Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Malam ini skuad harapan negara yang dibarisi pemain bawah 23 tahun akan melayan kunjungan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu di Stadium MBPJ pada jam 8.45 malam. Anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena (801) atau live streaming di sini. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir Malaysia sebelum ke Myanmar minggu depan.

Jurulatih FC Ryukyu menyatakan minatnya untuk mendapatkan lebih ramai pemain Harimau Muda. Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim antara pemain negara yang sudah beraksi bersama kelab Jepun itu.

Bagi mengelakkan kecederaan pemain, Datuk OKS akan membuat pertukaran di setiap babak perlawanan di samping menguji beberapa pemain untuk beraksi lebih dari satu posisi. Ini penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan sewaktu beraksi di Sukan SEA 2013 nanti. Jadual penuh di sini.

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Malaysia U23 vs FC Ryukyu

Tarikh : 4 Disember 2013 (Rabu)

Masa : 8.45 malam

Tempat : Stadium MBPJ Petaling Jaya

Penyiar Rasmi : Astro Arena 801

Live Streaming : Klik sini
-
Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.

Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.

(Laman artis terbaru di Malaysia – klik MyArtis di – http://mynewshub.my/myartis/)

Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall.

Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.

(Membeli- belah dalam talian tidak pernah semudah atau seselamat ini! Klik )

Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.

Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign
- -
ALOR SETAR - Persoalan mengenai sehelai seluar berdekatan lokasi seorang daripada tiga beradik perempuan yang ditemui mati di tepi sawah Alor Senibong, di sini, Sabtu lalu terjawab.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, penemuan seluar itu tidak ada kena mengena dengan insiden pembunuhan, Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14.

“Seluar itu adalah milik orang lain dan ia tidak ada kena mengena dengan suspek ataupun individu yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, polis memberitahu telah menjumpai sehelai seluar hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu adalah milik salah seorang mangsa atau sebaliknya.

Polis juga akan meminta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Adzaman berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat dan mengumpul keterangan daripada seorang pelajar berusia 16 tahun yang ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini kita belum buat tangkapan baharu kepada mana-mana individu lain. Kita masih sedang menyiasat dan mendapatkan keterangan daripada pelajar yang ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis telah menahan pelajar berkenaan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira jam 11.30 malam.

Pelajar berkenaan direman empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan membunuh).

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Akhirnya, misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu terjawab apabila kesemua mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusid Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40, Nor Syafikah Nadia, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang pada Sabtu.

Sementara dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam tiga petang dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini.
-
Mutu sajian filem dan drama di TV menjadi tumpuan dua MP BN yang menyifatkan bahan tersebut sebagai “merepek” dan “tidak bermutu”.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata beliau memerhatikan bahawa tema filem yang diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu hanya berkisar kepada jenaka, cinta, hasad dengki, pembunuhan atau samseng.

"Eh, takkan itu budaya kita. Takkan Finas, (fikir) itu budaya kita. Cerita bunuh, samseng. Tak ada cerita kita, kalau kita tengok, filem Eropah (ada) yang menekankan aspek digital, menekan perjuangan.

"Contohnya, filem Amerika mengisahkan pembunuhan bekas presiden John F Kennedy, Abraham Lincoln. Ini yang kita nak tengok.

"Kita nak tengok (filem) pembunuhan JWW Birch, mungkin kita nak tengok (filem) kehebatan Mat Kilau. Inilah lah kita tengok, kalau Finas nak bagi bantuan, bagilah filem macam ni. Ini bagi filem, anak kita merepek, terus merepek," katanya.

Beliau berkata membahas rang undang-undang perbekala peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Penerangan Komunikasi, dan Multimedia di parlimen lewat petang semalam.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) menyokong kritikan Azalina dan berkata drama yang disarkan di TV juga "tidak ada mutu langsung".

"Kita tengok cerita cinta, cerita hantu... habis semua hantu keluar. Ini tahyul, kalau mengikut ajaran agama, tidak (digalakkan)," katanya.

Katanya, kerajaan sepatutnya memperbanyakkan drama seperti Gerak Khas yang dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Mengulaskritikan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik mengakui industri perfileman negara masih "belum ditahap membanggakan".

Tak mampu bersaing


Katanya, pihaknya tidak mampu untuk bersaing industri perfileman di Hollywood berdasarkan kekangan jumlah bajet RM56 juta kepada kementeriannya yang diperuntukkan.

Dengan memberi contoh, Ahmad Shabery filem seram 'The Conjuring' arahan pengarah kelahiran Sarawak James Wang yang menghasil filem berharga USD 40 juta dolar yang dianggap kos paling rendah di sana.

"Berdasarkan populariti atau trend pasaran (di sana), cerita ngeri lagi takut, lagi orang nak pergi tengok, kalau kurang, orang tak pergi tengok.

"Filem (itu) kos rendah tapi impaknya besar. (Dihasilkan) dengan USD40 juta. Jadi peruntukan RM56 juta kita nak keluar 70 filem... Betul filem tidak semestinya mahal, tapi dengan RM1 juta, tidak ke mana," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery yang juga ahli parlimen Kemaman berkata pihak kerajaan tidak ada masalah dan boleh membantu penggiat filem tempatan termasuk sistem penjanaan imej berkomputer (CGI).

Menurutnya lagi, pihaknya juga menjelaskan kepada produksi bahawa filem bercorak kenegaraan "tidak ada nilai komersial" yang tinggi tetapi ia penting untuk didokumentasikan.

"Filem yang berjaya tidak semstinya dilihat dari sudut pulangan," katanya sambil menambah produksi negara maju tidak bergantung kepada kerajaan untuk mengadakan projek dengan mendapatkan palaburan daripada pihak swasta.

Ahmad Shabery berkata pihaknya juga menasihatkan kepada produksi drama atau filem supaya tidak terlalu mengharapkan bajet yang tinggi daripada syarikat TV kerajaan swasta atau kerajaan untuk menyiarkan hasil mereka.

Produksi berkenaan lebih perlu berfikiran jauh dengan memasarkan hasil mereka ke peringkat antarabangsa, katanya.

"Modal yang diberikan dijadikan modal untuk terbitan diluar negara. Buat untuk dalaman tapi dieksport luar," katanya sambil menambah negara Arab berminat untuk menyiarkan hasil dokumentari dan animasi daripada Malaysia.
- -
ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
-
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.
-
Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2013:

Rancangan Hiburan Terbaik
ABPBH2012

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
Salam Muslim

Laporan Khas Berita Terbaik
Buletin Utama (Kanta K-Pop)

Lakon TV Terbaik
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mazelan Manan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Izreen Azminda

Videografi Terbaik
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mohd Faizal Mohd Ali)

Rancangan Realiti Terbaik
Maharaja Lawak Mega

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Bella

Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 27

Drama Komedi Terbaik
Mentua VS Mentua (Primework Studio)

Pelakon Pembantu Terbaik Filem
Khir Rahman

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Miera Liyana

Lakon Layar Terbaik
Nik Amir Mustapha (Kil)

Artis Harapan Pantene
Shasha Al Khred (Kawan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Hasnol Rahmat

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Christina Suzanne

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Datin Paduka Umie Aida

Pengarah Terbaik Filem
Nik Amir Mustapha (Kil)

Filem Terbaik
Kil

Pengarah Terbaik Drama
Erma Fatima (Aku Bukan Malaikat)

Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013
Sebenarnya Saya Isteri Dia

Drama Rantaian Terbaik
Surat Dari Langit Biru

Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movie)
-
Gambar hiasan
Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu mereka rupa-rupanya adik beradik.

Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.

Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.

Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. –mynewshub

Sumber: says.com, dramafever.com
- -
BIAR sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau keluarga.

Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.

Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius kerana melakukan hubungan rambang.

Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan kerjayanya.

Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…
- -
PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan.

"Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini Ahad.

Beliau berkata sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.

Mohamed Khaled berkata sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad.

"Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urusniaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya.

Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.

Mohamed Khaled berkata sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.

Kerajaan negeri, katanya akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Jan tahun depan.

"Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.

Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar semalam. - BERNAMA
-
Foto bogel bidan Klinik Daerah Bangko Merangin, Jambi, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Sejak foto bogelnya tersebar, bidan tersebut terus menghilangkan diri. Dikutip dari Liputan6 (21/11), foto-foto bogel PNS di RSUD Merangin Jambi ini muatnaik dari Facebook dengan menggunakan nama orang lain, dan ada 4 foto bogel bidan tersebut.

Ketua Polis Daerah Jambi, Almansyah telah mengarahkan anggotanya untuk mengambil keterangan dari bidan tersebut. Beliau kemudian menafikan memuatnaik foto-foto tersebut ke Internet walaupun sering mengambil gambar aksi ghairah untuk kekasihnya yang berada di Palembang.
Hubungan mereka kini putus dan pihak polis mengesyaki bekas kekasihnya itu adalah pelaku dalam kes ini.

Bekas kekasihnya itu kini diburu polis dan berhadapan dengan hukuman lima tahun penjara
- -
Sejak berkahwin dan bergelar ibu, jarang sekali Faezah Elai dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.

Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.

Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.
- -
Pengarah Projek GST, Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan, EZLEEZAN OTHMAN
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, pada 25 Oktober lalu, mengundang reaksi pelbagai pihak.

Berikutan pengumuman itu, orang ramai tertanya-tanya mengenai sistem percukaian baharu itu di negara ini, malah ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk cukai tambahan yang dikenakan.

GST akan dilaksanakan 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan pada masa ini. Bagi menjelaskan perkara itu, Wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH mendapatkan maklum balas Pengarah Projek GST, Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan, EZLEEZAN OTHMAN bagi menjelaskan konsep dan pelaksanaan GST.

Boleh jelaskan tentang GST?

EZLEEZAN: GST ialah satu bentuk cukai berasaskan kepenggunaan, bermakna GST akan dibayar apabila kita berbelanja. GST ini adalah cukai tak langsung dan ada pihak yang kutip bagi pihak kerajaan.

Kita tak bayar terus kepada kerajaan, sebaliknya kita bayar kepada perantara. Bagi pihak pengguna, peniaga yang akan kutip daripada mereka dan serahkan kepada kerajaan. Cukai itu bukan merupakan satu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

Kenapa kerajaan laksanakan GST?

EZLEEZAN: Sebenarnya, hasrat utama kerajaan untuk mengatasi kelemahan SST. Orang ramai salah sangka dengan menyatakan kerajaan laksanakan GST untuk menambah hasil kerajaan atau hendak ‘address’ isu fiskal sebab fiskal kita sekarang negatif. Semua itu tidak benar.

Dalam sistem SST, kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa dengan cukai jualan, melainkan memperbaikinya dengan cara memansuhkan SST.

Jadi kita gantikan SST dengan GST. Apabila GST dilaksanakan, akan ada pertambahan hasil akibat pembelian produk kerana GST dikenakan kepada semua jenis barang dan perkhidmatan. Namun ada barang dan perkhidmatan tertentu yang dikecualikan GST.

Kenapa GST dilaksanakan pada 1 April 2015?

EZLEEZAN: Kami menjangkakan keadaan ekonomi negara ketika itu lebih baik dengan Indeks Harga Pengguna (CPI) pada kadar dua peratus. Ia sesuai dilaksanakan ketika itu.

Sebenarnya, di Malaysia, susah mencari masa sesuai kerana ada pelbagai musim perayaan dalam setahun seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Kemudian, dalam tempoh lima tahun pula, kita ada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK).

Namun, pada 2015, berdasarkan jangkaan kami dan CPI pada masa ini, ia adalah waktu yang sesuai melaksanakan GST.

Kita juga hendak beri masa kepada peniaga untuk bersedia, ubah sistem perniagaan atau ‘set up’ sistem komputer. Sebab itu tempoh 17 bulan diberikan. Satu lagi, kita hendak beri latihan kepada pegawai sebab ada juga pegawai mereka yang jaga bahagian akaun, tidak tahu mengenai GST.

Kerajaan juga perlu bersedia dari segi komputer dan sebagainya. Begitu juga dengan persediaan penggunaan supaya tidak terkejut.

Sebenarnya, untuk isu percukaian, inilah kali pertama kerajaan turun padang dan beritahu rakyat apa yang dimaksudkan dengan cukai, GST, kepentingan cukai, kenapa ia perlu dibayar dan faedah kepada rakyat apabila mereka bayar cukai. Sebelum ini, kita terus buat dan tak pernah ada sesi konsultasi.

Bagaimana konsep dan pelaksanaan GST nanti?

EZLEEZAN: Konsep GST dikenakan setiap peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peniaga dan pengguna. Pada setiap peringkat itu, peniaga boleh menuntut balik GST daripada kerajaan sebab GST merupakan cukai ke atas penggunaan.

Peniaga tidak guna barang itu. Sebagai contoh, mereka beli kerusi dan meja menjadi sebahagian daripada input perniagaan mereka. Jadi, apa jua GST yang dibayar ke atas meja ini, kita benarkan mereka tuntut balik.

Cara tuntutan itu dikira berdasarkan ‘offset’ (penolakan) antara cukai yang dikutip daripada pelanggan dengan cukai yang dibayar perantara (pengilang, pemborong dan peniaga).

Sekiranya ada lebihan, perantara tidak boleh tuntut, tetapi mereka kena bayar kepada kerajaan, begitu juga sebaliknya.

Contohnya, jumlah cukai yang dikutip daripada pelanggan ialah RM1,000, manakala cukai yang peniaga bayar ialah RM500. Ini bermakna ada lebihan RM500 dan mereka perlu bayar jumlah ini kepada kerajaan. Sekiranya ‘offset’ itu didapati negatif, kerajaan yang bayar balik kepada mereka.

Pengguna hanya perlu bayar apa sahaja GST yang dikenakan peniaga dan tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Konsep ini sama seperti di Eropah, tetapi ia dipanggil ‘Value Added Tax’ (VAT).

Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tidak boleh lari. Contohnya, kedai mamak yang jual nasi kandar, jika jualan tahunannya RM500,000, baru boleh kenakan GST enam peratus kepada pelanggannya.

Apakah kebaikan GST kepada kerajaan dan rakyat?

EZLEEZAN: Kerajaan akan dapat satu sistem percukaian lebih adil dan telus, karenah birokrasi juga berkurangan, selain mengurangkan kebergantungan kepada cukai pendapatan dan petroleum.

Apa akan jadi kalau kita tak jumpa lagi sumber minyak? Jadi kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada petroleum. Untuk pengguna pula, mereka akan dapat harga yang kompetitif.

Boleh jelaskan perbezaan antara GST dan sistem jualan dan perkhidmatan (SST) yang digunapakai sekarang?

EZLEEZAN: GST akan dikenakan di setiap peringkat, manakala SST hanya melibatkan kutipan cukai di satu peringkat sahaja, iaitu pengilang. Kalau cukai perkhidmatan pula melibatkan pembekal kepada pengguna.

Contohnya, perkhidmatan Astro kepada kita. Apabila Astro kenakan caj enam peratus, hanya satu peringkat saja dalam sistem GST dan dia tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Kalau dalam sistem SST, katakan saya pemilik restoran mamak dan menggunakan Astro di kedai saya untuk pelanggan.

Enam peratus yang kedai saya bayar akan dimasukkan ke dalam kos teh tarik dan sebagainya sebab saya tak boleh tuntut daripada kerajaan. Berbeza dengan GST, saya boleh tuntut balik enam peratus itu dan tiada GST dikenakan ke atas teh tarik tersebut.

Kenapa kadar enam peratus dipilih?

EZLEEZAN: Sebelum ini ada khabar angin (bukan daripada kerajaan) mengatakan kerajaan akan melaksanakan GST pada kadar empat peratus. Namun, hasrat kerajaan sebenarnya hendak menggantikan SST kepada GST untuk mendapatkan perolehan neutral.

Katakan, kerajaan dapat kutip SST sebanyak RM20 bilion, jadi di bawah GST nanti juga, kita kena dapatkan sekurang-kurangnya jumlah yang sama, iaitu RM20 bilion. Kalau dapat kurang, nanti kita tak cukup hasil.

Selain itu, terdapat banyak pakej bantuan di bawah GST seperti bantuan tunai RM300 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengurangan cukai pendapatan individu dan syarikat, pemberian geran latihan RM100 juta kepada syarikat dan pakej bantuan komputer serta 'software' komputer.

Bagaimana sebaran maklumat mengenai pelaksanaan GST ini dijalankan kepada orang ramai?

EZLEEZAN: Secara tidak rasminya, kita sudah jalankan sebaran maklumat sejak 2010, walaupun idea pelaksanaan GST pada 2005. Apabila ‘review’ itu dibentangkan pada 2009, tahun berikutnya, kita buat sebaran maklumat.

Selepas Perdana Menteri buat pengumuman GST, kita buat sebaran lebih besar menerusi radio dan televisyen.

Pegawai Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam akan turun padang dan buat program seperti mengadakan program kesedaran di kampung-kampung mengikut tiga kumpulan sasar, iaitu pengguna, peniaga dan kerajaan.

Kita bekerjasama dengan NGO seperti Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), jabatan kerajaan, ahli Parlimen, Adun, persatuan profesional dan agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memberikan penerangan GST kepada pengguna dan peniaga. Untuk kakitangan kerajaan pula, kita pergi ke jabatan-jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun, untuk beri penerangan.

Bagaimana mahu pastikan ketelusan GST ini kepada semua pihak yang terlibat?

EZLEEZAN: Di bawah GST, kita ada website, www.gst.customs.gov.my dan kita boleh semak sama ada sesebuah syarikat itu berdaftar dengan GST atau tidak. Dari sini, kita boleh tahu sama ada syarikat itu tipu atau tidak.

Siapa yang akan mengambil tindakan jika ada kesalahan melibatkan GST?

EZLEEZAN: Jabatan Kastam yang akan ambil tindakan jika kesalahan melibatkan GST kerana mereka agensi pelaksana. Namun, jika kesalahan itu melibatkan harga atau pencatutan (profiteering), ia terletak di bawah KPDNKK.

Bagaimana cara kutipan GST dilaksanakan?

EZLEEZAN: Kita tiada firma tertentu kutip cukai GST, sebaliknya ia dilakukan Jabatan Kastam. Dalam kes ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat kerana mereka kutip cukai langsung termasuk cukai pendapatan dan duti setem.

Manakala GST ialah cukai tak langsung yang dikutip oleh Jabatan Kastam. Bagaimanapun, apabila GST dilaksanakan nanti, mereka akan bekerjasama terlibat dalam audit dan sebagainya.

Pelaksanaan GST dikatakan akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga barang. Sejauhmana tanggapan itu?

EZLEEZAN: Kita kena lihat penggunaan SST. Ia dikenakan pada skop yang kecil. Kalau kita lihat, tidak banyak barang yang dikenakan cukai jualan, manakala cukai perkhidmatan dikenakan kepada 25 kumpulan seperti restoran, hotel, perkhidmatan profesional, kawasan parkir dan perkhidmatan keselamatan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti berita, katering dan buat cermin mata tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

Namun, di bawah GST, semua ini akan dikenakan cukai. Maknanya akan berlaku sedikit kenaikan harga, tetapi sangat minimum dan secara ‘one-off’ sebab kita beri banyak barang-barang makanan asas dikecualikan daripada GST. Tidak semua harga barang akan naik.

Di bawah SST, cukai yang dikenakan antara lima hingga 10 peratus dan ia sudah termasuk dalam harga yang pengguna bayar untuk kebanyakan barang seperti peralatan elektrik dan pakaian.

Apabila GST dikenakan pada kadar enam peratus, ini bermakna, akan ada kenaikan harga sebanyak satu peratus, ada juga yang kekal sebagai status quo dan selebihnya berlaku penurunan harga.

Sebagai contoh, harga kereta. Kita tidak tahu harganya akan turun atau naik sebab turun naik harga ditentukan oleh peniaga, bukan disebabkan cukai atau GST. Mungkin harga barang akan naik sebab ketika itu sebab kos bahan mentah naik atau peniaga itu perlu menaikkan gaji pekerja.

Contohnya, harga kereta sekarang ada cukai jualan sebanyak 10 peratus. Kalau GST yang menggantikan cukai itu dikenakan enam peratus, harga kereta akan turun.

Adakah pelaksanaan GST akan membebankan rakyat?

EZLEEZAN: Tidak. Kami sudah jalankan kajian sejak 2005 melibatkan tiga golongan iaitu mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. GST dibuat dengan kadar sifar dan standard.

Untuk barang makanan asas dan keperluan perkhidmatan asas seperti bas dan sebagainya, mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang paling ramai menggunakannya.

Katakanlah orang bergaji RM1,000 sebulan, kira-kira 60 hingga 70 peratus daripada pendapatannya digunakan untuk makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST.

Golongan berpendapatan sederhana contohnya, mungkin akan membelanjakan dalam 30 peratus sebulan untuk bayar GST seperti makan KFC dan sebagainya.

Berbeza dengan golongan kaya, gaji mereka tidak digunakan untuk perkara ini. Mereka banyak makan di luar, guna internet dan lebih kepada hiburan. Ini bermakna, orang kaya lebih banyak menanggung GST berbanding golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sama ada ia membebankan pengguna atau tidak, ia sebenarnya dipengaruhi trend pengguna itu sendiri sama ada berbelanja besar atau tidak. Kita kena fahami keperluan dan kehendak.

Benarkan GST boleh menyelesaikan masalah ketirisan cukai?

EZLEEZAN: Di bawah SST, peniaga simpan pelbagai rekod berbeza. Untuk cukai jualan dan perkhidmatan, masing-masing ada dua rekod berbeza. Rekod mereka ini tak sama dengan apa yang ditunjukkan LHDN atau Jabatan Kastam contohnya.

Apabila GST dilaksanakan, rekod syarikat itu akan jadi satu sahaja. Jadi isu ketirisan hasil tidak akan ada sebab invois sangat diperlukan untuk menuntut balik GST daripada kerajaan.

Satu lagi, GST dikenakan setiap peringkat. Jika ada berlaku penyeludupan dan katakan barang itu datang dari luar negara dan terus dibawa kepada peniaga, kerajaan masih lagi boleh kutip GST di peringkat peniaga. Ini mengelak ketirisan hasil berlaku.

Sinar Harian
- -
Gambar hiasan
WALAUPUN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berjanji akan menyediakan RM1,000 kepada guru setiap lima tahun untuk membeli komputer, tetapi perkara itu rupa-rupanya belum diluluskan.

China Press melaporkan, JPA telah bersetuju untuk memberi elaun tersebut tiga tahun lalu, tetapi sehingga kini tidak diluluskan secara hitam putih.

Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng berkata, keadaan itu menyebabkan guru terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membeli komputer bagi melaksanakan tugas di bawah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Beliau berkata, penggunaan komputer peribadi perlu kerana ramai guru terpaksa memasukkan data ke dalam SPPBS pada waktu tengah malam untuk mengelakkan `kesesakan trafik' dalam sistem.

``Walaupun pihak sekolah ada menyediakan komputer, tetapi jumlahnya tidak banyak dan perisiannya juga mungkin tidak dapat menyokong SPPBS sekali gus menyebabkan kerja memasuk data bertambah perlahan,'' katanya seperti dipetik China Press.

Katanya, pemberian elaun komputer sebanyak RM1,000 untuk setiap lima tahun wajar memandangkan komputer sudah bukan barangan mewah tetapi barang yang diperlukan untuk melaksana kerja.

Dalam perkembangan lain, Meng Seng berkata, pentaksiran pusat yang akan mula dilaksanakan di kalangan pelajar tingkatan tiga pada 2014 telah menimbulkan kebimbangan ibu bapa kerana Kementerian Pendidikan belum menyediakan garis panduan lengkap mengenai perkara itu.

``Nisbah markah antara pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat belum diketahui lagi.

``Mula-mulanya kita dengar pentaksiran pusat ialah sebanyak 60 peratus, selepas itu kita dengar ialah 40 peratus. Kita sebenarnya tidak tahu,'' katanya.

Meng Seng menjelaskan, di bawah sistem baharu, pelajar tingkatan tiga yang tamat pelajaran pada masa depan akan memperolehi `keputusan akhir' yang merangkumi hasil pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

Beliau berkata, mengikut maklumat yang diperolehi, soalan peperiksaan di bawah pentaksiran pusat akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan tetapi perjalanan ujian akan dikendali oleh guru di sekolah.

``Dalam keadaan biasa, murid hanya akan menduduki ujian pentaksiran pusat pada akhir tahun. Ramai cikgu pada ketika ini telah diminta untuk menghadiri kursus mengenai pentaksiran pusat,'' katanya.

Malaysia Gazzette

- -
KUALA LUMPUR – Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menyifatkan Penasihat DAP, Karpal Singh sebagai seorang pemimpin politik yang amat angkuh dan sombong.

Raja Ahmad berkata, keangkuhan itu terbukti apabila Karpal menuduh beliau tidak memahami Bahasa Inggeris sekali gus memperkecil-kecilkan kelayakan akademiknys selaku graduan dari Universiti Manchester United Kingdom (UK).

(BACA – Pemimpin PAS Jahil@Bodoh Bahasa Inggeris – Karpal)


“Saya merasakan isu tersebut (tidak faham Bahasa Inggeris) tidak timbul kerana saya mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara yang medium pertuturan pengantar utamanya Bahasa Inggeris.

“Saya juga menamatkan pengajian saya di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Manchester UK yang memerlukan permahaman Bahasa Inggeris dan Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar juga amat memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mynewshub kelmarin melaporkan cemuhan Karpal ke atas Raja Ahmad dan Mahfuz kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang menyebabkan kedua-dua pemimpin kanan PAS tersebut salah faham berhubung kenyataannya menggesa pendaftaran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum dan agama dibatalkan baru-baru ini.

Konflik antara PAS dan DAP bermula apabila Raja Ahmad mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana menafikan beliau ada membuat gesaan berhubung pengharaman berkenaan dalam satu sidang media pada 5 November lalu..

Karpal yang berang dengan tindakan Raja Ahmad sebaliknya mendakwa, Naib Ketua DPPM itu yang merupakan seorang pembohong kerana menuduhnya tanpa merujuk kepada transkrip penuh sidang media di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Pengerusi DAP turut menyifatkan Naik Ketua DPPM itu seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga tatasusila dan memberi amaran kepadanya supaya menjaga bahasa.

Malah, Karpal berkata, PAS sepatutnya berterima kasih kepadanya selain menyifatkan Raja Ahmad cuma seorang ahli politik `kecilan’ dalam hierarki kepimpinan PAS.

Raja Ahmad membalas kutukan Karpal dengan mendesak Karpal meminta maaf kepada PAS dalam tempoh lima hari mulai hari tersebut atau berhadapan tindakan lanjut tetapi Penasihat DAP itu menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan itu.

Mengulas lanjut itu, Raja Ahmad dalam kenyataan hari ini mempersoalkan Karpal kerana tidak menyaman syarikat-syarikat akhbar yang kononnya memfitnahnya jika benar akhbar terbabit tersalah lapor mengenai kenyataannya.

Justeru, beliau berasa kesal kerana Karpal begitu angkuh dan sombong dalam memelihara hubungan antara DAP dan PAS maka berharap Karpal dapat merendahkan diri walaupun beliau seorang pemimpin utama parti DAP. – Mynewshub.my
- -
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Aktres veteran Azean Irdawaty, 63, sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, semalam.

Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Beny, 35, ketika dihubungi Utusan Online berkata, keadaan ibunya tidak membimbangkan.

"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," katanya yang enggan memberitahu di hospital manakah mamanya ditempatkan.

Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. - UTUSAN ONLINE
-
KUALA TERENGGANU – “Karpal memang buat tahi,” demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin Pas.

Menurut Abu Bakar, Karpal telah melakukan perkara yang tidak betul apabila mencadangkan supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Malah, beliau turut bersetuju dengan pendedahan dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kerana sememangnya Karpal membuat kenyataan itu, bukan diputar belit mana-mana pihak.

“Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia,” katanya dalam sidang media di pejabat Pas negeri, di sini semalam.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan Karpal bahawa pertubuhan berasaskan agama dan kaum adalah sesuatu yang bahaya.

Kenyataan Karpal itu telah menyebabkan ahli Pas tersinggung dan tampil membidas kenyataan tersebut termasuk Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun berkata kenyataan Karpal telah diputar belit untuk merosakkan kesepakatan dalam PR.

Walaubagaimanapun, Abu Bakar yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu nanti berkata, apa jua kontroversi ditimbulkan Karpal, Pas akan tetap meneruskan hubungan dengan DAP kerana menganggap ia masalah individu, bukan parti.
- -
Courtney Stodden
SEJAK akhir-akhir ini, ada saja tingkah laku pelik yang dilakukan oleh Courtney Stodden dan kali ini dia membuat kenyataan mengejutkan apabila mengakui tidak tahu membaca dan menulis.

Menurut laporan E! Online, Courtney tidak menyatakan secara langsung namun saat muncul di program Bethenny Frankel, wanita berusia 19 tahun itu berkata dia tidak pernah membaca dan menulis dan ini memberikan spekulasi bahawa dia tidak sememangnya tidak boleh membuat dua perkara tersebut.

"Saya tidak boleh membaca mahupun menulis," katanya pada Jumaat.

Tidak pasti sama ada dia benar-benar buta huruf atau perkara lain, namun yang pasti, setiap surat yang diterima tidak pernah dibaca atau dibalas.

Baru-baru ini, Courtner baharu saja bercerai dengan suaminya Doug Hutchison. Perkahwinan mereka hanya bertahan untuk dua tahun.
-
IPOH - Pas Perak dilihat sengaja mahu mensensasikan isu khabar angin beberapa Adun BN Perak akan melompat parti menjelang Muktamar Pas Pusat kali ke-59.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendy Hasim berkata, isu itu sengaja dimainkan untuk meraih publisiti murahan.

Menurutnya, parti itu juga cuba meraih sokongan perwakilan seluruh negara agar calon dari Perak menang jawatan penting pada pemilihan kali ini.

“Kita merasa amat pelik kerana Pas sahaja yang beriya-iya sedangkan tiada kenyataan rasmi dibuat PKR dan DAP.

“Pas Perak sepatutnya memikirkan hal lebih penting yang melanda parti itu sekarang khususnya kepercayaan orang Melayu dan kepercayaan rakan komponen di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Faizal Effendy berkata, Pas Perak juga dilihat cukup terkesan dengan pembentangan Bajet 2014 oleh perdana menteri baru-baru ini kerana tidak banyak perkara dalam bajet berkenaan boleh dijadikan isu untuk mengelirukan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Nadi Perak menjelaskan, pembentangan Bajet 2014 Negeri oleh menteri besar tidak lama lagi juga membuatkan mereka resah.

Jelas beliau, kebanyakan rakyat di negeri ini sudah mula menerima kosep 3P (Kita Turun Padang, Kita Selami Perasaan, Kita Laksana Penyelesaian) yang diterjemahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas Negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam kenyataannya menggesa Zambry membuat laporan polis berhubung dakwaan dua Adun BN akan melompat parti bagi menafikan perkara itu tidak benar.

Ahmad Nuri berkata, Pas Perak memandang serius perkara berkenaan dan melihat ia perkembangan yang tidak sihat dalam politik Perak.
-
Janda hot yang juga girlfriend kepada anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nora Danish kembali lagi menghangatkan suasana Instagram beliau. Seperti yang kita tahu, Nora sering memuatnaik foto aktiviti hariannya.

Salah satu dari kepingan gambar yang dikongsikan seperti biasa telah menimbulkan sediikit kontroversi malah mengundang pelbagai komen-komen separa lucah.

Gambar tersebut, menyaksikan Nora Danish, Awal Ashaari dan Jalena Rejab mengambil gambar bersama. Sekali imbas, ianya biasa sahaja tetapi tidak untuk peminat-peminat tegar Nora. Habis ditelitinya segenap tubuh wanita berkenaan dan akhirnya mereka berjumpa juga.

Rupa-rupanya, tangan Nora yang berada dicelah dada bajunya pun boleh jadi 'bahan' untuk mereka komen. Macam-macam dituduh dek peminat fanatik. Ada yang mengatakan beliau dirabalah, digeleteklah dan pelbagai lagi.
Setelah kami selungsuri Instagram Awal, maka kami terjumpa sekeping gambar yang menyembabkan Nora bertindak sedemikian.

Bahagian butang di dada baju Nora agak terbuka sedikit, jadi mungkin menyedari perkara tersebut akan berlaku lagi, makan Nora mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan 'benda' lain pula yang terkeluar untuk penggambaran seterusnya...
Hehehe...
-