogol serta dibunuh dengan kejam.Tahun lalu, saluran televisyen BBC melaporkan, kanak-kanak Rohingya Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di tengah Myanmar.Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.

Selamatkan Etnik Islam Rohingya [5]


Laporan terbaharu dari daerah Naypyidaw, Sabtu lalu, menyebut Myanmar memulakan operasi pembersihan etnik Rohingya Islam apabila seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu.

Menurut saksi itu, Aisha kepada badan kebajikan Partners Relief Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya, Killadong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang etnik itu.

Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi?Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila etnik itu sedang diha¬puskan?

Di mana masyarakat antarabangsa?

Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu?

Adakah sekatan ekonomi hanya dikenakan semasa darling Barat yang mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah?

Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serbia tanpa dipedulikan 


sumber
Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu -Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

sumber
Hukum dan Kesan Buruk On8ni Dalam Islam bagi sesiapa yang tidak dapat menahan nafsu dan sering onani anda perlu dengar video ini


apakah hukumnya seorang doktor lelaki merawat wanita seperti wanita ingin bersalin beliau merawat dan ada juga memegang kemaluan pesakit wanita adakah ia dibolehkan atau haram? mohon ustaz dapat jelaskan

jawapan penuh dibawah