Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas sedikit mengundang kontroversi.

Ada peminat tegar mula mempersoalkan apa perlunya semua gambar itu dikongsikan kepada umum.

Untuk pengetahuan, Eyka Farhana adalah antara selebriti tempatan yang gemar berkongsi apa sahaja kepada peminat.

Sebab itu, namanya semakin dikenali ramai dan pengarah-pengarah mula terpikat untuk menawarkan Eyka berlakon.

Sehingga kini, terdapat beberapa drama yang sudah dibintanginya seperti drama cerekarama Sejadah Kaabah, Gemilang, Juvana dan telefilem Cinta Pontianak Gua Musang.

Pada admin, bakat lakonan Eyka memang tidak boleh dipertikaikan.





-
Gambar hiasan
SS kurang senang apabila mendengar seorang artis suka muat naik gambar bersama kekasihnya dalam Instagram.

Kata rakan SS, tindakan artis itu turut menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan peminat yang mengikutinya di laman sosial terbabit.

Bukan apa, belum kah-win lagi, tetapi banyak ber-kongsi gambar meluangkan masa dengan kekasih, jadi dikatakan tak sedap dipandang mata.

Menurut rakan SS, dia berasa sakit mata setiap kali melihat gambar kekasih artis itu yang dikatakan perasan ‘best’.

Bagi SS, adalah lebih baik artis jangan terlalu kerap muat naik gambar bersama kekasih bagi mengelak timbul kontroversi tidak diingini.

Begitu juga dengan artis yang suka berkongsi gambar seksi kerana perbuatan itu boleh mencemarkan imej.

SS pula tidak kisah dan artis jangan marah kalau peminat mula bising mengatakan bosan melihat gambar asyik bersama kekasih atau tidak sedap dipandang mata.

SS@Harian Metro
-
KUALA LUMPUR - Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang tidak terjejas dengan banjir dan beroperasi seperti biasa.

Kenyataan Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kemudahan menyimpan sisa (RSF) loji itu telah dibina sebegitu rupa bagi menghalang sebarang larutan meresap ke dalam tanah dan tersebar di alam sekitar serta memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

"RSF direka bentuk dan dibina bagi menyediakan keupayaan mencukupi membendung air yang disebabkan banjir yang melanda kawasan sekitarnya," kata kenyataan itu.

Lynas turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terbabit dengan banjir di Pahang terutama Kuantan. - Bernama
-
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti tiga buah karya novelis Faisal Tehrani untuk memastikan penulisannya tidak mengandungi unsur fahaman syiah dan menyimpang daripada fahaman Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga karya itu -,Tiga Kali Seminggu, Drama Pentas Karbala dan kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah - masih lagi di peringkat penilaian, dan jika didapati tidak menyalahi fahaman Islam di negara ini, akan dibenarkan diedar untuk bacaan ramai.

"Jika karya atau puisi ini tidak ada kaitan dengan sebarang ajaran Islam yang salah termasuk syiah, jadi ia tidak patut diharamkan. Saya akan benarkan buku berkenaan diedarkan jika kandungannya tidak terpesong daripada ajaran Islam," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai perkembangan tiga karya Faisal itu berikutan dua novelnya diharamkan sebelum ini iaitu Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang kerana didapati mengandungi unsur fahaman Syiah.

Terdahulu beliau melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib berjudul Je T’aime dan The Glory of God di sini hari ini.

Shuryani adalah isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA

-
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

"Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan Sunnah wal Jamaah dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib iaitu isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Cadangan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata dengan memasukkan perkataan itu, tiada penganut agama Islam yang mempunyai fahaman lain dibenarkan mengembangkan fahaman mereka selain Sunnah wal Jamaah.

- BERNAMA

- -
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Raden menggesa Ahli Parlimen (MP) Kuantan Fuziah Salleh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T jika beliau orang Islam kerana sekali lagi berbohong dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, tidak timbul isu beliau harus meminta maaf kerana telah jelas dalam Dewan Rakyat bahawa beliau mempersoalkan keikhlasan Fuziah dalam membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda bandar itu.

“Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.

“Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan,” katanya kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain ‘politik murahan’.

“Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.

“Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia,” jelasnya lagi.

Saya boleh aim ucapan dia bila2 sebab dia dah dua kali bohong dalam dewan. Pertama usul potong gaji sebab dia kata Hasbi? jadi Penasihat Ekonomi Sarawak sedangkan Hasbi Pengerusi LPKP.

Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.

“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau.

Semalam, PAS Pahang, seperti dilaporkan oleh portal Harakahdaily.net, menggesa Bung Mokhtar untuk meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kuantan kerana tindakan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat seperti mempersendakan usul pengistiharan darurat yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada penduduk Kuantan.

PAS Pahang turut menggesa Bung Mokhtar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.

Dalam masa yang sama Bung Mokhtar mengingatkan PAS untuk tidak bersekongkol dengan penipuan.

“Jangan bersekongkol dengan penipuan, patut la parti mereka tak menang-menang,” tambahnya lagi.
-
Suriani Abdul Rahman dan Ninie Rahman (gambar bulat) pernah mencetuskan kontroversi
Mungkin tidak ramai yang mengenali adik perempuan penyampai berita TV1, Suriani Abdul Rahman, yang dulunya pernah menimbulkan kontroversi kerana didakwa memakai rantai salib dan tampil terlalu seksi.

Ironiya hari ini, nama Ninie Rahman kembali sebutan beberapa blog tempatan. Admin sendiri cukup tertarik dengan penampilan Ninie selepas melihat gambar dan membaca post rakan blogger tentang dirinya.

Untuk pengetahun, Ninie merupakan seorang model sambilan yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi hos bagi Kelab Remaja Angkasapuri di RTM2 pada tahun 2000.

Di bawah ini admin kongsikan gambar-gambar terkini Ninie Rahman yang cukup seksi dan bakal menawan hati si lelaki pada pandang pertama.
Sumber
-
KUALA LUMPUR - Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Ha hari ini menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu.

Jenice, 33, memfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai defendan.

Jenice dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan.

Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Jenice mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah.

Pada 5 Jun lepas, Jenice memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Oktober, dia menarik balik saman itu. - Bernama
-
SEREMBAN: “Saya memohon maaf bagi pihak jabatan atas kejadian itu dan menyifatkan tindakan terbabit seperti seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata demikian selepas menerima aduan di Facebook daripada seorang keluarga pesakit Hospital Jempol, dekat sini, yang tidak berpuas hati tindakan jururawat dan pemandu ambulans hospital itu yang berhenti makan ketika membawa pesakit.

Aduan itu tersebar luas di laman sosial berkenaan selepas pengadu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap jururawat dikatakan bercakap kasar, memberi layanan buruk dan mengumpat pesakit.

Dalam aduan itu, pengadu menyatakan kekecewaan apabila pada jam 11 malam 30 November lalu, pemandu ambulans berhenti di kedai makan untuk menjamu selera selama 30 minit sedangkan ibunya diserang strok dibiarkan sendirian dalam kenderaan.

Menurut aduan, kejadian berlaku ketika ibu pengadu dalam perjalanan dipindahkan dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, untuk rawatan lanjut.

Zailan berkata, setakat ini, beliau hanya menerima penerangan ringkas dan akan memeriksa secara terperinci.

Menurutnya, dalam isu itu pemandu ambulans serta jururawat tetap disalahkan kerana melanggar peraturan bekerja, namun pengadu difahamkan turut bertindak keterlaluan.

“Saya sebelum itu dimaklumkan pengadu meminta dua jururawat menjaga ibunya sedangkan hospital kekurangan kakitangan dan menerima ramai pesakit menyebabkan permintaannya tidak dilayan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun begitu, pihaknya akan menegur kakitangan hospital itu, namun tindakan penggantungan tugas tidak dapat dibuat kerana ia bukan kes jenayah.

“Pemandu ambulans tidak akan digantung kerja kerana Hospital Jempol mengalami kekurangan pemandu,” katanya.

Kata Zailan, enam hospital dan 46 klinik kesihatan di negeri ini turut terpalit dengan insiden berkenaan walaupun selama ini pihaknya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

-Harian Metro
-
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan Mkini memetik Kim Shin sebagai berkata, syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.
-
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersedia memaafkan masyarakat Cina sekiranya benar punca kekalahan beberapa kerusi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu disebabkan oleh mereka yang tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN).

"Kalau benar kemerosotan sokongan kepada BN boleh dituding jari kepada rakan kita yang berketurunan Cina, saya dengan hati terbuka memaafkan mereka dan ingin menganjurkan supaya marilah bersama-sama saya untuk kembali ke pangkal jalan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembangunan yang lebih kukuh.

"Jadi di peringkat negeri Melaka, saya dengan rela hati jika mereka (pengundi Cina) mahukan kemaafan... saya akan berikan, yang lebih penting adalah ayuh bersama-sama kembali bersama BN. Marilah kita satukan pemikiran, hati dan tindakan kita untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih cemerlang ," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media RTM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyalahkan kaum Cina sebagai punca utama kekalahan beliau dan menyebabkan BN gagal meraih dua pertiga majoriti kerusi di negeri itu pada PRU-13 lalu.
-
SHAH ALAM - Isu penolakan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias atas pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno turut mendapat respons daripada bekas pemimpin kanan Umno.

Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan MT ke atas bukan ahli adalah salah di sisi peraturan parti.

“Ustaz Kazim tolak menjadi ahli MT, yang cadangkan beliau itu kenalah jawab.

“Kenap tak buat kaji selidik dahulu? Terus-terus menjadi ahli MT salah di sisi peraturan,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitter, malam tadi.
Dalam kemas kini berikutnya, beliau meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya terus memformulakan kuasa politik Melayu masa depan.

Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan tersebut kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Beliau berterima kasih atas tawaran Presiden Umno itu namun tetap dengan keputusan untuk tidak menerimanya.

ARTIKEL BERKAITAN
-
Gardenia Bakeries Sdn Bhd tampil menyokong media bebas dengan menyumbang kepada kempen kutipan dana Malaysiakini untuk bangunan baru di Petaling Jaya.

"Gardenia percaya bahawa kebenaran akan tersingkap akhirnya, dengan itu, Malaysiakini melakukan apa yang benar kepada masyarakat melalui liputan berita yang telus," kata CEO Gardenia Yap Kim Shin (kiri).

Yap berkata, syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul.

"Selagi kamu menulis tentang kebenaran, itu saja, kerana di penghujung hari, kebenaran adalah satu-satunya berita yang benar," tambahnya.

Di sebalik falsafah itu, kata Yap, Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

"Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia.

"Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," tambahnya.

Yap menyambut CEO Malaysiakini Premesh Chandran dan pasukan portal berita itu di kilangnya di Shah Alam semalam.

-
Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Dapur sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Bukit Mertajam diarah tutup selama 14 hari selepas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mendapati ia kotor dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Daerah Timur Laut Dr T.

Vasantha berkata hasil pemeriksaan di dapur itu semalam mendapati antara lain tempat menyimpan makanannya terdapat najis tikus.

"Ia tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran makhluk perosak seperti tikus, peralatan makanan yang tidak bersih, cara penyimpanan makanan tidak betul dan amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

"Kita telah arahkan dapur itu ditutup untuk kerja-kerja pembersihan selama 14 hari dan premis berkenaan akan diperiksa semula sebelum dibenarkan beroperasi bagi memastikan ia benar-benar bersih," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata operasi oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP yang turut disertai agensi penguat kuasa yang lain memeriksa 19 buah hotel di negeri ini dan mengeluarkan kompaun dan amaran atas pelbagai kesalahan.
-
IPOH – Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, pihaknya telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas beliau mengumumkan tidak menerima lantikan tersebut.

Menurutnya, tiga nama yang terdiri daripada pendakwah bebas dan tidak menaungi mana-mana parti politik itu telah diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

“Sebelum saya dipilih, saya difahamkan ada 15 calon lain selain saya dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Bila Najib minta pendapat saya untuk nyatakan siapa yang boleh gantikan tempat saya, saya beri tiga nama, cuma saya pun tak pasti adakah nama yang saya calonkan itu termasuk atau tidak dalam 13 calon lain sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai Ahli MT Umno dan pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di Sungai Petani, Kedah.

Pada Jumaat lalu, Umno mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya Ustaz Kazim dan Asyraf Wajdi.

Selepas pengumuman terbabit dibuat, Ustaz Kazim menerima pelbagai tohmahan dan fitnah termasuk daripada pemimpin dan ahli parti politik dan beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas.

Tambah Ustaz Kazim, tiga nama yang dikemukakannya merupakan tokoh agama dan amat terkenal di negara ini dan berada di luar Perak.

“Cuma saya tak boleh la nak sebut siapa, tapi apa yang pasti mereka ini berpelajaran lebih tinggi dari saya dan Najib pun nyatakan beliau kenal dengan ketiga-tiga individu terbabit.

“Saya pun tak tahu Najib pilih yang mana malah kalau saya cakap nama mereka nanti apa pula kata mereka nanti, jadi kita tunggulah presiden yang umumkan,” katanya lagi.

Beliau menambah, walaupun tidak menjadi ahli MT Umno, beliau sentiasa bersedia untuk memberi pandangan dan cadangan kepada Najib demi kebaikan umat Islam.

“Saya ada cadangkan kepada Najib pada pertemuan saya dengan beliau sebelum ini dan antaranya adalah untuk menubuhkan Majlis Ulama Intelektual yang mana badan ini bukan berada dalam Umno dan Alhamdulillah, beliau terima baik cadangan ini.

“Pendakwah dalam badan ini tidak ada parti malah tidak ada kepentingan dan mereka ikhlas menegur demi kepentingan Islam dan semua pihak. Najib beri respons yang baik atas cadangan saya itu dan jika ia dilaksanakan, saya akan terima amanah yang diberikan,” katanya.
-
Rasanya Sazzy Falak sedang mengubah penampilannya. Melalui akaun Instagramnya, beliau memuat naik sekeping gambar yang menyaksikan gaya baru rambutnya yang pendek.

Gambar tersebut menerima kritikan dari peminat yang prihatin apabila Sazzy Falak seolah-olah tidak memakai baju kerana foto tersebut diambil paras bahunya. Di tambah pula dengan suaminya juga yang 'hampir tidak berbaju' apabila butang bajunya tidak dikancing.
Peminat yang menegur kemudia ditegur pula oleh peminat tegar beliau. Tidak seperti artis-artis lain, Sazzy turut berinteraksi dalam komen tersebut dan berterima kasih kepada yang menyebelahinya
-
KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 tidak perlu menduduki semula kertas soalan Matematik 2.

Keputusan itu dibuat berikutan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati tiada kebocoran soalan berlaku bagi kertas tersebut ketika peperiksaan berlangsung pada 18 Nov lalu, menurut kenyataan dua para lembaga itu.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam sidang media mengumumkan hasil siasatan itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyiasat laporan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 22 Nov lalu dan telah memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan, termasuk pelajar yang menyertai seminar yang didakwa soalan kertas itu dibocorkan.

Siasatan mendapati seminar itu yang dianjur pada 17 Nov lepas, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan bermula hanya membincangkan tentang kertas soalan beberapa tahun lepas serta beberapa soalan ramalan, katanya. - Bernama
-
Dah semakin jelik remaja Melayu sekarang. Terpengaruh dengan video-video lucah agaknya hingga perasaan malu dibuangnya jauh-jauh.

Video berdurasi 56 saat memaparkan  sepasang remaja yang dipercayai berbangsa Melayu sedang asyik berasmara di belakang sebuah kereta.

Video pula dirakam dari ruang yang bertutup suratkhabar yang dikoyak untuk 'skoden'. Walaupun tidak melakukan seks, tapi mendekatinya juga adalah perkara yang keji di sisi agama!

-
SHAH ALAM: Selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Pahang bagi meninjau keadaan banjir di sana.

"Saya akan bertolak ke Pahang untuk menjenguk keadaan banjir di Kuantan, Rompin dan Pekan sebentar lagi. Doakan semuanya selamat," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.

Sehingga semalam, banjir di negeri itu telah meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Sementara itu, dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.

-Sinar Harian
-