Select Menu

Slider

Travel

Performance

Cute

My Place

Slider

Racing

Videos

» » Ajal 2 Staff Posmen Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Seremban: “Saya sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah, tapi sedih kerana tidak dapat menyelamatkannya kerana dia mengalami kecederaan parah. Lebih sayu, dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Mahmud Mohd Zain, 35, rakan sekerja Hasmadi Safar, 37, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, pagi semalam.

Turut terkorban di tempat kejadian dalam tragedi yang berlaku pada jam 4.10 pagi itu ialah rakan sekerja Hasmadi, Mohd Sharimi Mohd Saad, 30.Hasmadi dan Mohd Sharimi adalah kakitangan Pos Malaysia berkhidmat di Cawangan Pasir Gudang, Johor dan kedua-dua mereka maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah selain kenderaan yang dinaiki turut terbakar.

Mahmud yang berkhidmat di Pos Malaysia cawangan Melaka Tengah berkata, sebelum itu dia bersama seorang rakan setugas menaiki kenderaan Pos Laju bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bersama tiga kumpulan lain dari selatan iaitu Pasir Gudang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Menurutnya, sebaik selesai urusan memasukkan bungkusan ke dalam lori, mereka bergerak balik ke selatan bersama kenderaan masing-masing.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply