Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Apakah yang menyebabkan zakar bengkok? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 15 tahun dan zakar sedikit bengkok apabila ereksi.Adakah zakar remaja berumur 13 dan 14 tahun lebih besar bagi mereka yang kelihatan lebih matang apabila mula tumbuh janggut dan misai.

Saya melihat di Internet yang besar dan panjang berbanding saiz zakar saya yang kecil dengan ukuran panjang 5 inci dan ukir lilit 4.6 inci. Adakah saiz itu berpatutan dengan umur saya?

Saya sering onani dan sekarang dalam proses mengurangkan onani iaitu kira-kira 3 hingga 4 kali sebulan. Adakah cara bagi mengurangkan kekerapan onani?

IKMAL

Shah Alam, Selangor

Ketumbesaran zakar atau anggota kelamin lelaki bermula dari peringkat awal baligh dan kemuncak pada pertengahan akhil baligh iaitu pada awal belasan tahun hingga mencecah umur 20 tahun.

Kesudahannya, ukuran zakar akan sampai keukuran tetap seperti ukuran yang anda alami, iaitu 12 hingga 13 sentimeter (sm) ketika ereksi dengan ukur lilit 11 hingga 12 sm.

Ukuran ini adalah anggaran biasa untuk semua lelaki berbilang keturunan. Apa yang anda nampak dalam Internet adalah ukuran luar biasa dan bukan normal untuk lelaki.

Jangan terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di Internet. Biasanya laman memaparkan zakar panjang dan besar itu menjual peralatan atau ubatan yang kononnya dapat membantu membesarkan zakar.

Itu hanya tipu helah mereka. Jika anda ada masalah saiz atau bentuk zakar yang meragukan, rujuk pada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan kepastian.

Jangan bergantung pada tukang urut atau laman Internet haprak! Zakar erek yang kelihatan melentok, bengkok atau melengkung itu adalah biasa dan ada kaitan dengan cara zakar itu ditempatkan dalam seluar dalam.

Sebenarnya tidak perlu nak 'parking' zakar dalam seluar dalam. Biarkan ia mengikut keselesaan kedudukannya dalam pakaian dalam.Namun bagi remaja yang masih bersekolah, anda perlu tumpukan perhatian kepada pelajaran dan kurangkan menonton bahan lucah di Internet atau menonton gambar zakar.

Amalan itu akan membuat­kan anda mudah ghairah dan melakukan onani. Onani pula meletihkan dan jika ketagih, sukar dihentikan.

Saya pasti anda banyak membaca kesan negatif onani dan jika masih berjinak-jinak dengannya, nescaya anda akan dapat kesan buruknya seperti masalah cepat klimaks dan mati pucuk apabila dewasa kelak.

Zakar lelaki bukan senjata, ia anggota yang dianugerah Tuhan untuk tujuan mendapat zuriat dan hubungan intim. Ia bukan anggota untuk kemegahan kendiri. Jadi, jangan salah faham. Anda perlu bersyukur mempunyai anggota kelamin yang sihat.
Gila la kalau ada yang kata tak geli bila melihat cacing dalam tin sardin. Bagi yang pernah meratah sardin cap ni kompom akan kembang tekak punya bila melihat bentuk cacing yang kekenyangan ni.

Baru-baru ini, seorang rakan kepada admin laman Facebook Penang Kini telah meminta admin page tersebut memuat naik gambar tin sardin yang baru dibuka tetapi mengandungi makhluk menyerupai cacing didalamnya!


Andainya benar dakwaan ini, pihak pengilang jenama sardin ni wajar dihukum! Apa taknya, jenama sardin ni dah diedarkan ke seluruh Malaysia.Dalam pada itu, menurut satu komen, kilang pembuat sardin ni tersebut sememangnnya kotor.

Dakwanya ayahnya pernah bekerja dikilang tersebut satu ketika dahulu. Dan menariknya beliau mendakwa kilang tersebut sememangnya KOTOR!
Petua Putihkan Gigi Yang Kekuningan | Berita Harian Online Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini.

Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya.

Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.

Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.

Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih.

Kemudian, gunakan ubat gigi.

Selamat mencuba!


sumber:forum.cari.com.my
Penawar Kencing Manis | Berita Harian Online - Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.

Ingatlah sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).
Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah:

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.

Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum.

Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini.

Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.silakan share
COLUMBUS - Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.

Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

"Berpandukan bukti saintifik semata-mata, kami tidak tahu sama ada vaksin itu dapat mengekang jangkitan HPV yang menyebab-kan kanser," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor Maura Gillison dari Universiti State Ohio di sini.

"Namun, pakar-pakar bidang perubatan optimistik bahawa pelalian dapat mencegah jangkitan barah tekak akibat HPV," tambahnya.Sebelum ini, HPV didapati menjadi punca 70 peratus kes kanser serviks dalam kalangan wanita.

Sejak 2008, gadis berusia 12 dan 13 tahun di sekolah-sekolah telah diberi pelalian mencegah virus tersebut.
1.Carmoisine atau kemerahan

Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122

2.Briliant Blue

Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.

3.Tartrazine atau jingga kekuningan

Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.

4.Sunset Yellow

Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110

5.Ponceau 4R

Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124

6.Amaranth
Namanya sahaja kita sudah tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123

7.Erythrosine atau Red no.3

Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127


Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002

IG : Farmashealth farmas


credit:mforum
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.


sumber:www.ridzalmersing.com
 Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


sumber:www.suarapemikir.com
Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Testimoni ini dari salah seorang pesakit demam denggi, sila layari blog beliau: http://wajahayu.blogspot.com/2009/10/sup-ketam-penawar-demam-denggi.html
Baru-baru ni ada la seorang student nurse kat tempat kerje aku, dia dengan tak tersengaja tercucuk jarum dari seorang pesakit HIV sewaktu nak memberi ubat. Pas tu dia cepat-cepat picit darah tu keluarkan semua darah tu dari jari dia yang tercucuk jarum bekas pesakit HIV tu sambil nangis-nangis. Sampaikan nampak pucat je jari budak tu tekan jarinya.

Aku memang sedih tengok budak tu time tu, tapi tak boleh nak kata apa selain suruh dia tekan lebih 5-10 minit jari dia untuk keluarkan darah tu sebagai langkah kurangkan jangkitan.

Tidak lama lepas tu, budak tu kena refer ke unit kawalan jangkitan untuk kaunseling, kena buat insiden report dan sebagainya. Lastly on the same day budak tu terus memulakan makan ubat HAART, biasa ubat HAART tu hanya untuk pesakit HIV yang biasa amik tu. 

So bila aku pun tanya la kat pegawai farmasi yang bertugas tu selaku kawan saya juga, saya tanya, "Kalau sesorang tu dah tercemar dengan virus HIV tu boleh ke elakkan dari terkena jangkitan tu lagi dengan memakan ubat tu."

Dan dia bagitahu saya. "YA BOLEH,"

Tetapi dengan syarat terus direct on the sport makan ubat tu pada time tu jugak macam budak tu tadi dan risiko untuk mendapat jangkitan memang rendah sangat-sangatlah (percent aku lupa tanya pulak..he..he..) Tapi selepas 3 dan 6 bulan perlu membuat pemeriksaan darah dan seterusnya sehingga keputusan darah menunjukkan seseorang tu betul-betul bebes dari jangkitan HIV.

After that baru aku tahu yang sebenarnya jika kita rasa kita dah terdedah dengan aktiviti berisiko tu pada time tu juga, direct on the sport ambil ubat HAART ni terus boleh mengurangkkan dan merendahkan terus diri kita dari dijangkiti virus  HIV ni, sebab virus masih bilangan kecik sangat lagi kan.. :)


Nabil Baifern


Salam Nabil Baifern,

Terima kasih kerana berkongsi kisah, abang simpati dengan rakan nurse yang tercucuk jarum suntikan dari pesakit HIV itu, abang harap dia masih mampu berfikiran positif dan semoga pemberian HAART itu boleh menghalang kuman dari berkembang biak. Mudah-mudahan dia TIDAK lah dijangkiti HIV.

Sebenarnya pemberian ubatan HAART kepada nurse berkenaan dipanggil, POST EXPOSURE PROPHYLAXIS (PEP). PEP ini adalah rawatan awal untuk pencegahan HIV jika sukarelawan atau petugas perubatan (nurse) di tempat kerja tercedera terkena atau tercucuk jarum suntikan yang ada darah pesakit HIV. Abang ada share maklumat ini dalam beberapa entri sebelum ini (tapi lupa mana satu entri tersebut)

Contohnya jika seseorang telah didedahkan kepada HIV, akibat kecederaan jarum cucuk jadi kemungkinan dia boleh diberikan ubat HIV untuk cuba menghalang penyebaran jangkitan daripada berlaku. Ini dipanggil (dalam bahasa melayunya) “Profilaksis Selepas Pendedahan” (PEP)dan perlu diberikan oleh pakar yang bertauliah (doktor pakar HIV/AIDS lah) secepat mungkin selepas pendedahan dan dalam masa 72 jam. Ianya merupakan langkah pencegahan dengan mengambil ubatan HAART dengan harapan mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan (yang tidak disengajakan)

Tapi kebiasaannya PEP ini diberi kepada para petugas yang telah pasti berisiko dijangkiti HIV tanpa sengaja (dan ada bukti kukuh) seperti nurse, doktor atau polis yang secara tidak sengaja tercucuk jarum ketika menjalankan tugas kalau polis tu ketika membenteras jenayah berkaitan penagih dadahkan. Jika mereka terkena cucukan jarum yang kemungkinan besar ada kuman HIV ni maka mereka ada segera diberi rawatan PEP.

Hampir sama seperti kes seorang bayi Mississippi yang dilahirkan oleh seorang ibu yang baru disahkan positif HIV,

“Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS), mengumumkan pasukannya berjaya merawat bayi yang dilahirkan dengan virus HIV. Bayi tersebut diberi rawatan yang teliti dan pantas berbanding biasa, bermula dengan tiga jenis ubat dalam masa 30 jam selepas dilahirkan. Sebelum ubat diberi, ujian mengesahkan bayi tersebut dijangkiti HIV, namun ibunya tidak pernah menjalani ujian sehinggalah tiba di wad bersalin. 

Saya hanya merasa bayi ini mempunyai risiko yang tinggi berbanding risiko normal dan menerima rawatan terbaik daripada kami," kata Dr. Hannah Gay, Pakar Pediatrik HIV di Universiti Mississippi yang turut menyertai penyelidikan itu. 

Tindakan pantas itu katanya, bertindak dengan menyekat HIV di dalam darah bayi, sebelum sel-sel virus itu bersembunyi di dalam tubuh bayi tersebut. 

Kebiasaannya simpanan sel yang terpendam dengan pantas akan menjangkiti semula pesakit yang menghentikan rawatan ubat, namun dalam kes ini menunjukkan kesan sebaliknya dan doktor berterusan memantau bagi memastikan bayi itu ia bebas sepenuhnya daripada virus HIV.

Pernah seorang pembaca tanya abang bagaimana nak dapatkan rawatan segera jika kita syak diri kita baru sahaja dapat jangkitan HIV.

Abang kata kena buat lapuran segera kepada pihak hospital lah, tapi kalau kita pergi buat seks dengan pekerja seks atau dengan pasangan sejenis (gay) kita, yang kita tidak tahu kesahihan tepat status diri mereka macam mana nak buat laporankan. Takkan lah kita nak kata, nak dapatkan ubatan HAART sebab baru beberapa jam tadi aku buat seks dan aku hanya rasa kemungkinan sudah dijangkiti HIV.

Adoiii tak boleh main agak-agak, sekurang-kurangnya kena ada bukti pasangan kita itu sah positif HIV. Kena tarik tangan pasangan seks tu dulu buat ujian HIV dengan segera bagi mendapatkan bukti kukuh. Nak ke kita tarik pekerja seks atau rakan gay kita buat ujian segera HIV? Dan bagaimana kalau pasangan kita tu tidak ada HIV?

Ada seorang rakan tu pulak kalau (tak silap) abang dia mengaku ada buat seks guna kondom, tapi takut diri dah dijangkiti HIV dia kata nak makan ubatan HAART tu dan tanya macam mana nak dapatkan ubatan tu. So abang terpaksalah terangkan kepada dia, kita kena ada bukti kukuh yang diri kita telah berisiko dijangkiti HIV, seperti kawan nurse Nabil yang tercucuk jarum pesakit HIV tu untuk dapatkan rawatan PEP ini.

Tak bolehlah disebab kegagalan kita mengawal nafsu melakukan seks rambang tanpa pelindungan sama ada dengan pekerja seks atau pasangan sejenis, dan apabila rasa takut terus nak dapatkan rawatan PEP ini.

Lainlah kalau pasangan kita ialah suami atau isteri kita yang sah positif HIV dan rekod mereka ada dalam simpanan dihospital. Mungkin ketika melakukan hubungan seks kondom telah bocor tanpa disedari, sehingga memungkinkan pasangan mereka itu berisiko dijangkiti HIV. Maka pasangan suami isteri ini kenalah segera berjumpa dengan doktor yang merawat mereka, dan abang yakin insyaallah rawatan PEP boleh diberi dengan segera kepada pasangan mereka yang negatif HIV itu dengan segera.

Setahu abang tidak mudah untuk mendapatkan ubatan HAART sebab ubatan HAART ini antara ubatan terkawal, maknanya tidak sewenang-wenang boleh diberi kepada orang dan setahu abang ubatan ini tidak ada dijual dimana-mana farmasi di shopping komplek diluar sana. Lagi satu harga ubatan HAART ini sememangnya agak mahal Yang abang maksudkan rawatan PEP diatas ialah di Hospital Kerajaan.

Saya sebenarnya tidak pasti sama ada anda boleh dapatkan rawatan PEP dengan segera atau tidak dimana-mana hospital swasta, jika mengesyaki diri telah dijangkiti HIV tapi boleh cuba baca komen seorang pembaca dalam ruang komen dalam entri Puan LISA disini, kerana pembaca tersebut ada menasihatkan Pn Lisa agar segera ke Sime Darby Medical Centre bagi mendapatkan nasihat dari doktor Nor Liza Ariffin, siap ada ditinggalkan sekali didalam ruang komen itu, no phone pusat perubatan tersebut bagi urusan membuat appoitment. Tapi sekali pun jika boleh dapatkan rawatan dengan segera bagi mencegah kuman HIV berkembang biak dalam tubuh kita dipusat perubatan berkenaan, pastinya anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi disana.

Abang harap Nabil dan kepada semua kakitangan perubatan kena lebih berhati-hati dan tidak cuai ketika menjalankan tugas. Kadang-kadang abang sendiri risau apabila melihat nurse yang mengambil darah abang menghala arah jarum yang telah berisi darah, risau ketika mereka hendak memasukkan darah abang yang ada HIV ni ke dalam tabung kecil yang tersedia, jika tidak berhati-hari boleh menyebabkan jarum tersasar terkena pada jari mereka sendiri ketika memegang tabung uji berkenaan. 

Pada abanglah tak mengapa jika mengambil darah PLHIV tanpa mengunakan sarung tangan sebab, sentuhan jari yang tidak ada luka jika memegang darah pesakit HIV tidak menyebabkan berlakunya jangkitan HIV, TETAPI abang faham mereka kena memakai sarung tangan sebab terpaksa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, mungkin bagi mengelak jangkitan lain-lain penyakit. - NajMi


sumber asal:http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di dalamnya.Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.

Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin  memproses dan membungkus kopi berkenaan.Kes  disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.


Bismillahiramanirahim....mula-mula sekali aku nak mintak maaf kepada perniaga produk Collagen Plus Vitamin E, entry aku ni bukan nak tutup periuk nasi orang cuma nak berkongsi apa aku dan family aku lalui selepas memakai produk ini dulu. Tolong baca sampai habis sebelum membuat tohmahan yang melulu.

Serious, aku agak takut untuk berkongsi..tapi disebabkan aku sangat kasihan kepada kawan aku yang lain, yang sedang rancak menggunakan produk ni. Putih gebu kata mereka, itu memang aku tak dapat nak sangkal. Secara jujurnya, aku dan orang terdekat dengan aku pun  pernah menggunakan dan MENJUAL produk ini dulu, tapi tidak lagi sekarang setelah tahu bahayanya produk ini.



Ceritanya bermula bila seseorang yang aku kenal memakai  produk ini, mukanya jadi sangat cantik, putih dan gebu. Memang kalau orang lain tengok, konfem cair. Aku yang suka tukar produk ni pun turuk terjebak dengan produk ni. Tapi, apa yang peliknya muka aku tak sesuai dengan produk ni sama dengan produk 99 tu. Padahal sebelum ni aku tukar-tukar produk Malaysia punya okay aje, tapi bila pakai produk ni muka aku gatal-gatal dan merah.

Orang-orang yang terdekat dengan aku aku pakai semuanya menjadik. Mereka semua jadi putih gebu dan kulit muka diorang sangat cantik. Ada salah seorang darinya pengguna tegar produk ni, malam siang duk sapu kat mukanya..huhu. Tiba-tiba, satu hari..seseorang tu kol aku..dia cakap cakap kulit muka dia ada tompok-tompok putih seperti panau. Sapu-sapu ubat panau tak hilang jugak. Pergi hospital, doktor cakap dia mengalami masalah kulit!!

Dia terpaksa memakai ubat yang bernilai RM300 sebulan untuk menghilangkan tompok-tompok putih tu. Alhamdullilah, muka dia kembali okay selepas itu. Dan kami tak memakai lagi produk  Collagen Plus Vitamin E ni. Apa yang kelakar kulit muka dia jadi gelap balik..pelik kan?? tak pakai, terus jadi gelap balik.

Ya aku faham, lepas baca ni mesti ada yang cakap "eh aku pakai okay je, putih gebu siap repeat order lagi"..ya aku faham sebab seseorang yang rapat dengan aku dulu pun camtu. Tapi sekarang baru kami tahu rupanya produk tu mempunyai merkuri. Ada jugak yang cakap "saya ada cek guna emas, tenggelamkan emas dalam krim ni..tak luntur pun emasnya..bermakna produk ni tak ada merkuri"...haa mesti adanya yang cakap camni...nak tahu tak cara cek kandungan yang paling betol?? sila pergi cek kat ALS Laboratory Group (Analytical Chemistry & Testing Services ). Biar saintis yang cek!!! produk apa-apa pun diorang boleh cek..dan tengok sendiri apa jawapannya.

Sebenarnya produk bermerkuri ni sangat bahaya, boleh buat kanser kulit, sakit buah pinggang, mandul dan macam-macam lagi. Produk ni sebenarnya pun dah diharamkan kat Indonesia, sebab merkurinya yang tinggi..bukan tu je, produk Tabita pun dah lama tak dijual kat sana..tapi yang sedihnya di Malaysia masih ada orang yang menjualnya.


Aku faham..produk ni murah dan berkesan. Tapi ingatlah, sampai bila kesanya tu?? kalau tak percaya...silalah pakai, dan bila kulit korang ada masalah nanti or banyak penyakit yang datang..jangan salahkan sesiapa. Bila dah ada yang bagitau, cubalah menerima..jangan fikir orang nak tutup periuk sesiapa aje. Buat perniaga pula, dah tahu benda ni bahaya..tapi tetap menjualnya sebab nak abiskan stok itu terpulang, tapi diakhirat nanti mahu jawab sendirilah ya!!!

sumber
kesan buruk minyak wangi - Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.

Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.














5 Jenis Makanan Kesihatan Untuk Lelaki -Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato @ Sos tomato

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3. Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.

sumber
BAGI anda yang gemar membeli roti sosej di pasaraya, ada baiknya anda memeriksa terlebih dahulu sebelum menyuapkannya ke dalam mulut.
Manalah tahu tiba-tiba terjadi seperti kes yang diceritakan di Facebook oleh seorang wanita dari Sabah ini.

Menerusi gambar yang dimuatnaiknya, wanita bernama Bie Jakson itu berkata, roti sosej yang dibeli oleh suaminya di pasaraya Giant telah pun rosak dan berkulat.

Berikut merupakan ‘caption’ asalnya:

GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
Gambar di bawah menunjukkan keadaan roti sosej yang sudah berkulat itu. Memang loya anak tekak melihatnya.

GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
GAMBAR: Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
Fuh, mujurlah tak makan habis! Kalau tidak, boleh sakit perut dibuatnya.
Apa pun, mungkin pihak pasaraya Giant perlu memberikan penjelasan mengenai kejadian ini dan lebih berhati-hati dalam pengeluaran produk mereka selepas ini.

sumber :mynewshub

Urut batin MENURUT pengalaman pengunjung-pengunjung pusat urut di sekitar Lembah Klang, kaedah urutan batin yang ditawarkan di rumah berkenaan sebenarnya adalah khidmat melakukan onani.

“Bezanya ia dilakukan menggunakan tangan tukang urut wanita sehingga pelanggan khususnya lelaki, mencapai klimaks dan mengeluarkan air mani,” akui lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 29, yang tidak menafikan sekadar mencuba-cuba urutan batin yang sering disebut teman-temannya.

Menurut Man, urutan batin merupakan satu perkhidmatan yang khusus, bukan sebahagian daripada pakej urutan badan dan lain-lain.“Pusat urut itu melabel perkhidmatan itu sebagai urut batin ketika menawarkannya,” tambah Man.

Bagaimanapun, pakar urut tradisional yang sudah bertahun-tahun melakukan urutan pemulihan tenaga batin menegaskan urutan sebenar tidak melibatkan pengeluaran air mani.

Teknik


“Apa yang kami lakukan ialah mengurut bahagian badan yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit itu dan mencari urat di sekitar alat sulit pelanggan untuk ‘dibetulkan’.

“Ia sama ada mengurut untuk membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak,” ujar seorang pengusaha kedai bekam dan resdung di Kampung Dato’ Harun, Petaling Jaya, Ahmad Husin, 34.

Berpengalaman melakukan urutan pulih batin sejak lebih lima tahun lalu, Ahmad yang berguru dengan beberapa pakar urut tradisional menjelaskan, urutan batin tidak bertumpu kepada bahagian zakar dan buah zakar semata-mata.

“Sebaliknya antara bahagian badan lain yang terlibat termasuklah pinggang, labu atau belakang betis, tapak kaki, bawah buah zakar dan bawah pusat sehingga ke zakar.

“Teknik urutan juga bukan sembarangan. Contohnya, jika mengurut di sepanjang zakar, teknik yang digunakan ialah melurut sedangkan pada bahagian buah zakar, teknik urutan yang digunakan ialah mengasak,” terangnya.

Tambah Ahmad, urutan pulih batin yang sebenar juga tidak melibatkan rasa ghairah atau rangsangan ke arah keinginan mencapai kepuasan seksual.“Seharusnya, ketika diurut pelanggan akan berasa sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain.

“Keadaan zakar menegang biasanya berlaku apabila darah mengalir lancar setelah urutan menggunakan teknik mengasak dilakukan pada buah zakar dan bahagian bawah zakar tetapi ia masih tidak menyebabkan pelanggan berasa ghairah,” dedah Ahmad.

Pendakwah bebas dan pakar motivasi kekeluargaan, Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula menjelaskan, urutan batin yang dilakukan semata-mata untuk berseronok adalah haram.

“Jika seorang lelaki itu mengalami masalah lemah tenaga batin, ia akan menjadi satu bentuk penyeksaan kepada isteri kerana tidak mendapat nafkah batin.

“Dalam keadaan itu, kalau lelaki berkenaan tidak berubat maka isterinya boleh meminta fasakh daripada suaminya. Itulah tahap keseriusan keadaan ini.

“Hukum berurut batin jatuh dalam kategori harus jika ia berkesan memulihkan masalah kesihatan dan keharmonian rumah tangga.

Zakar lebam


“Bagaimanapun sekiranya urutan batin tidak mampu menyelesaikan masalah dan sebaliknya cenderung ke arah kepuasan seksual, maka hukumnya haram,” kata Wan Akashah.

Jelas Wan Akashah, urutan batin ke atas lelaki tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita kerana ia melibatkan alat sulit.

Wan Akashah turut menyuarakan kebimbangannya terhadap segelintir suami yang cenderung mendapatkan urutan batin onani kerana ia boleh menyumbang kepada kepincangan rumah tangga.

“Bayangkan si suami lebih puas ‘berurut batin’ di rumah-rumah urut berbanding ketika bersama isteri sendiri,” kata beliau.

Katanya lagi, banyak masalah baru akan timbul apabila suami sudah tidak berkeinginan terhadap isteri masing-masing.

Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Tambi, 59, menyangkal kebenaran kelebihan mengurut zakar.

“Mustahil urutan dapat membesarkan, memanjangkan, memulihkan mati pucuk, mahupun meningkatkan prestasi zakar seseorang.

“Ini kerana anggota sulit ialah organ vaskular (yang dipenuhi salur darah) dan tidak boleh diurut. Ia sama seperti bahagian leher dan buah dada.

“Jika bahagian ini diurut secara kasar, dikhuatiri ia akan menyebabkan kerosakan dalaman yang boleh mencacatkan anggota itu.

“Sudah ramai pesakit yang datang kepada saya dengan zakar yang lebam, bentan dan terkulai akibat melakukan urutan batin.

“Saya faham, ramai yang tertarik untuk menjalani urutan seperti itu kerana tertekan dengan masalah yang dihadapi. Tetapi fikirlah baik-baik.

“Tidak mustahil masalah batin mereka itu berpunca daripada penyakit lain seperti kencing manis, ketidakseimbangan hormon atau tekanan darah tinggi.

“Jika masalah mati pucuk berpunca daripada penyakit-penyakit ini, kemungkinan masalah lain pula akan timbul andainya pesakit menemui tukang urut yang turut menggunakan ubat berasaskan herba.

“Sebab itulah saya meminta individu yang mempunyai masalah zakar agar merujuk pakar perubatan terlebih dulu sebelum mengambil tindakan sendiri,” cadang beliau.
Berhati-hati membeli ayam goreng di gerai-gerai, kedai-kedai makan mahupun restoren. Mungkin ayam yang digoreng kelihatan rangup dan sedap.

Namun sesetengah penjual sanggup membahayakan kesihatan pembeli demi mendapatkan keuntungan yang lebih dengan mencampurkan plastik ke dalam gorengan ayam.

Plastik akan dicairkan dalam minyak panas terlebih dahulu sebelum dimasukkan ayam bagi mendapatkan rangup yang lebih serta ketahanan yang lama.


saksikan video dibawah
Perh memang nak termuntah beb!! bayangkan anda order nasi goreng dikedai mamak tiba-tiba makanan dah siap kemudian hantar dekat meja anda tengok-tengok nasi goreng tadi ada ulat siap bergerak-gerak lagi ulat tersebut itulah yang berlaku lihatlah print sreen dibawah dimana lokasi kedai mamak ini lepas ni hati-hati lah iye


KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas zakarnya terangsang dan tegang selama tiga minggu dan ia telah selamat selepas dibedah.itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah ‘priapism’ yang menyebabkan darah beku di zakarnya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.‘Priapism’ merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu ‘sentiasa tegang.’
Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong.Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.

membuka pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘membuka pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda digalakkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday.Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.-kecikbesonetwork.blogspot.com