Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
![]() |
Firdaus Masood |
Wakilnya, Firdaus Masood berkata, ketetapan itu perlu dibuat atas alasan bagi memperbetulkan kefahaman rakyat mengenai struktur pakatan pembangkang yang dilihat menimbulkan kekeliruan.
"Pas Pusat perlu menyatakan siapakah pengerusi bagi pakatan pembangkang, adakah Pas, PKR atau DAP. Kepimpinan perlu lihat struktur ini dan tunjuk kepada rakyat.
"Daripada penetapan itu, langkah itu juga akan menentukan siapa yang bakal menduduki jawatan Perdana Menteri jika pakatan memenangi PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14)," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.
Beliau juga mahu kepimpinan tertinggi Pas menyegerakan pendaftaran pakatan pembangkang sebagai satu parti turut merangkumi PKR dan DAP bagi mewujudkan sistem dua parti di negara ini.
Firdaus turut menggesa kepimpinan tertinggi parti itu mendedahkan laporan bedah siasat prestasi Pas pada pilihan raya umum lalu yang masih belum diperoleh ketika ini.
Sementara itu wakil Perlis, Mohd. Shukri Ramli menggesa, pemimpin Pas memberikan penjelasan berhubung konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) kepada ahli di peringkat bawahan bagi mengelakkan salah faham mengenainya.
Katanya, langkah itu perlu dilakukan sendiri oleh pemimpin Dewan Ulama Pas dan Majlis Syura Pas.
"Sesuai dengan konsep rahmat untuk semua, tahaluf siyasi perlu diperkemaskan dalam kalangan orang Melayu dan penerangan perlu dibuat di peringkat bawahan.
"Ini kerana selepas tahaluf siyasi diluluskan Majlis Syura, ada ahli Pas merujuk kepada ustaz di kampung dan termakan dengan saraf UMNO," katanya.
KHAS - KONTROVERSI - POLITIK
Peti undi PDM Bukit Besar kawasan Cina telah memberi kelebihan untuk Pas menang besar. Pas peroleh 1556. Manakala BN hanya sekadar peroleh 443 dan majoriti di sini adalah 1113.
Peti undi inilah menyebabkan BN terlungkop di PRK Sungai Limau. Namun begitu undi Melayu pula dilihat merosot untuk Pas.
BN menang di 10 PDM manakala Pas hanya menang di 9 PDM dan keputusan bukanlah keputusan yang teruk.
PAS kini perlu mengikut telunjuk Cina DAP. Majoriti PDM Melayu Islam telah DIPEROLEHI BN dan ini memberi isyarat kepada PAS bahawa masyarakat Melayu telah menolak PAS.
Peti undi inilah menyebabkan BN terlungkop di PRK Sungai Limau. Namun begitu undi Melayu pula dilihat merosot untuk Pas.
BN menang di 10 PDM manakala Pas hanya menang di 9 PDM dan keputusan bukanlah keputusan yang teruk.
PAS kini perlu mengikut telunjuk Cina DAP. Majoriti PDM Melayu Islam telah DIPEROLEHI BN dan ini memberi isyarat kepada PAS bahawa masyarakat Melayu telah menolak PAS.
HOT - KHAS - POLITIK
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments