Slider
Travel
Performance
‹
›
Cute
My Place
Slider
Racing
Videos
Kemalangan yang membabitkan Ferrari paling sadis pernah kami lihat. Sebuah Ferrari F430 Scuderia terbelah dua selepas melanggar pembahagi jalan raya di Belgium. Kedua-dua orang pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.
#Bayangkan kereta ferarri yang memang di bina hanya untuk kelajuan, boleh terbelah dua. Apakah pula yang terjadi bila kancil anda? terbelah 16 bercabang 10 le jawapnyaa

sadis
Lain ceritanya di Ampang. Hari ini seorang ustazah dijatuhi hukuman 8 tahun kerana bersubahat membantu suami beliau merogol anak kandung mereka berumur 15 tahun. Ustazah berumur 37 tahun dan suami beliau berumur 38 tahun dikatakan melakukan kesalahan ini pada Julai 2011 di Ampang Permai Prima. Ustazah ini membantu suami memaksa si anak menanggalkan pakaian sebelum menutup mulutnya ketika dirogol suami. Si suami sudahpun mengaku bersalah Oktober tahun lalu dan dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara dan 10 kali sebatan.
#This is Malayness
Laporan asal The Star
#This is Malayness
sadis
Dua orang pelakon ini keluar berkelah di pantai. Selepas beberapa ketika Jonah Hill dibiarkan keseorangan sambil Channing mendapat sambutan gadis-gadis di pantai.
#Sedih giler. Forever alone!

#Sedih giler. Forever alone!

sadis
#Satu masalah bagi mereka yang tinggal di appartment atau condo, macam2 sampah boleh dibuang dari atas rumah.
sadis
Seekor anjing yang bernama Phil telah memakai dipakaikan kolar leher yang terlampau ketat sehingga membengkakkan kepalanya seperti 'alien'. Selepas pembedahan anjing ini berjaya diselamatkan.
#Walaupun anjing, terasa sedih bila lihat penderitaan mereka disebabkan manusia.

#Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu, masi sematkan dalam diri anda benci kepada penganas dan penceroboh negara!
sadis
Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.
Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.
Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.
Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.
Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera. Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.
Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. “Sharai mati di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. “Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya.
Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan.

Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.
Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.
#Ini yang buat aku emo!

Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.
Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

Recent Comments