Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » » Kerajaan Kaji Impak Had Hayat Kenderaan - Hishammuddin
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR: Satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan kerajaan bagi melihat impak ekonomi dan sosial terhadap orang ramai sekiranya pelaksanaan had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah kenderaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian itu akan turut melihat golongan yang mungkin terjejas sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Kita perlu kaji perkara ini, termasuk meneliti kos sara hidup serta kewangan pengguna kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dilaksanakan. Keputusan melaksanakan perkara tersebut tidak boleh dijalankan secara terburu-buru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku mewah Op Fajar berjudul 'The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, di sini, Selasa.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Prof Dr Wong Shaw Voon pada 15 November mengenai kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya kerana terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

BERNAMA

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply