Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos


saksikan perlawanan secara eksklusif Pay Per View LIVE STREAMING ROYAL RUMBLE 2014  pagi ini jam 9 pagi waktu malaysia..Di sini saya akan sediakan 2 Link untuk Menonton rancangan tersebut jika ada ..Selamat Menonton..



link 1 Klik DI SINI

link 2 Klik DI SINI 

link 3 Klik Di SINI
Ini edisi baru dari pelbagai senarai yang banyak dihadirkan oleh kaum bloggers atau media. Dari sepuluh nama perempuan yang aduhai itu, muncul beberapa nama baru seperti model Zaira Nara, Irina Shayk, hingga penyampai cantik Sara Carbone. Mereka, boleh dikatakan, muka baru pengganti wajah lama yang sering masuk kategori paling seksi seperti Cheryl Tweedy (bekas teman lelaki Ashley Cole), Ilary Blasi (isteri Francesco Totti), Victoria Beckham (isteri David Beckham), dan Linda Evangelista (isteri Fabien Barthez). Berikut sepuluh perempuan terseksi dunia itu:

10. Abigail Clancy, 24 Tahun Dia pengganti kayu estafet seksi dari tangan Chery Cole atau Victoria Beckham. Abigal adalah model pakaian dari Inggeris. Dia kekasih penyerang Tottenham Hotspur, Peter Crouch. (Foto Ist)



                            

9. Yolanthe Sneidjer-Cabau, 25 Tahun Kekasih penyerang Inter Milan, galatasaray. Cabau seorang artis dan pengacara tv keturunan Spanyol dan Belanda. Dia pernah dinobatkan sebagai perempuan terseksi Belanda pilihan pembaca FHM untuk edisi Jun 2006, Mei 2007 dan September 2009.


8. Sara Carbonero, 25 Tahun Termasuk wajah baru pengisi daftar Wag's terseksi di dunia. Sara adalah kekasih kiper Real Madrid Iker Casillas. Dia seorang penyampai tv dan jurnalis olahraga Spanyol. (Foto Dailyoptionreports)


7. Sylvie Van Der Vaart, 32 Tahun Dari namanya diketahui kalau Sylvie adalah istri pemain bola Belanda, Rafael van der Vaart. Sylvie adalah model asal Belanda dan pernah terpilih sebagai perempuan terseksi Belanda 2003. (Foto Catflapfootball)


6. Luli Fernandez, 22 Tahun Sebelum bercinta dengan penyerang Boca Junior, Pablo Maouche, model asal Argentina ini pernah juga dinobatkan sebagai Wag's terseksi di dunia. Kerana dulunya Luli adalah kekasih pemain tengah Real Madrid, Fernando Gago. (Foto Luli Fernandez Dok)


5. Mellissa Satta, 24 Tahun Dia pengacara Elisabetta Canalis sebagai perempuan terseksi, yang sama-sama berdating dengan Christian Vieri. Bezanya, Canalis masa lalu, sedangkan Satta masa kini Bobo Vieri. (Foto SI)


4. Irina Shayk, 24 Tahun Kekasih baru Cristiano Ronaldo. Model asal Rusia ini terekam kamera sedang menikmati percutian di Laut Mediterania bersama Ronaldo akhir Mei lalu. (FotoWhoatealltheopies)


3. Alena Seredova, 32 Tahun Model asal Ceko ini termasuk muka lama yang sering masuk kategori sebagai kekasih pemain bola terseksi dunia. Seredova merupakan istri dari Gianluigi Buffon. Mereka sudah mempunyai satu anak lelaki bernama Louis Thomas Buffon. (Foto Football Co.uk)


2. Sarah Brandner, 20 Tahun Sarah seorang model yang tinggal di dua negeri, Milan dan New York. Kekasipemain tengahh  Jerman Bastian Schweinsteiger ini pernah menjadi model lukisan tubuh untuk majalah olahraga ternama Sport Illustrated. (Foto SI)


1. Zaira Nara, 21 Tahun Model Argentina. Saat ini sedang menjalin kasih dengan pemain asal Uruguay, Diego Forlan (Foto Whoatealltheopies).

Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 | Jadual Piala Dunia Brazil 2014 | FIFA World Cup Brazil 2014 Schedule

Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014 yang telah disediakan setelah selesai undian peringkat kumpulan yang berlangsung semalam. Perlawanan pertama akan berlansung pada 12 Jun 2014 di antara Brazil dan Croatia.

Semalam telah berlangsungnya undian untuk 32 pasukan yang telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia Brazil pada tahun 2014.

Berikut adalah keputusan undian tersebut. Brazil sebagai tuan rumah telah diletakkan di dalam kumpulan A bersama Croatia, Mexico dan Cameroon.

England dan Itali diundi di dalam kumpulan D. German pula akan menghadapi Portugal, USA dan Ghana di dalam kumpulan G manakala Jepun diundi bersama pasukan Colombia.

Pasukan Sepanyol telah diletakkan bersama Belanda dalam kumpulan B dan Korea akan bertemu Rusia, Algeria dan Belgium dalam kumpulan H.

Group A: Brazil, Croatia, Mexico, Cameroon.
Group B: Spain, Netherlands, Chile, Australia.
Group C: Colombia, Greece, Ivory Coast, Japan.
Group D: Uruguay, Costa Rica, England, Italy.
Group E : Switzerland, Ecuador, France, Honduras.
Group F: Argentina, Bosnia-Hercegovina, Iran, Nigeria.
Group G: Germany, Portugal, Ghana, USA.
Group H: Belgium, Algeria, Russia, South Korea.
KETUA pengendali FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa, terpesona dengan aksi dipamerkan anak buah Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan persahabatan yang menyaksikan Malaysia bawah 23 tahun berjaya menjinakkan FC Ryukyu 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kelmarin.

Kelab dari Jepun yang bermain dalam divisyen tiga Liga Jepun (Liga-J) itu, meluahkan hasrat untuk mendapatkan tiga pemain Harimau Muda yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan persahabatan tersebut.

Menurut Satsukawa, beliau amat tertarik dengan persembahan beberapa tonggak utama pasukan muda negara yang dilihatnya mempunyai potensi besar dikembangkan untuk bersaing di Liga-J.

“Saya suka dengan pemain berjersi nombor 21 (Nazmi Faiz), Nombor 11 (Rozaimi) dan Nombor 9 (Tamil Arasu). Mereka bertiga mempunyai kualiti serta amat bagus dan baik sekali.

“Nazmi Faiz memiliki teknik dan kawalan bola yang bagus dan hantarannya tepat. Sentuhan penyudah Rozaimi, begitu tajam dan beliau bijak mencari ruang, manakala Tamil Arasu mempunyai kekuatan badan sangat baik,"katanya.

Namun menurut jurulatih tersebut, posisi yang paling diperlukan buat pasukannya kini bagi menghadapi Liga-J musim hadapan adalah di bahagian tengah.

“Kami kini kekurangan pemain yang bijak di bahagian tengah. Sasaran utama saya ingin mendapatkan Nazmi Faiz,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium MPPJ.

Sebelum ini, kelab itu mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang direkrut awal tahun ini.

Dalam perkembangan yang sama, pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee menyambut positif, niat baik kelab yang berpangkalan di Okinawa itu untuk memancing anak didiknya.

“Ini sekali lagi membuktikan kualiti dan mutu pemain-pemain muda kita semakin meningkat. Buat masa ini, saya ingin tekankan bahawa fokus utama para pemain saya ialah misi mempertahankan pingat emas di Sukan Sea," katanya.
PETALING JAYA – Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) Datuk Ong Kim Swee hari ini mengumumkan senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA Myanmar.

Beliau berkata senarai akhir itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan Pengurus Pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah, yang merupakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, selain barisan kejurulatihan dan doktor pasukan berkenaan.

Katanya, beliau terpaksa mengetepikan beberapa pemain utama, termasuk pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang dilanda kecederaan pangkal paha dan memerlukan tempoh rawatan antara dua hingga empat minggu.

“Jadi, saya terpaksa mengeluarkan beliau daripada senarai asal saya namun saya masih mempunyai beberapa pemain yang boleh menggantikan tempat beliau seperti D. Saarvindran dan Ashri Chuchu.

“Selain itu, saya juga mempunyai Mohd Azrif Nasrulhaq (Badrul Hisham) yang boleh bermain di sayap kanan serta Nazirul Naim (Che Hashim) yang boleh beraksi di sayap kiri… jadi, saya tidak nampak sebarang masalah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Kim Swee berkata beliau sedia berdepan sebarang tekanan di Myanmar namun tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana fokus utamanya kini ialah mempertahan pingat emas yang dimenangi pada 2011 di Indonesia.

“Tekanan sentiasa ada, terutamanya seluruh rakyat negara ini mengharapkan kita mengekalkan pingat emas dan bagi saya, ia merupakan satu cabaran dan kita harus terima cabaran berkenaan dengan cukup positif,” katanya.

Jurulatih berusia 42 tahun itu berkata beliau sudah menyusun strategi tersendiri bagi memastikan para pemain mengekalkan kecergasan masing-masing memandangkan mereka dijadual beraksi pada empat perlawanan pusingan awal dalam tempoh seminggu.

“Yang mustahak ketika ini ialah pemain kekal fokus dengan semua perlawanan yang kita lalui dan tidak diganggu oleh perkara yang boleh menyebabkan mereka hilang konsentrasi,” katanya.

Berkongsi pandangan sama ialah Kapten skuad berkenaan Mohd Irfan Fazail, yang menggesa rakan sepasukan tidak terbawa-bawa dengan provokasi daripada pasukan lain, terutama tuan rumah iaitu Myanmar.

“Bagi saya sendiri, saya cuba beri yang terbaik dan menaikkan semangat rakan sepasukan supaya kita dapat mengekalkan pingat emas.

“Semua pemain kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal apabila berlepas ke sana (Myanmar) nanti,” kata pemain yang bakal mewakili pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim, musim depan.

Pandangan Mohd Irfan turut dikongsi pemain tengah skuad berkenaan Muhammad Nazmi Faiz Mansor, yang berharap mampu mengekalkan persembahan ketika membantu Malaysia meraih pingat emas pada edisi 2011.

“Saya akan gunakan segala pengalaman beraksi pada Sukan SEA di Indonesia dua tahun lepas untuk memastikan pingat emas terus kekal menjadi milik pasukan kita,” kata perancang tengah pasukan Liga Super, Selangor PKNS FC itu.

Senarai 20 pemain ke Sukan SEA Myanmar:
—————————————-

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Zubir Mohd Azmi, K. Reuben, Shahrul Mohd Saad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, D. Kenny Pallraj, Mohd Irfan Fazail (Kapten), Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chuchu, Mohamad Nasir Basharuddin, S. Sivanesan, D. Saarvindran, A. Thamil Arasu, Md Rozaimi Abd Rahman, Ahmad Hazwan Bakri dan Izzaq Faris Ramlan. – BERNAMA
Skuad Harimau Muda A (bawah 23 Tahun) kalahkan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu, 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Skuad berkenaan bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas pasukan lawan kendalian Norihiro Satsukawa.

Gol FC Ryukyu dijaringkan oleh Takahashi Shunta pada minit ke-13 manakala skuad muda negara meledak tiga gol masing-masing menerusi A. Thamil Arasu pada minit ke-47 serta Mohd Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-50 dan masa tambahan separuh masa kedua.
Malam ini skuad harapan negara yang dibarisi pemain bawah 23 tahun akan melayan kunjungan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu di Stadium MBPJ pada jam 8.45 malam. Anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena (801) atau live streaming di sini. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir Malaysia sebelum ke Myanmar minggu depan.

Jurulatih FC Ryukyu menyatakan minatnya untuk mendapatkan lebih ramai pemain Harimau Muda. Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim antara pemain negara yang sudah beraksi bersama kelab Jepun itu.

Bagi mengelakkan kecederaan pemain, Datuk OKS akan membuat pertukaran di setiap babak perlawanan di samping menguji beberapa pemain untuk beraksi lebih dari satu posisi. Ini penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan sewaktu beraksi di Sukan SEA 2013 nanti. Jadual penuh di sini.

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Malaysia U23 vs FC Ryukyu

Tarikh : 4 Disember 2013 (Rabu)

Masa : 8.45 malam

Tempat : Stadium MBPJ Petaling Jaya

Penyiar Rasmi : Astro Arena 801

Live Streaming : Klik sini
-
Sebelum ini, nama pemain bola sepak terkenal ini pernah menjadi bualan selepas dilanda kontroversi berhubung kes perceraian dan isu hak penjagaan anak bersama pelakon popular, Rita Rudaini.

Tak cukup dengan kekalahan pasukan bola sepak Malaysia, Aidil turut dihentam oleh peminat-peminat Rita Rudaini yang tidak berpuas hati dengannya. Kontroversi mereka mula reda apabila masing-masing mengambil langkah berdiam diri di laman sosial.

Namun begitu, baru-baru ini di laman Instagram Aidil, atlit negara ini dilihat kerap berkongsi beberapa keping fotonya bersama seorang wanita. Wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal itu sebelum ini pernah didakwa sebagai punca rumah tangga Aidil dan Rita retak.

Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Menerusi laman sosial Aidil, keduanya kelihatan selesa dan tidak kekok mengambil gambar bersama.
Walaupun Aidil tidak menulis sebarang caption di foto-foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikutnya telah mula menghidu kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.

Melalui respon peminat di ruang komen pula, pemain bola sepak itu tidak teragak-agak untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan padanya dan Zarema. Adakah ini satu tanda bahawa Aidil mengiakan hubungan mereka?
Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Foto : Aidil Zafuan Sudah Ada Kekasih Baru?
Antara komen-komen Aidil Zafuan bersama pengikut Instagram-nya
Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto selepas ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Aidil Zafuan pernah bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.

Oh Bulan!
- -
Johor Bahru: Walaupun sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) hanya bermula pada 18 Januari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah berkira-kira untuk mengikat bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba sekiranya skuad Harimau Selatan itu layak dalam saingan Piala AFC pada 2015.

Berita Harian
KIM Swee (kanan) ketika aksi persahabatan Harimau Muda A menentang ATM.
Kuala Lumpur: Dua tugas penting yang bakal digalas serentak oleh Datuk Ong Kim Swee bukan satu masalah besar buat jurulatih itu yang bersedia memberikan komitmen terbaik untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda A tahun depan.

Pengendali berusia 42 tahun dari Melaka itu mengakui ia bukan tugas mudah biarpun hanya dilantik sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan menyambung kontrak Datuk K Rajagobal yang berakhir 31 Disember ini.

“Saya mengakui tugas selaku jurulatih Harimau Malaya amat mencabar tapi saya tetap teruja untuk membantu pasukan kebangsaan menikmati kejayaan di pentas antarabangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Keputusan FAM pada Mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah menyaksikan Kim Swee bakal ditawarkan kontrak baru bersama skuad Harimau Muda namun tempoh kontrak itu belum diputuskan lagi.

Kim Swee yang mempunyai misi bersama skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Myanmar bulan depan akan menggalas tugas sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selagi FAM belum dapat mencari pengganti.
-
KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) selaku sekretariat Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara memaklumkan bahawa pelantikan bekas Presiden Bolasepak Kelantan (KAFA) dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa selaku ahli jawatankuasa program berkenaan adalah sah

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pelantikan itu tidak bercanggah dari segi perundangan ekoran penggantungan Annuar yang didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM sebelum ini.

"Pihak majlis telah pun merujuk status Tan Sri Annuar yang digantung oleh FAM sehingga 4 Oktober 2014 kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan," katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Jelas Zolkples, secara dasarnya Annuar boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Ini berdasarkan kepada penggantungan terhadap Tan Sri Annuar adalah di bawah peruntukan perlembagaan atau statut FAM sendiri dan bukannya Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997.

"Peruntukan Seksyen 25 APS 1997 tidak terpakai kepada Tan Sri Annuar kerana peruntukan ini adalah berkenaan akibat tindakan penggantungan atau pembatalan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sukan ke atas badan sukan atau mana-mana orang dan bukannya oleh FAM," katanya.

Ujar Zolkples, status Annuar juga dianggap sah kerana kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai ahli dalam apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu adalah kuasa yang diperuntukkan oleh APS 1997 kepada Menteri Belia dan Sukan.

"Sebagai makluman, Tan Sri Annuar mempunyai pengalaman yang luas dan idea-idea bernas dalam arena bola sepak tanah air dan pelantikannya adalah berdasarkan kepada merit berkenaan untuk membantu jawatankuasa merancang, merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan bola sepak negara.

"Jawatankuasa juga berperanan sebagai platform setiap ahli memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan perancangan pembangunan bola sepak negara," tegasnya.

Zolkples berkata, jawatankuasa itu juga dianggotai oleh wakil daripada FAM dan mana-mana ahli yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan bukannya bertujuan untuk melaga atau mengeruhkan hubungan baik sedia terjalin antara MSN khususnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya dengan FAM atau mana-mana pihak kerana jawatankuasa berkenaan adalah semata-mata untuk menjayakan aspek pembangunan bola sepak negara khususnya membabitkan pemain berumur dari tujuh hingga 17 tahun.

-
KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara tidak bercanggah dengan peraturan penggantungan yang dikenakan terhadap tokoh itu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Khairy berkata, bekas Timbalan Presiden FAM itu dilantik sebagai penasihat dan menjalankan tugas untuk memberikan pandangan terhadap pelaksanaan yang diperlukan untuk program pembangunan bola sepak negara dan bukannya melibatkan diri secara langsung dalam operasi sukan berkenaan.

“Saya telah mendapatkan pandangan daripada Pesuruhjaya Sukan dan pelantikan ini langsung tidak melanggar proses penggantungan di bawah Artikel 88 Statut FAM 2010-2014 yang telah dipinda.

“Sebagai menteri, saya melantik Annuar mengikut Akta Pembangunan Sukan di bawah kelolaan Pesuruhjaya Sukan, di mana saya mempunyai kuasa terhadapnya. Lebih-lebih lagi, Annuar hanya digantung mengikut Artikel 88 dan bukannya dari Akta Pembangunan Sukan," katanya kepada pemberita dekat sini, semalam.

Khairy sebelum itu melancarkan Yayasan NAAM, gerakan afirmatif baharu.

Tegas Khairy, tugas sebagai penasihat tidak sewajarnya ditakrifkan sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti serta operasi sesuatu bidang sukan.

“Adakah bila ditugaskan untuk memberi pandangan sudah ditakrifkan sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam sebarang aktiviti dan operasi dalaman sukan bola sepak seperti tanggungjawab yang dijalankan oleh seorang pengurus pasukan?," katanya.

Katanya, sebagai seorang menteri bertanggungjawab, beliau langsung tidak mahu melihat FAM dikenakan sebarang tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana gagal melaksanakan peraturan yang ditetapkan, sebaliknya mahu melihat perkembangan positif badan induk tersebut.

Khairy diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak yang membidas dirinya kerana melantik Annuar sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Sebelum ini, Annuar digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM yang mana beliau didakwa mengkritik prestasi pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal pada April tahun lalu.

Sementara itu, Khairy enggan mengulas lanjut mengenai masa hadapan Rajagobal dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan FAM untuk membuat keputusan.

“Bagi pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee yang dikatakan sudah mula dirisik beberapa negara Asia Tenggara pula, juga terpulang kepada FAM. Sekiranya FAM mahu Kim Swee kekal, kenalah tawarkan kontrak baharu, jika disambar pasukan negara lain, itu rezeki jurulatih berkenaan.

“Bola sepak adalah bersifat antarabangsa, maka tidak timbul mana-mana jurulatih tidak boleh membimbing pasukan luar selain dari negara sendiri," katanya.

-
Kuala Lumpur: Pelantikan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak sah.
Ahli Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Ednan Othman, berkata pelantikan itu tidak sah kerana Annuar masih menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden FAM, digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sejak 4 April tahun lalu kerana didapati bersalah melanggar Artikel 88 dan hanya boleh kembali aktif pada September tahun depan.

“Mengikut peraturan apa saja aktiviti berkaitan bola sepak tidak dibenarkan selagi seseorang itu dalam tempoh penggantungan.

“Oleh itu pelantikan yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah tidak sah.

“Jika benar dia dilantik, FAM berhak untuk mengambil tindakan tetapi setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan dari badan induk itu berhubung isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berkuat kuasa Rabu lalu.
-
Kuala Lumpur: Belum pun selesai misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar bulan depan, sudah ada beberapa pasukan yang menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee.

Jika sebelum ini pengendali Harimau Muda itu dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Singapura, kali ini Myanmar pula dilaporkan berhajat untuk mencuba nasib.

“Pihak Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) memang berminat dengan Kim Swee selepas beliau berjaya membawa Harimau Muda memenangi pingat emas di Sukan SEA Indonesia sebelum ini. Namun pihak MFF tahu Kim Swee masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga hujung tahun ini jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku,” kata sumber rapat MFF.

Ketika ini Myanmar dibimbing jurulatih dari Korea Selatan Park Sung-Hwa dengan bayaran gaji bulanan sebanyak $AS70,000 (RM224,280) dan menurut sumber itu MFF bersedia memberi tawaran lebih baik untuk memikat Kim Swee.

“Hubungan pemain dengan jurulatih Park Sung-Hwa tidak begitu baik kerana mereka kurang selesa dengan beberapa pendekatan yang digunakan oleh jurulatih itu dan mungkin atas sebab itu MFF mahu mencari jurulatih lain,” tambah sumber itu.

Jika Myanmar benar-benar serius, pasti ia memberi peluang terbaik untuk Kim Swee melebarkan sayapnya di luar negara namun bagi bola sepak negara, ia pasti sesuatu yang merugikan memandangkan sentuhan pengendali itu masih diperlukan di peringkat tempatan.

Ini kerana beliau dianggap antara jurulatih tempatan terbaik yang melahirkan ramai pemain muda berbakat serta turut menjadi antara calon pilihan bagi mengisi kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal yang bakal tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Selain menjadi perhatian beberapa negara di rantau ini, pengendali kelahiran Melaka itu juga dikatakan pernah menerima tawaran sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi musim depan sebelum ini.

Sehingga kini FAM masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai kontrak baru Kim Swee dengan mengambil pendekatan menunggu keputusan aksi skuad B-23 di Sukan SEA Myanmar terlebih dulu.
-
Paris: Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.

Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.

Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.

Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.
Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.

“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan. “Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.

Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. - Agensi
- - -
Pemain Qatar, Khalfan Ibrahim (kiri) bersaing dengan pemain Malaysia, Mohd Razman Roslan (tengah) and Mohd Aidil Zafuan Radzak ketika perlawanan kelayakan Piala Asia peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam pada Selasa malam. Keputusan Malaysia kalah kepada Qatar 1-0. -foto The Star/ GLENN GUAN
SHAH ALAM: Malaysia kalah 0-1 kepada Qatar pada perlawanan kelima, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, di sini, Selasa malam.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Penjaring:

Qatar: Al-Ali (minit ke-65)

Barisan Pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Razman Roslan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin, Safiq Rahim (kapten), K. Gurusamy (Muhamad Nazmi Faiz Mansor), S. Kunalan (Azamuddin Mohd Akil), Mohd Amri Yahyah (Mohd Nazrin Nawi), Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali.

QATAR: Saad Al-Sheeb, Mohammed Kasola, Abdelkarim Hassan, Bilal Mohammed, Ibrahim Alghanim, Wesam Rizik, Khalfan Ibrahim, Hamid Ismaeil (Mosaab Mohamoud M Elhassan), Hassan Al-Haydos (Mohamed El Sayed), Ali Afif (Al-Ali), Sebastian Suria.

Pengadil: Kim Sang Woo (Korea Selatan)
Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2015 akan bergantung kepada keputusan perlawanan malam ini. Jika menang, peluang kita kembali cerah. Seri masih ada peluang jika bernasib baik. Kalah? Pintu ke Australia sudah tertutup. Peminat bola sepak tempatan hanya mampu menyokong dari luar padang. Terpulanglah kepada jurulatih dan pemain untuk buktikansemangat dan bisa sebenar Harimau Malaya.

Qatar bukanlah pasukan belasahan. Mereka merupakan nama besar dalam bola sepak Asia. Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia tewas 0-2. Beraksi di hadapan penyokong sendiri, diharapkan pasukan negara membalas dendam kekalahan tempoh hari.

Strategi yang tepat adalah kunci kejayaan malam ini. Ketika menentang Bahrain minggu lepas,Datuk K.Rajagobal terlupa yang kita masih ada pemain simpanan untuk mengubah permainan. Penyerang negara harus memanfaatkan peluang terhidang untuk memberi tekanan kepada Qatar.

Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Qatar

QATAR VS MALAYSIA 19 NOV 2013, ASTRO MALAYSIA LAWAN QATAR 2013, STADIUM MALAYSIA VS QATAR


19 November 2013 (Selasa)

8.45 pm , Stadium Shah Alam

Live @ Astro Arena 801


Link Live Streaming [Klik]
NAMPAK gayanya kekalahan 0-5 di tangan skuad bawah 23 tahun (B-22) Jordan, awal pagi semalam jelas memberikan maksud tersirat kepada pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana Kim Swee mengakui fokus anak-anak buahnya dilihat sedikit terjejas dan ia menjadi antara salah satu punca kekalahan pada aksi persahabatan tersebut.

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Melaka itu pernah menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada skuad B-22 Jordan pada Selasa lalu.

Begitupun, skrip yang sama berulang apabila skuad harapan negara diaibkan dengan kekalahan besar di tangan pasukan muda Jordan itu dalam aksi persahabatan kedua.

Kini, Kim Swee menyifatkan fokus barisan pemainnya dilihat sedikit terganggu dan mungkin disebabkan kebanyakan pemainnya mula menjadi buruan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

"Sesetengah pemain tidak menunjukkan komitmen yang baik. Ini satu sikap yang amat mengecewakan dan saya percaya ini satu pengajaran yang cukup berguna. Saya akan pastikan pemain yang tidak komited tidak akan bersama skuad ini ke Sukan SEA nanti.

"Saya kecewa kerana kesilapan pada perlawanan pertama berulang untuk aksi persahabatan kedua ini. Banyak perkara yang perlu dipertingkatkan terutamanya sikap pemain yang mengambil mudah setiap insiden yang berlaku dalam perlawanan.

"Tempoh 25 hari sebelum ke Sukan SEA 2013 adalah masa yang paling mustahak buat pemain," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberikan peluang kepada enam pemain Harimau Muda A untuk mempertimbangkan masa depannya bersama pasukan baharu pada akhir bulan lalu.

Langkah itu adalah untuk mengelakkan fokus barisan pemain terganggu, lebih-lebih lagi mereka kini menjadi buruan pasukan mahu pun kelab yang menjanjikan habuan lumayan.

Justeru, mereka telah diberikan kelonggaran untuk berbincang dengan mana-mana pasukan sehingga akhir Oktober lalu.

Pemain yang dimaksudkan termasuk Irfan Fazail, Izham Tarmizi Roslan dan Mohd. Fadhli Shas yang telah memilih Johor Darul Takzim manakala Ahmad Hazwan Bakri dan A. Thamil Arasu memilih Selangor selain Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akan bersama Kelantan pada musim depan.
KUALA LUMPUR: Hajat skuad Harimau Malaya ke pusingan akhir Piala Asia 2015 semakin pudar setelah kalah 1-0 kepada Bahrain pada perlawanan peringkat kumpulan D, pusingan kelayakan di Stadium Nasional Bahraian, Manama, malam tadi.

Berbaki dua perlawanan, Malaysia kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul empat mata selepas mengharungi empat perlawanan, manakala Bahrain terus mengungguli kumpulan dengan 10 mata, perbezaan satu mata di hadapan pencabar terdekat, Qatar.

Bahrain yang bermain secara agresif pada babak pertama perlawanan melakukan beberapa serangan daripada pelbagai sudut namun gagal menghasilkan jaringan apabila berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan negara.

Cubaan merbahaya yang dilakukan oleh pemain Bahrian, Abdulla Ahmed Saleh seawal minit kelima berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Usaha pertahanan negara, Mahalli Jasuli untuk mencipta peluang gol gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukan apabila hantaran lintang yang dilakukanya pada minit ke-21 ditepis keluar oleh Sayed Mohamed Jaafar yang mengawal kemas gawang Bahrain.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal semakin rancak mengatur serangan apabila Mohd Amri Yahyah melakukan dua cubaan pada minit ke-46 dan ke-58 namun gagal menghasilkan jaringan.

Ismaeel Abdulatif menjadi wira pasukan Bahrain apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, dalam satu lagi saingan kumpulan D di Stadium Antarabangsa Sheikh Khalifah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), malam ini, Qatar mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Yaman 4-0.

Pada aksi berikutnya Harimau Malaya akan menerima kunjungan Qatar di Stadium Shah Alam pada Selasa depan sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Yaman pada bulan Mac tahun depan. - BERNAMA