Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

awang senyum | Laporan Terkini yang dipetik dari Tribunnews menyatakan Pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terputus hubungan sebelum ini disambar kilat berdekatan Perairan Pulau Belitung.

Laporan yang dipetik dari Portal Tribun News

Kemungkinan tersebut, disebabkan adanya data rangkaian WeatherBug yang menyebut berlaku kilat di dekat lokasi hilangnya pesawat nahas tersebut.

"Menurut real-time monitoring UTC (United Technologies Corporation), dikesan rangkaian kilat dekat jalur penerbangan AirAsia QZ8501, yakni antara 2309hrs dan 2320hrs," begitu data yang dikutip dari laman berita Singapura, Todayonline.com.

Sebelum ini diberitakan, Menara Air Traffic Control (ATC) terputus hubungan dengan pesawat AirAsia dengan nombor pendaftaran QZ 8501, pada ahad (28/12/2014). Badan SAR Nasional menjangkakan pesawat itu jatuh terhempas di perairan Bangka Belitun

sumber: tengoktvonline


Berita Harian Online | Cara Kemaskini Permohonan BR1M Online Untuk Tahun 2015 adakah anda penerima BR1m untuk tahun 2015? jika adakah anda telah membuat kemaskini status penerimaan anda ? kini anda tidak perlu risau anda boleh mengemaskini record br1m menerusi online ikuti panduan kemaskini  BR1M dibawah

Langkah Pertama 

layari web site https://ebr1m.hasil.gov.my

Langkah kedua 

klik kemaskini  seperti gambarajah dibawah


Langkah Ketiga


masukkan maklumat seperti yang diminta contoh ic, poskod dan sebagainya 



Langkah eempat

borang akan keluar anda perlu mengisi maklumat yang perlu dikemaskini tambahan tanggunggan atau tambahan pendapatan isi rumah




Langkah Kelima


setelah mengisi kesemua maklumat pastikan anda klik button kemaskini



credit to : http://bantuanrakyat1malaysia.com

Berita Harian Online | Bukit Mertajam: Suspek kes bunuh, potong dan buang mayat manusia didalangi warga Myammar dianggap sengaja mencabar Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mencampakkan anggota badan mangsa bunuh yang dipotong di hadapan balai polis dan sebuah restoran diusahakan seorang anggota PDRM.

Pembunuh kejam itu dikatakan memotong anggota badan mangsa kepada beberapa bahagian sebelum dicampakkan di beberapa lokasi berasingan bagi menyukarkan usaha polis menjejak mereka.

Namun, selepas hampir dua minggu siasatan dijalankan, kes itu dianggap selesai selepas 17 suspek termasuk dua dalang utama berusia 20 hingga 45 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini dan Rawang, Selangor oleh pasukan khas ditubuhkan melalui Op Kelar.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua suspek terakhir dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam itu ditahan di Georgetown, awal pagi semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, selain itu, hasil penahanan beberapa individu termasuk dua suspek utama, polis dibawa ke dua rumah di Kampung Pisang, Machang Bubok di sini, awal pagi Isnin lalu, dengan satu daripada premis itu dijadikan sebagai lokasi untuk memancung dan memotong anggota badan mangsa.

“Kami turut menemui tiga parang digunakan suspek untuk memotong anggota badan mangsa serta Proton Waja dan motosikal milik seorang daripada mereka dan kenderaan berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa anggota badan berkenaan sebelum dibuang.

“Kami akui kumpulan ini sengaja mencabar polis apabila satu kepala mangsa dibunuh dibuang di hadapan Balai Polis Machang Bubok, manakala satu lagi kepala ditinggalkan di hadapan restoran diusahakan anggota PDRM,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek mula menyewa di rumah berkenaan sejak empat bulan lalu dan mereka melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara diri termasuk sebagai buruh binaan.

Beliau berkata, kejayaan menahan suspek berkenaan membantu menyelesaikan lapan daripada 18 kes pembunuhan membabitkan warga Myanmar dilaporkan berlaku di negeri ini sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sekiranya kumpulan sama terbabit dengan beberapa lagi kes pembunuhan kejam lain sebelum ini.

“Sehingga kini, kami dapat sahkan kumpulan ini terbabit dengan lapan kes pembunuhan warga Myanmar. Kami dapati sebahagian besar kes pembunuhan membabitkan warga Myanmar ini berpunca daripada dendam lama di kampung halaman selain masalah hutang atau perasaan tidak puas hati.

“Dalam sesetengah kes, perkelahian sebenarnya membabitkan ahli keluarga di kampung halaman mereka, namun selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, mereka yang berada di sini turut bergaduh hingga ada menyebabkan kematian. Saya beri amaran kepada warga Myanmar berkenaan supaya tidak letak undang-undang di tangan sendiri, sebaliknya hormati pihak berkuasa dan undang-undang negara ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, selain melengkapkan siasatan, polis kini melakukan gerakan mengesan satu lagi tubuh mangsa iaitu anggota badan terakhir belum ditemui selepas ia dibuang suspek.

Beliau berkata, cara melupuskan mayat secara kejam dengan memotong anggota badan mangsa itu dipercayai modus operandi terbaru penjenayah warga Myanmar berikutan sebelum ini beberapa mayat ditemui dalam keadaan dibungkus seperti dikafankan ditinggalkan di tepi jalan.

“Semua suspek ditahan adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kami melakukan semakan terhadap kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) untuk menambah baik kad UNCHR dirampas sama ada ia dikeluarkan organisasi sah atau sebaliknya.

“Kami memberi jaminan kepada orang ramai tidak panik atau risau dengan keselamatan diri berikutan kejadian jenayah didalangi warga asing kerana polis sentiasa memantau pergerakan mereka,” katanya.

Pada 24 November lalu, pemilik restoran dikenali sebagai Man, 40, menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala lelaki tanpa kedua-dua belah telinga ditinggalkan di hadapan kedainya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria, pada jam 4.30 petang.

Siasatan polis hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari premis berkenaan mendapati bungkusan itu ditinggalkan dua lelaki bermotosikal pada malam sebelum kepala manusia itu ditemui.

Manakala pada 26 November, tubuh tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui disumbat dalam guni di dalam tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, diikuti penemuan kaki kanan manusia yang terapung dalam tali air di parit Paya Mahang, Sungai Bakap, 29 November lalu lalu.

Ia disusuli penemuan sepasang tangan dan kaki kiri manusia di dalam parit di kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana Simpang Ampat, Ahad lalu.

Pada Isnin lalu, sepasang tangan dan kepala manusia ditemui di simpang masuk ke Jalan Pintas Taman Machang Bubok, jam 3.40 petang kira-kira 75 meter dari Balai Polis Chang Bubok.
Berita Harian Online | seorang lelaki yang sangap terima kutukan kerana indakan beliau ingin skandal dengan isteri orang. Beliau telah membuat posting berkenaan diruangan group mencari skandal. Namun tindakan beliau yang mahu skandal dengan isteri orang terima padah apabila dia dikecam habis-habisan




Berita Harian Online | sangat mengejutkan laman sosial facebook dijadikan tempat untuk gambar selfie berahi tanpa rasa malu dan tidak memikirkan kesan buruk dikemudian hari.

Sekeping print screen telah dikongsikan oleh pembaca blog berita harian mengenali seorang gadis dipercayai berbangsa melayu upload gambar selfie buah dada dengan status ngidam doggie skill.Status ini seolah-olah gadis ini sudah menjadi kebiasaannya melakukan hubungan seks dengan gaya doggie skill.


Persoalannya sekarang dimana rasa malu gadis ini hingga sanggup keluarkan status sedemikian rupa? berikut print screen yang dimaksudkan 

beritahariann.org

KEMAMAN - Seorang pemuda maut setelah dipukul sekumpulan lelaki kerana dipercayai bertindak mengintai salah seorang isteri suspek dalam kejadian di Kampung Bujar, Air Jernih, di sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita berkenaan bersama empat lagi rakannya memerangkap mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu.

"Mangsa ketika itu dipercayai leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah yang terletak di satu kawasan yang dikelilingi tanaman kelapa sawit.

Geram dengan tindakan berulang itu, mereka menangkap mangsa dan dipercayai memukul lelaki itu sehingga pengsan sebelum membuat keputusan untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan Kemasik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Abdul Aziz, akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan telinga akibat dipukul.Mangsa kemudian dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kemaman.

Wan Abdul Aziz berkata, bagaimanapun kira-kira pukul 12.01 tengah malam Isnin, pihaknya telah menerima maklumat daripada Hospital Kemaman tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu.Katanya susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menjejaki dan menahan kelima-lima suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar Kemaman pada hari yang sama.

Jelasnya kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan yang antaranya bekerja sebagai mekanik, jurukimpal dan pemandu lori ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama
Berita Harian Online | satu print screen pasangan melayu berpelukan dengan status yang bangang menjadi viral dilaman sosial. Mungkin ada dikalangan anda mengangap ia perkara biasa namun ada juga yang mengangap ia perkara yang bodoh 

Sudahlah buat maksiat ada hati pimpin ke syurga aduhai kenapa jadi bangang macam ni dah terang-terang Allah firman jangan kamu hampiri zina . Tak salah nak bercinta tapi biarlah kena caranya kalau duit sekolah pun mak bapak yang tanggung janganlah nak lebih-lebih

Biasanya Inilah cinta monyet dan berlandaskan Nafsu nanti bila dah rasa dan hamil mulalah ketakutan anak yang bakal dilahirkan dibuang merata




Berita Harian Online  | sebuah gambar prnt screen menunjun perdana Menteri bercium dengan seekor anak khizir menjadi viral di laman sosial facebook.Gambar print screen ini telah dikongsikan dari fan page Friends of BN - Barisan Nasional 

Menurut fanpage tersebut Gambar Najib Razak berciuman dengan Khinzir ini telah diedit oleh Red Bean Army dan ia juga dikatakan inilah gunanya akta hasutan.Dahulu Gambar Nik Aziz pernah diedit seperti khizir namun tiada sebarang tangkapan dibuat



Namun terkini Giliran gambar perdana menteri pula diedit berciuman dengan khinzir adakah pihak berkuasa akan akan membuat tangkapan segera?