Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » » Haron Din dikejarkan ke Institut Jantung Negara
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PETALING JAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tidak dapat hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-59 selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Datuk Abu Kassim Abdullah mengumumkan perkara tersebut dalam ucapan aluannya.

Beliau memberitahu, Dr Haron Din dinasihatkan supaya berehat selama dua minggu.

Selain daripada Haron Din, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin turut tidak dapat hadir ke perasmian Muktamar kerana menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.

Hanipa mewakili Mohamad yang berdepan saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS, Harakah.

Mohamad mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya sejak 2011.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan dijalankan petang ini.

Astro Awani

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply