Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Berasmara dalam kereta di parking masjid
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambar hiasan
Putrajaya: Sepasang kekasih memberi alasan cuma berborak kosong ketika dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dataran Putra berhampiran Masjid Putra di sini, malam tadi.

Pasangan muda yang juga pelajar universiti tempatan itu ditangkap ketika sedang asyik memadu kasih di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid berkenaan.

Ketika ditahan, didapati pelajar lelaki berkenaan sedang berbaring di atas peha pasangannya.

Pasangan itu kemudiannya diarah keluar sebelum diminta menyerahkan pengenalan diri masing-masing.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah-wilayah Persekutuan Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengurangkan masalah gejala sosial terutamanya di kalangan muda-mudi di kawasan sekitar Putrajaya.

Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka sepatutnya menghormati masjid sebagai tempat beribadat, bukannya memadu asmara sehingga memburukkan pemandangan di sekitarnya.

"Mana-mana pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai akan didakwa di bawah Akta 559 Wilayah-wilayah Persekutuan 1957.

"Mereka akan diberi notis supaya hadir ke bahagian penguatkuasa pada waktu yang ditetapkan dan sekiranya ia gagal dipatuhi, satu waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis," katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Agama Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply