Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

Kisah seorang wanita dipercayai dari Morocco melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Wanita tersebut dirempuh oleh jemaah lain kemudia dia terbabas...
http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/385598_419974168052241_1915225034_n.jpg
Amalkan berwhudu’ semasa di dunia, insyaAllah wajah akan berseri-seri semasa di hari kiamat nanti. Dari segi perubatan pula, berwudhu’ itu bertindak mengurangkan membiaknya mikroorganisma pada kulit kita & pada masa yang sama membantu regenerasi kulit, iaitu pengantian sel-sel lama dengan sel-sel baru. Berwuhu’ juga merupakan salah satu cara menjaga keasidan & kelembapan kulit (pH).

Kesimpulannya mereka yang sentiasa berwudhu’ akan bersinar wajahnya di hari akhirat nanti & semasa di dunia lambat tua (awet muda) kerana berlakunya proses penjagaan kulit secara natural tanpa apa-apa bahan kimia yang membahayakan… Subhaanallah!
Para penyelidik yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyelidik serangga dan memantau frekuensi suara yang dihasilkan oleh serangga. Namun mereka tidak mampu untuk mengesahkan perkara tesebut kecuali hanya mampu merakam suara yang dihasilkan oleh semut! 

Tujuannya adalah untuk mengesan kewujudan semut yang berada pada tanaman pertanian namun mereka tidak mencari cara yang lebih berkesan untuk mengesan suara semut!

Namun yang mengejutkan para saintis adalah bahawa frekuensi suara yang dihasilkan oleh semut berbeza dari seekor semut ke semut yang lain, dan dari satu jenis semut dengan jenis semut yang lain serta dari satu kedudukan ke kedudukan lain! 

Dianggarkan 12 ribu spesis semut di dunia ini dan jumlah semut di bawah tanah lebih banyak berkali ganda dari jumlah manusia. Oleh kerana jumlah yang begitu besar itulah menyebabkan para penyelidik bingung bagaimana kah cara untuk berinteraksi dengan suara-suara tersebut.

Mereka cuma mampu merakam suara yang berbeza terhadap semut dan penyelidikan ini telah diterbitkan pada majalah Journal of sound and vibration (jurnal tentang suara dan getaran) pada tahun 2006. Suara yang pertama kali didengar manusia di dalamnya adalah suara semut!

Hasil penelitian ini telah menunjukkan bahawa semut mengalahkan manusia dalam kemampuan indera pendengaran dan saintis menjangkaka semut menggunakan antenna untuk penghantaran dan menerima frekuensi suara.

Semut menggunakan isyarat suara yang besar seperti peranti penerima suara moden ketika ini, namun berubah selepas kesan dalam proses penapisan atau pemurnian suara, untuk membezakan antara semut dengan yang lainnya! Ini adalah sistem yang sangat canggih dalam berkomunikasi yang tidak diketahui oleh para saintis dan tidak mampu dijelaskan kecuali pada masa sekarang ini. Namun Al-Qur'an telah membicarakan hal ini dan memberitahu kita bahawa semut boleh bercakap:

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

Seorang mukmin tidak mempunyai pengetahuan ini kecuali akan berkata: Subhanallah!

Diterjemahkan dari sumber islampos.com oleh Detik Islam